>BLOGSPHERE MALAYSIA DALAM BAHAYA

>

BLOGSPHERE MALAYSIA DALAM BAHAYA



Salam Bro,

Perkataan pertama sebelum Bean Moreno start entri ni ialah ‘Tolong! Tolong! Kita dalam bahaya!’.  Sila baca dengan nada yang betul okey.  Nak cerita pasal blogshere Malaysia yang saya tengok dan rasa macam ada sikit kritikal.  Apa yang saya boleh cakap ialah ini adalah akibat bila kita selaku blogger meletakkan Duit & Traffik sebagai matlamat blogging kita.  Bukan nak cakap saya tak nak duit.  Korang akan cakap saya gila kalau saya cakap yang saya tak nak duit.  Memang itu satu ayat di mana takkan masuk akal.

Kenapa tetiba saya bukak topik ni?  Saya rasa korang sendiri ada jawapannya dan mungkin korang satu daripada hamba Allah yang buat benda ni.  Bila kita blogging berniatkan duit & traffik so semua benda kita nak instant dan cepat. Ada tiga situasi yang saya nak share dengan anda blogger-blogger terhormat di luar sana :

1. Auto Blogwalking

Apa jadahnya nak blogwalking secara auto.Korang tau ke tidak konsep blogging dan blogwalking.  Tujuan kita blogwalking adalah untuk tambah kenalan dan jugak tambah knowledge.  Bila kita Auto Blogwalking adakah kita masuk ke dalam blog tersebut? Kita tolak tepi bab baca entri sebab ada jugak blogger yang masuk blog lain tak baca entri.  Tapi itu lebih baik dari tak masuk langsung tapi dok tarik traffik dari shoutbox.  Ini lah sebab kenapa saya pasang widget pelawat Gengblogger.

2. Plagiat Entri

Kes ni agak susah nak dibendung. Even banyak kali keluar entri tetap ada je aktiviti ni. Ni disebabkan blogger tu nak traffik tapi takde idea.  So bila terdesak sangat nak traffik maka copy paste jalan terakhir.  Dengan teknik jutsu ni mereka dapat tarik visitor dengan keyword entri yang diciplak.  Still banyak kes ni terjadi tak percaya pi blogwalk mesti ada yang kecoh.  Susah sangat ke nak tulis entri?  Bagi saya tak susah langsung dan kalau korang tak nak terlibat dengan plagiat cuba berbalik kepada cara lama berblog iaitu blogwalking.  InsyAllah korang akan dapat idea.

3. Teknik I-frame

Yang ni teknik jutsu terbaru yang tengah hangat diperkatakan.  Saya terbaca dari blog Dahlia pagi tadi.  Dan jutsu ni Naruto pun tak tau lagi sebab Jiraya belum ajar dia.  Korang tau tak apa itu I-Frame?  Dari pengamatan saya I-Frame ni satu script pendek yang dihasilkan untuk duplicate traffik dan juga feed (kalau tak silap lah).  Biasanya script ni ada pada banner or blog.  nak tengok macam mana rupa I-Frame boleh usha blog Dahlia sebab saya takde masa nak tunjuk secara detail.  Cukup setakat penerangan pendek yang boleh bagi korang jelas. Yang saya tau dalam blog saya cuma ada satu je coding iframe iaitu widget Gengblogger.  hak3..  Tapi kalau korang nak penawar atau cara untuk elak I-Frame ni korang boleh pi kat blog Bro Anarm.  Maka berhati-hatilah dengan coding banner ataupun gambar sebab mungkin anda akan jadi mangsa.

Adakah anda tergolong dalam tiga situasi ini.  Pada saya kalau korang nak teruskan benda-benda ni ikut lah kata hati korang sebab 3 benda kat atas ni lah yang akan menyebabkan blog korang jatuh dan korang takkan dapat ilmu dari perbuatan korang.


p/s :


* Untuk jadis seorang blogger hebat kita kena lalui beberapa stage dan belajar dan ingat tiada jalan mudah untuk kita belajar pasal blogging.

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Blogger Hebat, Bloggers, Blogging, Blogsphere Malaysia Dalam Bahaya, Coding, I-Frame, Script. Bookmark the permalink.

34 Responses to >BLOGSPHERE MALAYSIA DALAM BAHAYA

  1. hans says:

    >betul2saya sangat setuju

  2. KELI OH KELI says:

    >ya..saya setuju pandangan tuan…posting entri yg sangat bagus utk membuka minda bloggers.

  3. BeaN MorENo says:

    >Keli Oh Keli – terima kasih hanya perkongsian di kala sunyi

  4. Myvitrd says:

    >betul bro memang hangat sekarang ni.. pasal iframe.. kecoh satu malaya.. aku sempat test dari blog yg dimaksudkan dah tu buang sebab rasa macam tertipu.. hehehe

  5. BeaN MorENo says:

    >MyviTRD – aku pun sebenarnya ada test nak tgk apa yang akan jadi.Memang ada masuk traffik banyak tapi itu bukan real…pageview tinggi melambung…dan yang pntg alexa up…bukan makin turun

  6. Liza says:

    >saya blogger biasa2 jer, tak hebat pun ok jer

  7. Sky0ne says:

    >bab kejar trafik tu mmg ketara sangat…trafik dikejar, tapi entri entah apa-apa…

  8. BeaN MorENo says:

    >liza – samalah kita

  9. BeaN MorENo says:

    >faizal – itu budaya yang tak boleh hilang

  10. Catherine- says:

    >mereka yg cacat je layak guna autoblogwalking.anda rasa anda cacat? gunalah sepenuh hati!grr~http://catherinepipigebu.blogspot.com/2011/01/auto-jerit.html

  11. BeaN MorENo says:

    >cath – maraj betul!haha

  12. Wan Gerrard says:

    >hmm betulgak, masa untuk diri sendiri berubah😛

  13. BeaN MorENo says:

    >Wan – masing-masing ada persepsi bro

  14. husna nabila says:

    >hahahaha… tak tau nak ckp ape pasl post ni sbb bace, tpi tak tau nak komen ape…tapi tu la.. zaman sekarang ni nak duit mudah, mmg terkejar2 trafik.. saye dulu mcm tu gak.. sekarang sye nak stop tp tak ley plak buat ade iklan ni.. sabor jela… melekat kat situ. da remove pun ade gak…yg pasal yg iframe tu.. ahhaah sgt2 no komen sbb tkde sy mmg tak penting kan trafik langsung.. ahaha

  15. BeaN MorENo says:

    >husna – hehe yang penting diri sendiri

  16. Affan says:

    >entry ni bagus.rajin ko update entry time weekend ye. hehe.tgk tulisan ni, dah tau bro ni org lama. tulis berdasarkan pengalaman. hehesetuju, untuk jadi blogger yg hebat kena lalui beberapa stage.ada blogger tak faham konsep "unwritten rules". bukan semua undang2 bertulis, tapi bila duduk dalam satu komuniti, kita terakluk kepada undang2 komuniti itu juga jika ia tidak menyalahi undang2 lain. contohnya isu iframe, ada ke tulis dalam undang2 takleh guna? takde. tapi kita sebagai blogger, faham2 lah sendiri kan. tu yg aku maksudkan "unwritten rules", undang2 tidak bertulis yg kita kena tahu.sekali lagi, komen panjang sgt. jgn buat entry pulak ya!! hehe

  17. BeaN MorENo says:

    >Affan – hoho alamak terpeli la plak kan…takde hal bro…actually itu bukan rules tapi itu adalah guideline dan blogging itu adalah satu jalinan persahabatan sebenarnya.Jika kita buat cara kita maka kita akan merosakkan jalinan persahabatan… Nice komen aku suka..haha

  18. antudegil says:

    >Jutsu keji kopi pasta memang takleh buat apa la. unless pasang code no right click atau terus tak yah buat entri. He!mind kea tweak balik blog for apa sbnrnye. kalau duit, memang nangis la minat tu habis takat tu.Entri Terkini : Parody Sempena Sambutan Valentine’s Day

  19. BeaN MorENo says:

    >antudegil – itu memang betul…tapi sekarang memang zaman instant kot..

  20. Admin says:

    >aiiyakk.. gua penah bca gk ttg i frame tuh.. tpi xbrape pham lg..hiihi

  21. BeaN MorENo says:

    >admin – hehe gua faham skit2 ja

  22. BeaN MorENo says:

    >phreak – ko macam baru kenal aku kan haha

  23. Puan Capa says:

    >copy paste???tak suka!

  24. BeaN MorENo says:

    >puan – puan kreatif

  25. >setuju bean!kadang2, aku nak balas BW die org pun suspicious sangat!geram btol dengan manusia2 macam ni!kalau lah blog dia boleh diflag ke, blocked ke, dah lama aku usahakan!hahahahaha

  26. BeaN MorENo says:

    >hakim – haha ko buang shoutbox lepas tu pasang widget GB

  27. >wow.. ilmu baru neh. thanks bean

  28. >Nak kata tak de pendidikan, semua blogger cerdik pandai.. nie kes terlebih pandai yang dok wat gitu.. hahaha~

  29. BeaN MorENo says:

    >Jard – ilmu apa bah?

  30. BeaN MorENo says:

    >shahrul – hehe biasalah bro..nak senang..

  31. xazryx says:

    >perghh .terbaik beb .setuju sgt.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s