>MAHARAJA LAWAK | MINGGU PERTAMA – JOZAN AGAK KURENG CHA!

>

MAHARAJA LAWAK | MINGGU PERTAMA – JOZAN AGAK KURENG CHA!



Salam guys,

Selamat malam,  wah dah lama tak menaip untuk blog ni.  Tapi apa-apapun thanks to all supporters yang still masuk blog ni (ni termasuk traffik sesat dari Google) even saya tak update apa-apa entri untuk blog ni.  Jasa korang memang tak dapat saya balas.  Malam ni ramai yang tengah syok layan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.  Mesti ramai yang cakap saya ni ketinggalan zaman dan mungkin ada jugak mulut longkang yang akan kata saya tak tau cara blogging sebab tak mau ikut trending.  Takde hal sebab saya menulis bukan sebab SEO dan saya membiarkan SEO itu bekerja untuk saya.

Ok siapa ada tengok Maharaja Lawak kat Astro Prima or Astro Warna masa April Fool hari tu? Ok sempoi je bagi saya apa yang saya harapkan ialah lawak dari Jozan sebab saya memang kipas susah mati diorang tapi agak mengecewakan sebab lawak diorang saya rasa macam biasa je.  Macam yang dijangka Amir tetap macam dulu dengan lawak yang terlalu educated.  Meh saya review sikit antara 3 persembahan yang agak best masa Maharaja Lawak Minggu Pertama.


1. Kumpulan R2 – Lawak Budak Sekolah
Siapa yang ikut Raja Lawak 5 mungkin dah tau memang R2 antara yang paling lawak.  Lawak diorang memang best terutama sekali lawak orang gila.  Even yang melawak cuma oakcik tu je tapi yang lagi sorang tu umpama idea bagi pakcik tu.  Dia punya muka memang tak boleh blah. Senang kata saya enjoy tengok diorang perform.  Harap-harap idea diorang tak kering sampai final.

2. Kumpulan Balas – Lawak Hantu Makcik Karipap
Satu perkataan yang boleh saya bagi kat kumpulan ni ialah angpa memang sempoi lah…Pendapat saya dengan Ahmad Idham sama iaitu diorang ni memang pandai guna prop dan ayat yang diorang guna memang terbaek.  Kelebihan diorang memang terletak pada ayat ‘double meaning’.

3. Kumpulan Jambu – Lawak Bual Bicara

Ni memang saya tak sangka.  Bagi saya depa buat opening yang cukup mantop.  Memang lawak performance diorang minggu ni.  Walaupun minggu ni anchor diorang ialah Taukey tapi ada sikit communication yang membuatkan lawak diorang menghiburkan.  Memang satu combination yang agak mantap.

Oklah tu je yang boleh saya review kalau nak lebih or pendapat bercanggah sila bukak youtube cari sendiri.  Apapun korang kena tau Maharaja Lawak hanya akan dapat ditonton kat Astro Prima sehingga minggu depan je. Start minggu ketiga korang dah kena subscribe Package Mustika sebab ia hanya akan bersiaran langsung di Astro Warna.

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

– Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang…hak3..
– Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free
– Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Kumpulan Balas, Kumpulan Jambu, Kumpulan R2, Maharaja Lawak. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s