>NANCY LIEDER DAN KAITANNYA DENGAN DOOMSDAY 2012

>

NANCY LIEDER DAN KAITANNYA DENGAN DOOMSDAY 2012



Salam guys,

Hm, sorry saya sebenarnya bukan nak cerita pasal pasal Hari Kiamat.  Saya tak layak untuk ceritakan atau meramal bila tarikh sebenar Kiamat berlaku.  Dulu kita pernah dikejutkan dengan angka 2012 di mana ia diramalkan oleh Kaum Maya sebagai hari penghabisan yang mana Bumi akan hancur dilanggar planet Nibiru.

Korang kenal tak gambar siapa kat atas tu?  Ini bukan pelakon perempuan James Bond (Gadis Bond) dan dia juga bukanlah penyanyi lagu genre country sehebat Taylor Swift.  Nama auntie ni ialah Nancy Lieder dan dia ialah pengasas Zetatalk (ni bukan web chatting dengan Zeta Jones ye).  Dia kata dia boleh berhubung dengan makhluk asing iaitu ET dari bintang Zetareticuli sebab dia ada pasang implan pada otak dia (mungkin dia ni jenis manusia yang mempunyai wayar putus).

Auntie ni cakap dia diamanahkan supaya bagitau manusia yang Bumi akan berlaga dengan Planet X pada Mei 2003, tapi malangnya amanah itu tak berlaku mungkin implan dia rosak masa tu.  Kemudian teori auntie ni telah diambil oleh seorang lagi manusia yang nak jadi tuhan iaitu Mark Hazlewood.  Dia buat satu teori yang lebih kurang sama tapi entahlah kita manusia bukannya tuhan.

Teori-teori macam ni sebenarnya hanya rekaan dan tekaan semata-mata.  Kalau kita percaya pada tuhan maka serahkan jelah pada Tuhan.  Tak perlu kita nak buat teori yang mana boleh menggangu emosi manusia lain.  Ok kalau korang nak tau teori auntie ni boleh usha video ni. Tapi satu nasihat saya dengar boleh percaya jangan sebab dipun manusia macam kita juga :

p/s :

Jangan pulak ada orang yang jual tanah, bagi harta sebab percaya dengan teori 2012 macam cerita Berkat Selamat!

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

– Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang…hak3..
– Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free
– Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in 2012, Alien, Doomsday, Etika Blogging, Hari Kiamat, Kiamat, Nancy Lieder, Zetatalk. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s