>4 MENTALITI ORANG KITA

>4 MENTALITI ORANG KITA


Salam guys,


First word yang saya nak cakap, New place new environment. Dah lama tak share something pasal kehidupan. Saya jarang nak share pasal berita surat khabar ni melainkan berita tu memang best. Korang perasan tak apa dia mentaliti orang Malaysia yang wujud sekarang. Ok hari ni saya nak share pasal Mentaliti orang Malaysia yang mungkin ada pada saya korang dan sekeliling kita


1. Tulen VS Tiruan


Pernah dengar Louis Vuiton. Pernah guna barangan Gucci? Kalau korang ada guna barang-barang brand yang saya sebut satu perkataan saya nak bagi. “Korang memang kaya”. Yelah kalau tak mesti korang just pakai Bonita je haha. Tapi korang rasa kerani gaji RM800 mampu tak pakai barangan tu? Mesti ramai yang pertikai melainkan dia ada join mana-mana MLM. Tapi sekarang ni kan tak kiralah korang pakai original ataupun fake punya barang, mentaliti kita tetap akan terdetik yang itu adalah fake.hak3… Betul tak? Jadi apa guna beli barang mahal-mahal kalau orang lain still anggap itu datang dari Uptown bukan Pavilion.

2. Kau Susah Takpe Janji Aku Senang

Mentaliti macam ni biasanya ada kat jalan raya. Biasanya masa kat jalan raya orang yang sopan santun kat rumah dan pijak semut pun tak mati akan berubah menjadi ganas. Masing-masing berfikiran yang dia je nak cepat orang lain lambat takpe. Bila kat jalan raya beli kereta mahal-mahalpun dah tak tau guna lampu signal. Yang kita tau guna hon je. Tu belum kira pasal parking lagi. main park je mana kita suka tanpa fikir apa yang kita buat tu akan menyusahkan orang lain. Tak percaya boleh refer entri ni.

3. Cerita (Sembang) Dulu Result Tolak Tepi


Kita selalu cerita je lebih tapi buatnya tidak. Contoh paling senang dan simple ialah berhenti rokok. Belum berhenti dah gebang kat orang yang kita nak berhenti tapi last-last tak berhentipun. Apa lah salahnya kalau kita nak stop smoking kita buat dulu then dah stabil baru bagitau orang. Takpun jangan kecoh-kecoh sampai orang lain tanya baru jawab. Tu belum lagi yang gebang cerita untung projek dua juta tapi sebenarnya projek tak dapat pun lagi.Oooops jangan marah ha…haha…


4. Aku Ketua Aku Relax


Yang ni ramai lah beb. Mentaliti macam ni memang annoying dan sepatutnya takde. Wah kalau jadi ketua semata-mata nak duduk relax masuk kubur lagi relax. Jadi Ketua bukan bermaksud kita hanya bagi arahan dan kulikan orang je. Kita kena turun padang dan tolong jugak. Ni tak kita cuma tau bagi arahan je pada orang bawahan tapi bila suruh dia buat kerja garu kepala. Bukan ke sepatutnya kepimpinan melalui teladan kan. So kalau boss silang panggung maka orang bawahan pun akan silang panggung lah.

Hopefully kita dapat elakkan dari berkelakuan macam ni. Bukan tujuan saya nak mengutuk tapi supaya kita aware dengan persekitaran. Sebab kita hidup dalam dunia ni bukan sorang, ada ramai yang hidup sekeliling kita.  Mesti ada yang perhatikan perlakuan kita.
 
p/s :
 
* Gila addicted main Lightroom 3.

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in 4 Mentaliti Orang Kita, Bonita, Gucci, Leadership, Louis Vuiton. Bookmark the permalink.

28 Responses to >4 MENTALITI ORANG KITA

  1. iniialahaku says:

    >haha..tepat suma tu bro..yg truan vs tulen tu dah penah kena…skali org tu ckap.."la…jam ko beratus ek..aku igt pasar mlam je" ces…..p/s:lightroom tu apa???

  2. Ayuni says:

    >hm, betul bila di fikirkn balik…

  3. Puan Capa says:

    >camne nak ubah ek mentaliti diaorg ek

  4. bardboo says:

    >yg psal barangan tu:kalo org kaya pakai benda tiruan pon, org ingt ori..tp kalo yg org biasa2 nie pakai brg ori, org tetap akan fikir tu fake..

  5. KiD says:

    >ahhaaaa… like entry nih..oooopss bean moreno ada di entryTips Trafik 10 Ribu Seminggu | Blogwalking dan Kom…

  6. The Sharkox says:

    >aku suka yg no 1 bro… ada member aku, beli barang original dari butik mana entah, takde siapa pun nak heran dia pakai seluar ori pasal mentaliti orang kita akn cakap "seluar siam"..haha

  7. >mmg btl.. bla nk ubah mentaliti ni.. smpi bla2 ssh nk maju..

  8. Nur Hanani says:

    >Memang betul la..mentaliti orang kita susah nak ubah..Entri Terkini: Abang posmen suka barang saya ehh?????

  9. Myvitrd says:

    >mentaliti susah nak ubah… macam orang-orang tua kita.. kalau dah percaya benda mistik ni.. sampai dah moden masih percaya benda2 mistik ni..Bab ori atau tulin.. aku memang cari yg ori.. tapi kena lain cerita dengan CD.. mesti nak cari yang tak ori.. hehehe

  10. Ummi Hanie says:

    >nice sharing..betulll banget tu bro😉

  11. Razis says:

    >aku sgt suka dgn post ini. aku bg 5 bintang. Sgt benar semua fakta ini.Latest Entry Blog Razis "Gambar Perodua Alza M2 Edition"

  12. Wan Gerrard says:

    >hmm mentaliti susah nak diubah~

  13. Miza Yusof says:

    >sangat-sangat setuju dengan artikel ini. tepat belaka.

  14. BeaN MorENo says:

    >iniialahaku – hehe realiti atau fantasi haha lightroom tu software edit gambar

  15. BeaN MorENo says:

    >Ayuni – thanks memang itu benar2 berlaku

  16. BeaN MorENo says:

    >Puan – diorang kene jumpa fadhilah kamsah haha

  17. BeaN MorENo says:

    >bardboo – betul jugak…apasal saya tak terfikir

  18. BeaN MorENo says:

    >the sharkox – sebab terlalu banyak fake

  19. BeaN MorENo says:

    >shamsul – hehe susah sikit perlu masa

  20. BeaN MorENo says:

    >Nurhanani – perseo\psi persekitaran

  21. BeaN MorENo says:

    >Myvitrd – tak aku layan astro first hahah

  22. BeaN MorENo says:

    >umie – thanks..apa yang saya nampak dan alami

  23. BeaN MorENo says:

    >razis – hehe thanks

  24. BeaN MorENo says:

    >wan gerrard – yups correct

  25. BeaN MorENo says:

    >MY – terima kasih

  26. Zala Wajik says:

    >no 4 tu super agree ! jadi ketua tak bermaksud kita duduk arah orang-orang jadikan kuli kita.

  27. BeaN MorENo says:

    >zala – yups betul

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s