>RINDU PADA 3 SITUASI SEMASA BERBLOG

>

RINDU PADA 3 SITUASI SEMASA BERBLOG

Salam guys,

Soalan pertama yang saya nak tanya.  Dah berapa lamo korang berblog?  Mungkin ada di antara kita yang dah bertahun-tahun menulis blog dan boleh dikategorikan sebagai ‘blogger otai’ (sakit telinga dengar!).Yang berblog bertahun-tahun mesti dah dapat hasil dan yang paling penting mesti ada lalui beberapa situasi yang korang memang suka.Bagi saya Bean Moreno yang boleh dianggapkan seorang blogger cap kentang putar ni saya rindu nak pi balik 3 situasi yang telah saya lalui sepanjang saya berblog.

1. Situasi Pertama : Ketika Mula-mula Bertapak Dalam Maya – 2008

Masa ni bila saya dah register je Suterablogger dengan google tanpa bayar satu sen pun (tak termasuk internet 4MB yang kongsi bayar di rumah sewa).  Masa ni saya berblog hanya sebab nak belajar.  Nak tau apa perasaan jadi seorang blogger.Tapi disebabkan ilmu time tu agak cetek so bedal jelah.  Best tak best itu lain cerita.  Tapi nasib baik saya terjumpa dengan satu beberapa orang kawan yang sampai sekarang ngam iaitu Puan Capa, Cikhelena, Cik Yann, Wiseman, PJ Selamba, dan Karipap.Masa ni memang best.Tiada tekanan.Apa yang best setiap malam kami lepak chat kat conference room YM bincang apa yang kami nak tulis dalam blog.  So tidak pernah ada perkataan kering idea.

2. Situasi Kedua : Ketika First Time Buat Gath – 2010

Masa ni saya tak kenal ramai blogger.Yang saya kenalpun dak-dak yang pergi Astro Beyond Blogger Night.  Dengan paksaan untuk keluarkan keberanian saya cuba atur satu gath dengan Cikhelena.  Apa yang bestnya ramai yang support walaupun event tu hanya dianjurkan oleh seorang blogger tahap ayam ni.  Yang paling best penampilan Melromeo, Rina Salleh dan Eyriqazz.  Tak sangka beb diorang nak datang.Tak lupa Aus, CLP, Deydeq, Fateha, Kak Tash dan ramai lagi (kalau nak mention memang ramai).

3. Situasi Ketiga : Samsung Corby Event – 2010

Ni event ketiga saya dengan Nuffnang.  Dan seperti yang korang tau team saya menang hadiah duit dan team Eyriqazz menang Corby.  Siot team diorang main tipu…hak3…Apa yang menarik sangat event ni sampai saya jadi rindu.Pertama saya satu team dengan Huai Bin & Audrey.  Yang kedua ialah event ni berjaya menggabungkan komuniti malay blogger dan juga chinese blogger.  Dalam event ni kitorang bekerjasama tak kira warna kulit kalau ada blogger negro pun  kena unite as one team.  Memang syok.  Siapa kata Nuffnang racist?

Pergh tetiba je saya boleh teringat pasal benda yang dah lepas.Tapi kalau lah boleh ubah balik masa memang saya nak jadi macam dulu.  Dulu tiada erti kata ‘aku hebat’, tiada maksud ‘Diva dalam kamus blogging kami.  Kami cuma inginkan persahabatan erat sahaja.  Tapi sekarang kalau kita asyik tunduk maka ramai blogger yang akan aim dan ambil kesempatan atas ketatasusilaan kita.  Fuh letih…

p/s :

* Cuba share apa pulak keadaan atau situasi yang korang rindu masa blogging…

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Blogger Hebat, Bloggers, Blogging, Cikhelena, Eyriqazz, Melromeo, Puan Capa, Zaman Blogging Yang Tak Boleh Dilupakan. Bookmark the permalink.

8 Responses to >RINDU PADA 3 SITUASI SEMASA BERBLOG

  1. iniialahaku says:

    >sya org baru lgi..mmg nk bljar tgk apa tu blog..nk rasa tgk apa tu dunia blog..skarang??bnyak lgi kna bljar..mmg bnyak sgt yg kna blajar..nk buat tmplate pon xreti…hehe

  2. BeaN MorENo says:

    >iniialahaku – nanti kalau ada masa kita lepak…aku ajar..

  3. CikLilyPutih says:

    >bean,aku rindu nak pi gathering yang ko buat. bila nak buat lagi ek? but now sangat blogger baru so cam payah2 gak lah nak borak2 dgn ko kan

  4. BeaN MorENo says:

    >Ciklilyputih – hm…nanti aku buat untuk korang…eleh ko kalau ramaipun aku tetap entertain korang

  5. Puan Capa says:

    >yer!!!!!!!!!rindu sangat pada awal 2008 itu!zaman anak dara dan bean masih bujang!hahaha!!! yg best conference YM malam2..yeba2!

  6. BeaN MorENo says:

    >Puan – haha itu benar!

  7. Luth Textile says:

    >okla tu. sekarang dah jadi sifuu…

  8. BeaN MorENo says:

    >luth – sejak bila aku ajat taici…haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s