>SKINHEAD MASIH ADA DALAM BEAN MORENO

>

SKINHEAD MASIH ADA DALAM BEAN MORENO

Salam guys,

Sebelum saya teruskan dengan entri ni saya nak korang set minda korang kepada positif sebab bila sebut je perkataan SKINHEAD maka segala negatif akan keluar membentuk satu persoalan.  Dalam entri ni saya tak mintak korang pi botakkan kepala ataupun pi Amcorp Mall beli Dr Marten.

Kalau sebut je SKINHEAD yang akan terkeluar dari kepala kita ialah kaki pukul, kaki mabuk dan segala yang jahat semua SKINHEAD. Ya memang betul saya bergelumang dalam SKINHEAD since 1999 sampai 2004. Tapi korang tau tak lepas saya dah tak sarung DM perwatakan yang best dalam SKINHEAD telah membentuk sikap saya sekarang.  Sebelum tu meh saya tunjuk maksud SKINHEAD yang saya masih pegang sampai sekarang.

S.K.I.N.H.E.A.D.

1. S.K. – Sharing Knowledge

Masa zaman-zaman saya sarung DM SKINHEAD time tu tengah kuat gila.  Senang kata takat nak tapaukan dak2 3 Line tu no hallah…hak3…Time zaman saya baru nak up kami share apa yang kami tau tak kisah lah dari segi knowledge untuk menjadi seorang skinhead sampai ke music.  Tak kisahlah oldtimer atau newcomer memang takde barrier.  Even saya dah tak satung DM sekarang saya tetap amalkan benda ni.  Apa yang saya tau saya akan share tak kisahlah blogging ataupun apa-apa jelah.

2. I – Individual

Individual bermaksud berdikari.  Memang kami ‘unite’ tapi kami akan cuba settle seorang dulu dan cuba cari jalan untuk settle dan kalau dah agak-agak tak boleh blah baru calling.  Benda ni saya still buat even saya dah tak pakai Lonsdale.  Kalau boleh saya nak tadbir hidup saya sendiri tanpa harapkan orang lain dulu.  Kenapa? Sebab kalau asyik nak mintak tolong orang even family orang tetap akan mengata. better buat sendiri dulu.

3. N – Nationalisme

Ini bermaksud sayangkan negara. Ya saya mungkin ‘muka nampak lagend tapi hati kiut’.Tak semestinya kita sayangkan negara kita kena join parti politik sebab kalau nak ikutkan politik itulah yang merosakkan perpaduan. OOps…  Dulu saya fikir tak perlu mengundi sebab bagi saya semua pun sama tapi bila fikir-fikir balik kena gak mengundi untuk masa depan.

4. H – Hooligan

Ni bukan loghat Kedah ligan tau.  Itu maksudnya kejar.  Ni hooligan yang bermaksud gangster atau kitorang panggil ‘King Of The Street’. Bagi saya hooligan ni tak perlulah jadi samseng pukul orang itu 3 line boleh la haha… Hooligan ni bermaksud bangun mempertahankan hak. Atau bahasa mudah tegas dalam membuat keputusan dan berani dalam kehidupan.  Saya ingat dulu sebelum saya pakai Fred Perry memang saya salah seorang budak yang kena buli je kat sekolah tapi yang penting saya bukan mat report.hoho

5. E – Ego

Ego semua orang ada.  Dalam SKINHEAD ego itu tida bermaksud sombong.  Bagi kami, kami berkawan dengan semua dan kami perlu ada ego untuk survive.  Kalau takde ego macam mana nak survive sebab orang akan pijak kepala tapi biarlah bertempat.  Saya tak sombong kalau tak percaya boleh tanya siapa je yang kenal saya. Cuma saya jenis kalau saya rasa saya betul saya tak kira itu kawan or lawan memang saya akan tegur.  Itu memang saya pegang. Dan saya pulak tak kisah kalau orang nak tegur saya alau saya salah.  nak sound dirct dan pedas pun takde hal tapi jangan pulak melenting kalau saya pulak yang bagi tepek.

6 A.D. – Anti Drugs

Yang ni saya ada langgar lah time saya jahil dulu. Itu sekejap je lepas tu saya tersedar terus saya tinggalkan.  Sekarang bukan takat dadah merbahaya nikotin pun dah tak ambil… Amacam macho tak saya tak hisap rokok.  itupun sebab sakit haha…  kalau tak sekarang still me’naga’ lagi.

Ok that’s all pasal pegangan SKINHEAD yang saya still ikut.  Masa zaman saya layan lagu Oi! banyak benda yang saya belajar dan antaranya menghargai kawan-kawan atau ‘Brotherhood’. Sekarang ni susah nak jumpa kumpulan yang still bawak ‘brotherhood’ ni.  Apa yang ada ialah ‘ko senang aku senang, ko susah itu masalah ko’.  Mereka akan cari kita bila kita tengah senang je tapi bila kita susah diorang tak mungkin akan tolong kita.  Benda ni dalam perjalanan 3 line memang ada.  Saya dah alami dan saya tau. Memang itulah hakikatnya.
So Jom layan lagu ni :

p/s :

‘Skihead bukanlah hanya pada apa yang kita pakai tapi ia adalah cara kita untuk terus hidup’

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Culture, Personal, Skinheads. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s