>2 PERKARA YANG MEMANG TAK BOLEH HILANG DALAM BLOGSPHERE

>

2 PERKARA YANG MEMANG TAK BOLEH HILANG DALAM BLOGSPHERE



Selamat malam,

Hari ni takde apa yang menarik selain dapat makan masakan aiensepet.Meletop beb Bawal Power pun tak leh lawan.Saya ada satu soalan sebelum kita teruskan dengan entri kali ni.Apa yang korang belajar daripada blogging?Tadi saya cuba membiasakan diri dengan Facebook.Yelah dah lama saya tak guna facebook asyik dengan twitter je dan status facebook saya semua update direct from twitter.


Sekarang ada satu group yang tengah hot kat facebook iaitu Sahabat Blogger.Dah ramai members dah pun dan ia diasaskan (wah dah macam produk kecantikan) oleh BroFramestone kalau tak silap.Wah rajin kome buat benda-benda alah ni bro.Saya nak kata aktif tak juga tapi suka tengok apa yang dibincangkan so saya buat satu conclusion dari perjalanan saya di Sahabat Blogger.Setakat ni ada dua benda tak best yang tak boleh hilang dalam blogsphere kita.


1. Aktiviti Plagiat


Yang ni tak payah sebut memang orang tau.Budaya ctrl A + ctrl C + ctrl V.Shortcut untuk berjaya dalam blogging yang ramai buat.Dan ada yang mengamuk last 2 weeks sebab entri dia kene cilok.Kalau yang cilok tu blog cap ayam macam blog ni tu boleh di’consider’kan lagi lah.Tapi yang plagiat entri tu blog yang femes dan ada UV tinggi.Mungkin sebab plagiatlah blog tu naik ranking kot.Apa yang saya boleh rumuskan ialah korang plagiat korang takkan dapat belajar apa-apa dan kalau korang nak sangat publish tapi nak ambil hasil orang silalah gunakan kaedah krdit.Ni pinjam duit boleh plak pi syarikat kredit tanpa lesen..Kalau nak blogging korang kena tau cara nak elak diri dari plagiat tapi entri tetap di’publish’.Nak blogging kena ada etika beb…


2. Blogger Otai Sombong


Wah ini issue 2 tahun lepas tapi still ada jugak yang nak cerita macam ni.Korang nak tau tak kenapa issue ni tak boleh hilang?Benda ni jadi sebab adanya status ataupun kasta dalam blogging.Disebabkan wujud perkataan ‘blogger otai’ maka korang akan rasa diri korang kecil dan bila korang bergaul korang akan rasa tak selesa.Cuba buang perkataan itu korang akan rasa selesa dengan semua orang.Kalau nak diikutkan kebanyakan blogger yang ada kat luar sana semua ada kelebihan sendiri dan meraka akan cuba layan korang tapi sila faham kalau diorang tak layan itu bukan sebab diorang tak mau kawan dengan kita (ini ayat budak sekolah) tapi diorang ada life diorang.


Mungkin ada lagi perkara-perkara lain tapi saya nak highlight kan 2 ni je sebab selama saya blogging (tak perlu tahu sejak bila) 2 benda ni lah yang asyik-asyik jadi issue kat entry blogger-blogger luar sana tak kira baru atau lama.So rasanya kita perlu tau etika dalam blogging sebelum kita start nak daftar kat blogspot.hoho…


p/s :


* Nak Tips Blogging sila pi sini


Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :
– Dah register Heartbeat?  SIla register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang…hak3..
– Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang…
– Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi


About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Blogging, Blogsphere, Isu, tips blogging. Bookmark the permalink.

13 Responses to >2 PERKARA YANG MEMANG TAK BOLEH HILANG DALAM BLOGSPHERE

  1. >blogger otai kita tukar jadi blogger mesra la..hehe…

  2. Ayuni says:

    >aper2 pun blogging mmg best!

  3. mie says:

    >biasa la..lain orang lain kerenah..hheheee

  4. apyzs says:

    >Blogger yang otai..?Sepatutnye tak perlu wujud..

  5. BeaN MorENo says:

    >Afendi Othman – hm…actually tak perlu ada pun…kita just anggap semua sama

  6. BeaN MorENo says:

    >apyzs – haah memang tak patut pun

  7. Affan says:

    >hehe.kadang2 aku pun segan nak tegur sesetengah blogger dalam blog die.macam ni lah, rajin2lah tegur orang. aku dulu agak closed minded, malas nak make friend dgn blogger. skg aku dah open minded sikit, ramai gak blogger add aku dan tegur kat fb. jangan harap sgt orang nk tegur kita dulu, kita yang kena mulakan.samalah macam kat twitter dan blog, rajin2 lah tweet atau komen entry orang lain, bg orang perasan "we're someone!". Tapi kalau blogger tu buat bodoh je, buat taktau je lah kan. heheaku rasa kebanyakan blogger akan baca dan komen kat blog yang diorang selalu pg, jadi kat situ ambil kesempatan nak berkenalan dgn pembaca. tu yang aku cuba buat, singgah blk kat blog pengomen dan cuba komen.Alhamdulillah,hasilnya, walaupun aku jarang update, masih ada lagi orang yg sama sudi baca dan komen.maaf komen melalut, entah2 takde kaitan huhu

  8. BeaN MorENo says:

    >affan – nice one aku memang suka komen ni…Bagi aku kalau kita terlalu sanjung tinggi seseorang tu maka kita akan lahirkan perasaan takut & segan.So bila ada dua benda ni memang kita tak ke mana

  9. >pada aku … kalu kita rajin join event atau gathering blogger sure senang nak dengan blogger baru atau lama… macam kita nak bersosial kalau boleh berkomunikasi dengan betul takde masalah nak berkawan… tambah2 macam bro bean moreno nie….memang peramah bila dah kenal…. ;-p

  10. BeaN MorENo says:

    >hazman – hoho aku ok je dengan orang bro…as long as ko ok then pada aku takdehal kalau nak berkawan

  11. Puan Capa says:

    >bean blogger otai..hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s