>TIPS : BLOG PERSONAL BOLEH UP KE?

>

BLOG PERSONAL BOLEH UP KE? | TIPS BLOGGING

Persoalan pada tajuk entri ni.Ramai jugak yang tanya soalan ni sebenarnya.Kalau nak ikutkan akal fikiran dan darah muda saya memang tak dapat nak jawab.Ramai yang cakap,jenis-jenis blog yang boleh up adalah di kalangan blog-blog hiburan, ataupun public blog.Ada pulak yang cakap kalau nak up kan blog senang je tulis je tips dengan tutorial.Ya itu adalah sebab-sebab kenapa blog itu boleh naik.

Jadi persoalannya adakah personal blog tak boleh naik?Betul ke blog-blog yang bergenre (halamak dah macam artikel ROTTW plak) personal ni susah naik?Korang rasa susah ke senang?Jawapannya kalau nak dibuat perbandingan dengan public blog memang susah sikit Personal blog nak lawan sebab personal blog agak kurang keyword.Tetapi jangan terlalu negatif ye.Sebenarnya ada cara yang kita boleh guna untuk jadikan personal blog tu meriah dengan traffik dan orang kenal.

Korang nak tau macam mana kan?Senang je.Kalau sayalah kan saya akan buat macam ni :

1) KAITKAN ENTRI PERSONAL DENGAN READERS

Walaupun kita tulis pasal personal,pasal apa yang kita makan,apa yang kita minum ataupun kita pergi bersiar-siar tak semestinya kita tak boleh kaitkan dengan readers lain.Yelah kalau kita tulis meleret je then readers tak dapat feel macam mana diorang nak baca.Cuba korang bayangkan budak2 AF8 menyanyi lagu sedih tapi kat muka diorang happy then senyum sampai nampak gigi apa yang korang rasa?Ada tak rasa macam nak bagi tendangan gaya pengemis peringkat ke-8?Jadi pandai2 lah eyh.Satu lagi sila wujudkan persoalan dalam entri tersebut.Ada faham?

2) UBAH GAYA PENULISAN

Sebab tu ramai orang2 yang dah berjaya dengan Nuffnang cakap tumpukan pada penulisan dan duit akan datang kemudian.Walaupun kita tulis pasal apa yang kita buat harian tapi gaya korang tulis entri tu best tak mustahil ada yang baca.Tak semua readers baca entri untuk cari info,kadang2 diorang stress bekerja diorang nak jugak baca entri yang santai or kisah hidup orang.Yang lebih menariknya kalau ramai Ahli Mesyuarat Tingkap (AMT) memang keje diorang baca entri personal je.Jadi dengan gaya penulisan yang tak berat mungkin korang boleh attract diorang baca.

3) USHA KEYWORD PANAS

Ni satu teknik yang best.Korang nak buat entri personal dengan keyword panas pun tak jadi masalah tapi kalau boleh elakkan guna bahasa lucah ye.Alim Ulama kata tak berkat.Macam mana korang nak masukkan keyword panas?Simple je tak semestinya korang nak dapat hits pasal AF8 korang kene tulis satu entri AF8.Cuba dalam entri korang selitan sikit perkataan tu.Tengok mesti ada traffik yang drive ke blog korang.sebagai contoh ayat ni :

“hari ni saya pergi ke The Curve tetiba ada seorang mamat ni nak mengorat saya.Muka Hensem macam Iwan AF8 tapi suara memang foul.Taulah saya ni memang cantik macam Adira AF8”

Tu contoh jelah.Korang pandai-pandai lah olah ayat sendiri.Yang penting jangan kutuk–kutuk tak baik ye…

4) BUAT BLOG TU JADI CHAM

Ni bukan nak cerita pasal kumpulan lawak Cham tu.Cham maksudnya campur.Apa,tak pernah dengar?Korang betul-betul bukan mat rempit sejati lah.Ni adalah cara terakhir kalau korang tak nak buat 3 cara di atas.Maksudnya korang pelbagaikan entri dalam blog.Kadang-kadang cerita pasal personal,kadang-kadang buatlah entri open yang mana orang tengah cari or boleh dibincangkan.

Ni jelah yang saya nampak buat masa ni.Nak kasi banyakpun nanti korang muak nak baca.Takut ada pulak yang masuk ICU termuntah sebab baca entri dalam blog ni.Saya ni takde bagus sangatpun cuma sharing apa yang saya nampak dan buat.Terpulang pada korang nak buat ke tak?

p/s :
* Sorry ni entri lama saya modify sikit sebab hari ni agak busy so nak share benda yang dah ada tapi korang malas godeh.hak3…

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :
– Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang…hak3..
– Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free
– Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Article, Bean Moreno, Bloggers, Blogging, Menulis dengan Bagus, nuffnang, Suterablogger, Tips, tips blogging, Traffic. Bookmark the permalink.

29 Responses to >TIPS : BLOG PERSONAL BOLEH UP KE?

  1. >wah!!tips yang berguna ni..=)

  2. AiZ says:

    >i agree with that keywordkamoo nak komen entry saye pulak? hikhik.. klik kuat-kuat kat sini >>RAHSIA BLOGGER TEGAR !! BAGAIMANA DIORANG DAPAT PERHATIAN U ALL !!

  3. BeaN MorENo says:

    >adreynieelisya – just berkongsi ngan orang lain…apa yang saya tau kita boleh kongsi2kan tapi berkongsi kasih tak boleh la…hak3

  4. >thanks for the good info Bean Moreno.. U memang best lar… caya lah.. keep it up!!🙂

  5. BeaN MorENo says:

    >aiz – hehe thanks,dah komen dah

  6. BeaN MorENo says:

    >Aqma – sharing is caring kan…thanks

  7. aRoL says:

    >BeaN, ko punya tips memang best..tima kasih ye..

  8. BeaN MorENo says:

    >arol – hehe thanks kat korang jugak sebab masuk blog ni…so aku boleh implement apa yang aku dapat

  9. JAI says:

    >Adeyy..idea beku amende…nie punya entry kalau aku perlu ambik masa 1 minggu untuk draft..ahaks..ahaks..info cantik..masih menelaah bab keywords back door…ahaks

  10. >thanks for the tips :)simple & buleh buat lah.

  11. BeaN MorENo says:

    >Jai – lu dah gempak dah bro…hak3…betul ni tengah kerut kepala dah ni nak keluarkan entri

  12. BeaN MorENo says:

    >ellisme – hehe..simple itu mudah pimple itu jerawat

  13. helena's says:

    >saya tengah takde idea nih!

  14. Sendra says:

    >blog kau sekarang dah macam blog tentang blog sahaja bean..aku terasa nak buat entry pasal kau.(aku terasa je eh..jangan tunggu.)

  15. kak ina kl says:

    >jom baca pantun kat blog akak..tak nak vote akak ker..kesian tau..tak ada orang vote lagi tau utk pa 3..akak nak jugak pecahkan telur kat situ..malu sihhh tak ada org vote

  16. BeaN MorENo says:

    >cikhel – pergi kedai gunting rambut mesti idea datang

  17. BeaN MorENo says:

    >sendra – nak kutuk aku lah tu kan

  18. BeaN MorENo says:

    >kak ina kl – saya dah vote lah kak…hehe…mana boleh vote 100 x…

  19. SyuQ says:

    >wahhnice info.tq sebab berkongsi.:-)

  20. monica says:

    >nice sharing n gud luck utk video project alpha..:)

  21. >penulisan me 0ke tak ?hoho. jangan jawab lalalalala.

  22. Brother One says:

    >salam bro, thanks for the tips. Akan cuba praktikkan..

  23. DaHLia says:

    >tq for sharing…kiranya blog aku blog CHAM..heehe

  24. >hehehe… bila up.. bertambah lak org benci kan? kan?

  25. Melz says:

    >kaitkan Entry Personal dengan readers🙂 Nice beb yang nie hehethanks coz remind me !

  26. Sunduvan says:

    >Thanks for the tips. Memang saya bersetuju dengan tips saudara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s