>MEON MARAH SAMAD TAPI PAK RAHMAN JADI MANGSA

>

MEON MARAH SAMAD TAPI PAK RAHMAN JADI MANGSA

Salam guys,

Mood masih terbaik dari ladang sebab saya nak cuba create harmony dalam kehidupan saya.  Maka saya dengan aktifnya mengeluarkan tweet di kala sedang stress melakukan kerja rutin.  Itu memang biasa kita lakukan sekarang ni Facebook dan Twitter memang satu medium untuk kita luahkan perasaan kita (ini termasuk perasaan marah).  Tadi ada satu kes jadi pada saya sewaktu tengah syok bertwitter.  Siapa yang follow twitter saya mesti tau punya.

Entri ni saya tulis bukan nak aibkan sesiapa dan juga bukan untuk dapatkan kontroversi tapi adalah untuk kesedaran kita sahaja dan nama orang yang terlibat saya rahsiakan. Lagipun saya ni semut merah je mana layak nak tumpangkan gajah.  Yelah kang tak pasal-pasal Melodi datang rumah saya dah satu hal plak.  Artis dah tentulah ramai follower yang follow twitter dia dan itu adalah peminat dia (ada juga haters).  So setiap tweet artis itu akan diperhatikan dan itu yang terjadi pada Fizz Fairuz masa Tsunami Jepun.

Pagi tadi saya ingat nak lah menegur satu artis ni dengan niat beramah mesra (bukan nak popular kalau nak popular saya dah letak link blog dah).  Saya rasa tweet saya cukup lembut takde pulak saya maki hamun, tak pasal-pasal saya kena maki kalau dia maki saya tak pe ni siap nenek sayapun masuk sekali.  Wah punya besar pangkat dia nak maki orang.  Ya dulu saya pernah ada perangsangka buruk pada dia tapi lepas Project Alpha saya cuba ubah sangka buruk tu.  Tapi hari ni ternyata sangka saya tu betul sama sekali.

Ya mungkin dia tengah marah dan tweet dia yang saya reply tu memang menunjukkan dia tengah marah.  Niat saya nak cool kan dia tapi adakah itu cara yang betul untuk layan emosi.  Kalau marah jangan libatkan orang lain dalam emosi korang.  Sekarang korang faham tak apa makna atau apa yang saya nak sampaikan melalui tajuk tu.  Fikir lah awak tu ‘public figure’ orang tengok perlakuan anda dan mungkin yang akan ikut sebab maybe anda adalah idola.  Silalah tunjuk good example lah.  Kalau hang boleh tunjuk mulut longkang janganlah pulak nanti kalau orang lain sound hang tepek hang mengelupur pulak.  Lagipun umur dah nak dekat 50 kot silalah berperangai seadanya.

Yang paling best bila saya nasihat dia, pergh nekara ke tujuh dia bagi kat saya.  Sejak bila manusia boleh tentukan kedudukan neraka untuk manusia lain tinggi sangat ke ilmu hang nak tentukan kedudukan saya kat akhirat.  Siap boleh cakap ‘who are you’ bila saya nasihat.  Apa artis dah tak boleh ditegur ke?  Tinggi sangatkah ilmu anda wahai artis? Oklah just nak beri peringatan je nak ikut boleh tak ikut pun boleh.  Ingat Biar kita terkenal dengan hasil kerja bukan kontroversi murahan ye!

p/s :

* People earned respect from others just because of their attitude not their status (celebrity).
* Apa lepas dah jadi artis boleh bikin suka hati ke apa?

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Artis Kurang Ajar, Attitude Artis, Celebrity, Follower Twitter, Personal. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s