>PERLUKAH KAU MENJATUHKAN ORANG LAIN UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI

>

PERLUKAH KAU MENJATUHKAN ORANG LAIN UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI

Salam guys,

Sorrylah tajuk entri ni agak macam kasar sikit.  Takde niat nak sound sesiapa mahupun menunding jari atas apa yang terjadi cuma peringatan untuk diri sendiri supaya lebih berhati-hati.  Sebelum saya masuk lebih dalam saya nak mintak maaf kalau penulisan entri ni akan menyebabkan sebahagian besar dari kita menggelupur dan diselubungi sifat marah.  Jangan marah nanti kena jual.  Entri ni saya tujukan pada golongan blogger sebenarnya.

Perasan tak satu benda yang memang semakin lama blogsphere kita semakin kotor.  Ni tolaklah pasal isu klik-klik Nuffnang (macam nak selamatkan diri nampak) sebab tu isu lapuk.  Kita tolak juga isu autoblogwalking.  Apa yang saya perasan ialah ramai antara kita yang menggunakan kelemahan orang lain untuk kepentingan peribadi. Ada beberapa situasi yang saya perasan dah lama.  Meh kita tengok apa isu itu…

1.  Kes Berpakaian Miera Liyana

Ni memang hangat bila Miera Liyana cuba menampilkan kelainan dalam berpakaian (konon nak jadi ET).  Bagi saya ya memang dia salah sebab tak jaga sensitiviti Rakyat Malaysia yang berpegang pada budaya timur atau 1Malaysia.  Itu kesalahan dia tapi sedar tak kita yang ramai antara kita tulis pasal kesilapan dia berpakaian kononnya nak sound dia salah tapi kenapa perlu letak gambar dia siap tunjuk ‘angle’ lagi.  Readers memang suka dan korang dapat traffik tapi adakah korang fikir itu mengaibkan pihak dia?  Kita letak diri kita sebagai mak bapak dia. Apa perasaan kita?  Kalau yepun kita boleh je tulis entri teguran tanpa letak gambar.  Memanglah gambar itu satu bukti dari wujudnya fitnah tapi itu AIB beb…

2. Kes Video Seks Ketua Pembangkang

Ni satu lagi kes yang tengah hot sekarang.  Bukak lah tv mana-mana memang perkara yang takkan lupa pemberita sebut ialah kes video ni siap tayang kat TV.  Maka ramai blogger yang cuba menangguk di air yang keruh.  Tulis review pasal kes ni dengan satu niat iaitu sedut traffik SERP.  Ni teknik SEO keji lah bagi saya.  Ya memang korang pandai tapi tak eloklah korang gunakan isu ni untuk kepentingan blog korang.  Andai katalah video tu bukan dia.  Adakah korang nak mintak maaf pada dia secara terbuka atas  kesalahan korang sebarkan video tu.  Potong jari lah wey. Kalau video tu adalah dia adakah korang nak tanggung dosa atas dasar memalukan dia?  Sila jawab sendiri. Kalau kita just tulis then bagi komen kita pasal video tu tanpa letak video mungkin satu kesalahan kecil ni siap letak video tu wah besar kuasa kita nak hukum orang.

Alamak terpanjang pulak entri ni.  Saya tak emosi sebab saya bukanlah penyokong PKR mahupun Barisan Nasional.  Saya cuma rakyat Malaysia yang nak hidup aman tanpa peperangan seperti Libya.  Sekali lagi maafkan saya kalau apa yang saya tulis ni membuatkan korang panas.

p/s :

* Cuba kita letakkan diri kita sebagai ahli keluarga yang terlibat.  Apa perasaan kita?

Duit boleh gelapkan hati dan bila hati gelap kita lupa maksud HUKUM.

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Bloggers, Culture, Miera Liyana, Perlukah Kau Menjatuhkan Orang Lain Untuk Kepentingan Sendiri, Perosnal, Video Anwar Ibrahim. Bookmark the permalink.

Leave a comment