>TEMPEK IKLAN NUFFNANG ITU MERUGIKAN

>

TEMPEK IKLAN NUFFNANG ITU MERUGIKAN



Salam guys,

Dalam seminggu ni isu yang paling hangat ramai blogger yang korang panggil ‘otai’ dah berhijrah dari Nuffnang pergi ke ads company lain.  Saya dah tak heran dengan situasi ni sebab dulupun depa dah pernah buat macam ni pun. Pindah ads company ni dah sama dah macam ahli politik yang suka-suka pindah parti.  Asal tak puas ati je masuk PKR.haha… Pastu ramai jugak yang tanya saya ‘Bean awat ang still dengan Nuffnang?’.  Jawapan saya senang je iaitu ‘Duit itu perkara terakhir yang aku nak dalam blogging’.

Actually benda ni semua bergantung pada hati masing-masing.  Lain orang lain persepsi dan lain orang lain kemahuan.  Saya tak nak kutuk ataupun kondem sebab itu hak masing-masing. Tapi biar saya bagitau korang Nuffnang adalah satu syarikat, so bila syarikat mesti ada strategi kan sebab kalau takde strategi macam mana nak untung.

Entri ni bukan saya nak backup nuffnang ataupun apa lah kan. Ramai yang merungut traffik tinggi tapi tak dapat buffered tak dapat advertorial sebab tulah mereka berhijrah.  Ya memang traffik korang tinggi tapi ada korang fikir tak dalam content korang ada tak keyword yang advertiser cari? Contohlah eyh takkan lah blog korang cerita pasal kereta tetiba advertiser barangan kecantikan nak advertise dalam blog korang.  Mestilah dia bagi iklan kalau blog korang ada berkenaan dengan diorang.  Samalah macam iklan TV kalau korang perasan iklan akan keluar mengikut rancangan apa yang ditayangkan.  Takkanlah masa cerita Drama Swasta tetiba iklan minyak kereta keluar dan takkanlah masa raya iklan pasal chrismas lak keluar kan.  Itu adalah lojik advertising punya marketing.

Tengok dah terbukak pulak rahsia pasal nuffnang (so tak payah susah-susah beli ebook rahsia Nuffnang).  Jadi nampak tak kenapa traffik kome tinggi tapi tak dapat buffered. Bukan Nuffnang kedekut cuma kita je yang tak faham konsep advertising.  Ya mungkin kita ‘otai’ blogging tapi tak semua benda kita tau.  Setakat ni saya rasa saya tak pernah lagi tak dapat buffered so far ada je even satu. So kalau korang tanya saya ‘Rugi tak join Nuffnang?’ jawapannya ‘Ya memang rugi join nuffnang kalau kita tak faham konsep.  Tak guna kita nak komplen sebab benda isu macam ni memang ‘Never Ending Story.’

p/s :

Kita boleh bangga diri kita dianggap otai,  tapi adakah panggilan otai itu menandakan kita tahu segala?

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Apa Itu Nuffnang?, Bloggers, Blogging, nuffnang, Nuffnang tu Apa?. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s