>3 BENDA YANG KORANG PATUT BUAT SEBELUM PASTE CODING NUFFNANG

>

3 BENDA YANG KORANG PATUT BUAT SEBELUM PASTE CODING NUFFNANG

Salam guys,

Sebelum saya start dengan entry ni benda pertama yang saya nak korang buat ialah sila baca dengan penuh kekhusyukan dan pemikiran terbuka.  Bagi saya benda ni serius since asyik terbaca orang asyik salahkan ads company kenapa blog diorang tak boleh buat duit.  Saya letak Nuffnang dalam entri ni sebab most of bloggers guna Nuffnang untuk kaut duit.

Kebanyakan dari kita sebenarnya banyak buat silap sebelum tempek coding itu ke dalam blog.  saya sendiripun dulu masa zaman-zaman tak tau cara betul merungut kenapa earning saya ciput je tak macam Kak Red (wah makcik ni memang tak boleh lawan saya angkat white flag kalau jumpa dia. Tapi bahan tetap bahan).  Meh saya share apa yang patut korang buat sebelum berangan nak jadi blogger jutawan dengan tempek code Nuffnang.

1. Fahami Apa Itu Nuffnang

Korang sebelum register Nuffnang, korang tau tak Apa Itu Nuffnang?  Most of blogger main sign up je tanpa fahamkan apa itu Nuffnang.  Yang kita tau Nuffnang akan bagi kita gaji bulan (check sampai rumah).  Kalau korang berfikir macam tu baik korang buang je coding tu sebab dengan niat macam tu korang bukan takat melemahkan semangat korang malah akan mempengaruhi orang lain.  Sepanjang saya dengan Nuffnang apa yang saya dapat perhatikan dan faham ialah Nuffnang merupakan satu komuniti bukan majikan.  Ya memang korang dapat duit tapi kenapa ciput, sebabnya korang tak aktif dan tak pergi event yang depa buat.  Event itu cara korang nak bagi depa nampak yang korang serius untuk berblog.

2. Belajar Cara-Cara Menulis Dengan Betul

Paling simple yang korang kena faham dalam ayat ni ialah apa fungsi korang berblog dan juga cara korang menulis.  Persoalan untuk korang jawab (sila jawab dalam hati).  Apa yang korang dapat bila korang tau cara nak menulis blog dengan betul?  Bagi saya penulisan itu penting.  Ya kita boleh jadi serius,  kita boleh jadi gedik (jangan jadi bapok dah la),  dan kita boleh tulis ikut apa medula oblongata kita tapi gaya menulis itu boleh membawa kepada datangnya readers.  Kalau korang betul nak buat duit dengan Nuffnang bukan just harap Buffered Earning muncul.  Sila buang corak pemikiran ni.  Yang buat korang masyuk ialah Advertorial.  Benda ni dah banyak kali blogger lain ulang tapi still ada lagi yang mengharap jadi kaya dengan buffered earning.  LHDN pun tak kejar korang kalau tengok amount Buffered Earning.  Nak dapat Advertorial penulisan korang kena mantap beb baru Advertiser nak korang tulis.

3. Blog Perlu Teratur (Template dan Isi)

Ok benda ni adalah first impression untuk reader.  Tak semua readers datang dari golongan bloggers.  Ada yang datang hasil dari pencarian dari search engine.  Kadang-kadang kitapun tak expect dengan keyword yang diorang cari kalau tak caya korang ushar Nuffnang Analytic.  So amik kesempatan itu bila blog korang teratur maka tak mustahil orang yang sesat itu akan masuk semula ke blog korang.  Cuba korang bayangkan pelancong yang tersesat kat Malaysia tapi niat dia nak pi Singapore.  Dah tentulah dia akan datang lagi sebab kat Malaysia ni banyak rumah urut (ooops).  Ingat dalam Nuffnang Traffik itu Sangat penting.

Sekarang dapat tak faham apa yang saya nak sampaikan.  Yes korang takkan rasa tertekan dengan Nuffnang kalau korang dapat faham entri ni.  Ni lah yang saya buat selama saya tampal coding nuffnang kat dalam suterablogger.  Dan kalau korang buat korang takkan merungut apasal earning korang tak naik-naik.

p/s :

* Nak kata banyak earning dalam nuffnang tu taklah tapi takat ni dah berjaya jugak cash out 8 kali.

Ada tak teringin nak pakai Honda City? Sapa mau jom terima cabaran saya

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in 3 Benda Yang Korang Patut Buat Sebelum Paste Coding Nuffnang, blogger, Blogging, Buat Duit Dengan Nuffnang. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s