>SITELINK UNTUK BLOG | INTRO

>

SITELINK UNTUK BLOG | INTRO

Salam guys,

Kalau tak silap saya ada pernah tunjuk kat korang rupa bendtuk sitelink dalam blog kan.  Bagi yang tak baca ataupun terlepas baca (macam mana boleh terlepas?) boleh ushar kat entri ini.  Disebabkan entri tu ramai yang request suruh saya reveal pasal sitelink google ni (apa korang ingat saya berkhidmat untuk Google eyh?).  Tapi takpe sharing punya pasal saya akan kongsi pasal sitelink ni.

Apa itu Sitelink :

Sitelink ni kalau ikut bahasa Bean Moreno ialah hyperlink (text yang boleh diklik untuk ke laman seteusnya) yang diberi oleh google kepada web owner untuk memudahkan user navigate pages dalam web tersebut.

Faham tak? Kalau still tak faham saya tunjuk gambarajah plak :




Ni yang terbaru.  Sebelum ni sitelink ni just archive sahaja tapi sekarang dah ada direct sitelink yang membolehkan korang terus ke entri. Amacam syok tak?


Kegunaan Sitelink :


1. Cara Psyco Readers 


Dengan sitelink readers akan terpegun dengan site yang ber’sitelink’.  Tak percaya.  Ok masa saya tulis pasal blog ni dah bersitelink berapa ramai yang nak tau?  Jadi itu bukti yang kita terpegun bila ternampak atau terdengar perkataan sitelink.


2. Tambah Traffik


Bila dah terpegun maka readers akan dengan selambanya klik sitelink tersebut.  Itu satu kalau 2, 3, 1000 ke mana tau kan.  So kewujudan sitelink ni akan membantu peningkatan traffik satu web itu lebih-lebih lagi kalau sitelink yang terkeluar tu berinfo.


3. Satu Batu Loncatan 


Ok simple je benda ni.  Korang blogger dah tentu ada hati nak job betul tak?  Ada tak rasa nak jadi macam redmummy ke Ariffshah ke?  Selain pagerank sitelink pun boleh tolong korang tarik advertiser untuk invest kat blog korang.  Ni satu lagi rahsia nak berjaya dalam advertising.  Kalau web or blog korang nampak professional ataupun ada element profesionalime maka advertiser takkan kedekut dengan iklan.  Tak payah korang cari diorang akan cari korang.


Tengok kan dah terkeluar lagi rahsia.  Saya ni memang tak boleh simpan rahsia langsung lah.  Anyway hope korang manfaatkanlah keceluparan mulut saya ini untuk kebaikan korang.  Tak salah kalau sama-sama maju.  Kalau nak tau cara dapat sitelink tunggu next entri sebab saya tengah buat research lagi pasal benda ni.  Tengah try kat blog lain haha…  Thank pada Bro Anarm atas tips.


p/s :


* Nak berjaya dalam blogging tak mudah,  SABAR itu memainkan peranan untuk menonjol.


* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard
Advertisements
Posted in Apa Itu Sitelink, Kegunaan Sitelink Google, Sitelink Google | Leave a comment

>MAHARAJA LAWAK | MINGGU KEDUA – SAINGAN YANG BEGITU SENGIT

>

MAHARAJA LAWAK | MINGGU KEDUA – SAINGAN YANG BEGITU SENGIT

Salam guys,

STraight to the point sebab malas nak menaip panjang-panjang.  Kalau taip panjangpun korang baca ps je bukan baca semua.  Ok siapa layan Maharaja Lawak semalam?  Saya layan sampai nak tidur pun tahan beb hanya semata-mata nak usha Jozan dan Sepah.  Kira berbaloilah saya tahan tidur semalam.  Bagi saya persembahan semalam adalah kebangkitan semua peserta yang mungkin terlupa cara membuat lawak last week.  Macam biasalah bottom 3 tetap muka sama iaitu Jihan & Amir (saya tak faham macam mana boleh gi Final Raja Lawak).

Apa kata kita usha video-video peserta yang bagi saya lawak depa agak educated dan menghiburkan :


1. Kumpulan Jambu – Lawak Orang Gila
Saya ingat R2 je hebat jadi gila rupanya diorang ni punya gila lagi hebat.  Bagi saya lawak depa ni agak abstract dan perlukan iq kalau nak faham tapi lawak bagi saya dan punchline depa orang gelak.  Tak sangka gabungan diorang ni boleh bikin gamat pentas.

2. Kumpulan Jozan – Lawak Yusop Aslam & Samsoul
Last week diorang kurang menyerlah tapi minggu ni memang best sebab banyak punchline kuat.  Johan bagi saya ada bakat tiru gaya artis lain.  Memang seronok tengok dia tiru Dato Yusof Haslam.  Selain meniru diorang memang kreatif tang buat gaya-gaya pelik.


Kumpulan Sepah – Lawak Banduan
Yang ni memang tak boleh nak cakap apa.  Saya memang suka tengok diorang ni perform.  Orang kampung lah katakan.  Minggu ni lawak diorang pun ada punchline best dan idea baru yang menarik.  Yang buat menarik penyampaian diorang memang jelas dan kita faham lawak dia.

Cukuplah tu je yang saya nak review.  Ini adalah dari pandangan mata kasar saya selaku peminat rancangan lawak.  Kalau tak setuju boleh lah korang ushar youtube untuk layan video lain sebab kalau saya letak semua video astro saman plak.

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

– Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang…hak3..
* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard
Posted in Jozan, Kumpulan Jambu, Maharaja Lawak Minggu Dua, Sepah, Video Maharaja Lawak Minggu 2 | Leave a comment

>BILA BEAN MORENO FEATURED KAT KAMUNITI BLOGGER

>

BILA BEAN MORENO FEATURED KAT KAMUNITI BLOGGER

Salam guys,

Hari ni tetiba menjadi pemalu sebab terperasan satu benda yang saya sendiri tak sangka.  Mula-mula terfikir apasa link masuk dari Komuniti Blogger.  Dengan positif saya terfikir yang itu referral entri saya sebelum-sebelum ni.

Dengan perasaan ingin tahu yang terlalu memuncak maka saya cuba tekan link tu maka terkeluarlah cerita tentang blogger cap ayam ni :

Amacam hensem tak?  Ni gambar time saya baru lepas keluar wad HUKM dulu.  Tapi saya still tak percaya so saya klik lagi link tu (mak aiyh kalau iklan Nuffnang click macam tu dah kira fraud click dah). Yelah memang betul depa review blog ni. huh!  Tetiba pengsan kejap 10 minit.  Anyway thanks to Komuniti Blogger sebeb berani review pasal blogger cap kentang putar macam saya.


Sesungguhnya saya tak sangka ada blog komuniti yang nak review pasal saya dan blog saya.  Malu siot nak berhadapan dengan blogger-blogger lain. Even review dan featured ni tak sehebat Redmummy dalam Harian Metro dan CikEpal dalam Remaja tapi syukurlah dari takde langsung.


So bagi siapa yang ketandusan traffik even dah ping entry kat serata Langkasuka boleh cuba plak ping kat Komuniti Blogger sebab tiada bayaran dikenakan.  Cubalah mana tau lepas pink traffik korang up sampai juta-juta.


p/s :


* Money and fame in blogging will come to blogger that sincere in writing
* A big thanks to Komuniti Blogger for the review


* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

Posted in Bean Moreno, Blogging, Kominiti Blogger, Suterablogger | Leave a comment

>MEON MARAH SAMAD TAPI PAK RAHMAN JADI MANGSA

>

MEON MARAH SAMAD TAPI PAK RAHMAN JADI MANGSA

Salam guys,

Mood masih terbaik dari ladang sebab saya nak cuba create harmony dalam kehidupan saya.  Maka saya dengan aktifnya mengeluarkan tweet di kala sedang stress melakukan kerja rutin.  Itu memang biasa kita lakukan sekarang ni Facebook dan Twitter memang satu medium untuk kita luahkan perasaan kita (ini termasuk perasaan marah).  Tadi ada satu kes jadi pada saya sewaktu tengah syok bertwitter.  Siapa yang follow twitter saya mesti tau punya.

Entri ni saya tulis bukan nak aibkan sesiapa dan juga bukan untuk dapatkan kontroversi tapi adalah untuk kesedaran kita sahaja dan nama orang yang terlibat saya rahsiakan. Lagipun saya ni semut merah je mana layak nak tumpangkan gajah.  Yelah kang tak pasal-pasal Melodi datang rumah saya dah satu hal plak.  Artis dah tentulah ramai follower yang follow twitter dia dan itu adalah peminat dia (ada juga haters).  So setiap tweet artis itu akan diperhatikan dan itu yang terjadi pada Fizz Fairuz masa Tsunami Jepun.

Pagi tadi saya ingat nak lah menegur satu artis ni dengan niat beramah mesra (bukan nak popular kalau nak popular saya dah letak link blog dah).  Saya rasa tweet saya cukup lembut takde pulak saya maki hamun, tak pasal-pasal saya kena maki kalau dia maki saya tak pe ni siap nenek sayapun masuk sekali.  Wah punya besar pangkat dia nak maki orang.  Ya dulu saya pernah ada perangsangka buruk pada dia tapi lepas Project Alpha saya cuba ubah sangka buruk tu.  Tapi hari ni ternyata sangka saya tu betul sama sekali.

Ya mungkin dia tengah marah dan tweet dia yang saya reply tu memang menunjukkan dia tengah marah.  Niat saya nak cool kan dia tapi adakah itu cara yang betul untuk layan emosi.  Kalau marah jangan libatkan orang lain dalam emosi korang.  Sekarang korang faham tak apa makna atau apa yang saya nak sampaikan melalui tajuk tu.  Fikir lah awak tu ‘public figure’ orang tengok perlakuan anda dan mungkin yang akan ikut sebab maybe anda adalah idola.  Silalah tunjuk good example lah.  Kalau hang boleh tunjuk mulut longkang janganlah pulak nanti kalau orang lain sound hang tepek hang mengelupur pulak.  Lagipun umur dah nak dekat 50 kot silalah berperangai seadanya.

Yang paling best bila saya nasihat dia, pergh nekara ke tujuh dia bagi kat saya.  Sejak bila manusia boleh tentukan kedudukan neraka untuk manusia lain tinggi sangat ke ilmu hang nak tentukan kedudukan saya kat akhirat.  Siap boleh cakap ‘who are you’ bila saya nasihat.  Apa artis dah tak boleh ditegur ke?  Tinggi sangatkah ilmu anda wahai artis? Oklah just nak beri peringatan je nak ikut boleh tak ikut pun boleh.  Ingat Biar kita terkenal dengan hasil kerja bukan kontroversi murahan ye!

p/s :

* People earned respect from others just because of their attitude not their status (celebrity).
* Apa lepas dah jadi artis boleh bikin suka hati ke apa?

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard
Posted in Artis Kurang Ajar, Attitude Artis, Celebrity, Follower Twitter, Personal | Leave a comment

>SALUT – MALIQUE FEAT ARIZ

>

SALUT – MALIQUE FEAT ARIZ



Salam guys,

Gambar ni tiada kaitan dengan perasaan ok.Saya cuma suka cara Fatin Liyana salut cukup comel! Hm, selepas perah otak buat entri tadi so saya nak buat satu entri lagu so kepala otakpun agak santai je malam-malam macam ni.  Ok Salut adalah berasal daripada perkataan English iaitu ‘Salute’ bermakna hormat.  Malam ni saya nak share satu lagu yang saya jumpa kat facebook.  Mungkin ramai yang dah pernah dengar so jom layan :

http://www.4shared.com/embed/545714781/5d96e646SALUT – MALIQUE FEAT ARIZ [DOWNLOAD HERE]
Komen Bean Moreno :
* Kalau kita dengarkan lagu ni kita dah dapat rasa yang malique nak meluahkan ketidakpuashatian dia pada sesuatu.  Mungkin pasal single dia Mentera Beradu rasanya.
* Lagu rap yang sempoi je dan lirik dia agak sinis dan macam mencabar seseorang.
* Bagi saya irama dan lirik dia memang agak best.  Gandingan Malique dan Ariz memang tepat.
p.s :
Bila jumpa aku mereka salut (salut), Ku toleh ke kanan mereka salut (salut), Ku toleh ke kiri mereka salut (salut), Depan dan belakang meraka salut (salut), Bila jumpa aku semua orang salut!
* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

Posted in Download Lagu Maliquee, Download Malique feat Ariz - Salut, Download Mp3, Malique feat Ariz - Salut | Leave a comment

>TEMPEK IKLAN NUFFNANG ITU MERUGIKAN

>

TEMPEK IKLAN NUFFNANG ITU MERUGIKAN



Salam guys,

Dalam seminggu ni isu yang paling hangat ramai blogger yang korang panggil ‘otai’ dah berhijrah dari Nuffnang pergi ke ads company lain.  Saya dah tak heran dengan situasi ni sebab dulupun depa dah pernah buat macam ni pun. Pindah ads company ni dah sama dah macam ahli politik yang suka-suka pindah parti.  Asal tak puas ati je masuk PKR.haha… Pastu ramai jugak yang tanya saya ‘Bean awat ang still dengan Nuffnang?’.  Jawapan saya senang je iaitu ‘Duit itu perkara terakhir yang aku nak dalam blogging’.

Actually benda ni semua bergantung pada hati masing-masing.  Lain orang lain persepsi dan lain orang lain kemahuan.  Saya tak nak kutuk ataupun kondem sebab itu hak masing-masing. Tapi biar saya bagitau korang Nuffnang adalah satu syarikat, so bila syarikat mesti ada strategi kan sebab kalau takde strategi macam mana nak untung.

Entri ni bukan saya nak backup nuffnang ataupun apa lah kan. Ramai yang merungut traffik tinggi tapi tak dapat buffered tak dapat advertorial sebab tulah mereka berhijrah.  Ya memang traffik korang tinggi tapi ada korang fikir tak dalam content korang ada tak keyword yang advertiser cari? Contohlah eyh takkan lah blog korang cerita pasal kereta tetiba advertiser barangan kecantikan nak advertise dalam blog korang.  Mestilah dia bagi iklan kalau blog korang ada berkenaan dengan diorang.  Samalah macam iklan TV kalau korang perasan iklan akan keluar mengikut rancangan apa yang ditayangkan.  Takkanlah masa cerita Drama Swasta tetiba iklan minyak kereta keluar dan takkanlah masa raya iklan pasal chrismas lak keluar kan.  Itu adalah lojik advertising punya marketing.

Tengok dah terbukak pulak rahsia pasal nuffnang (so tak payah susah-susah beli ebook rahsia Nuffnang).  Jadi nampak tak kenapa traffik kome tinggi tapi tak dapat buffered. Bukan Nuffnang kedekut cuma kita je yang tak faham konsep advertising.  Ya mungkin kita ‘otai’ blogging tapi tak semua benda kita tau.  Setakat ni saya rasa saya tak pernah lagi tak dapat buffered so far ada je even satu. So kalau korang tanya saya ‘Rugi tak join Nuffnang?’ jawapannya ‘Ya memang rugi join nuffnang kalau kita tak faham konsep.  Tak guna kita nak komplen sebab benda isu macam ni memang ‘Never Ending Story.’

p/s :

Kita boleh bangga diri kita dianggap otai,  tapi adakah panggilan otai itu menandakan kita tahu segala?

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard
Posted in Apa Itu Nuffnang?, Bloggers, Blogging, nuffnang, Nuffnang tu Apa? | Leave a comment

>BLOG REVIEW | SI KATAK PINK

>

BLOG REVIEW | SI KATAK PINK

Salam guys,

Waduh dah lama rasanya saya tak review blog orang lain sebab kesibukan tahap menteri.  So sebelum skill review blog ni hilang dari kotak memory DDR3 Kingston ni better saya start semula.  Malam ni saya nak review satu blog yang dipunyai oleh adik saya sendiri.  Sampai sekarang saya fikir apasal nick dia Si Katak Pink (gua geli dengan katak beb even nampak ganas).  Mesti ramai yang cakap “Alah nak kasi up adik lah tu”.  Ni pun saya review setelah beribu kali dia minta.  Oklah jom start…

Interface :



Dia ni merupakan adik no 2 saya dan dia dah lama ada blog cuma saya saja buat kedekut ilmu tak nak ajar dia.  Sekarang dia dah tau apa yang patut dia buat sebagai seorang blogger even tak nampak dia punya pro lagi.


Komen Bean Moreno :


* Template ringkas, tak sakit mata tapi kalau boleh sila kemaskan lagi aturan.
* Blogger bukan macam myspace sebab blogger lebih pro so tulisan kena nampakkan kita ni faham, apa itu blogging.  Bagi saya tak sesuai kalau guna tulisan ‘warna manja gedik’.


* Kedudukan iklan dalam blog itu penting so sila tukar kedudukan itu kalau header letak betul-betul kat header dan kalau sidebar letak kat sidebar sebab itu satu cara dapat buffred earning.


* Ada satu benda yang saya memang anti iaitu autoplay so sebelum saya yang buang baik buang sendiri (pergh gaya samseng plak).  kalau nak letak lagu sila jangan buat autoplay sangat menyakitkan minda.


* Sila manage size gambar sebab kalau gambar tak ngam maka akan ‘makan’ sidebar.


Mintak maaflah ye even adik pun kena mintak maaf sebab takut kalaulah terasa hati susah plakkan. hak3…


Blog Name : Si Katak Pink
URL : http:/sikatakpink.blogspot.com
Blogger : Fiza Si Katak Pink



p/s :


* Satu review RM5 wahai adikku haha
Posted in Blog Review, blogger, Bloggers, Familia, Si Katak Pink | Leave a comment