>3 SEBAB LELAKI AKAN BERHENTI MEROKOK

>

3 SEBAB LELAKI AKAN BERHENTI MEROKOK



Selamat malam guys,

Pergh saya sedang melawan perasaan tak best yang datang secara drastik hari ni.Hampir 75% diri dikuasai enzim ‘kureng la cha’ dan menyebabkan hati secara total melawan dan menolak diri ini ialah seorang blogger.Kalau saya berjaya membuat anda ketawa dalam entri ni bermakna saya dah berjaya lawan enzim tersebut.

Persoalan pertama adakah anda bangga menjadi seorang perokok?Kalau soalan ni ditanyakan kepada saya sebelum saya masuk ward bulan 8 hari tu mungkin saya akan kata.Ya saya bangga berkawan dengan Dunhill dan saya suka lihat dia kaya dengan duit saya.hak3…Itu ayat kalau pertanyaan tu singgah sebelum saya operationlah.Korang rasa apa sebab ataupun punca yang boleh buat lelaki berhenti merokok?Bagi saya ada 3 :

1. Sebab Awek

Ok kalau sebab yang ni saya akui memang berkesan untuk bagi lelaki berhenti hisap rokok.Saya mula merokok sejak umur saya form 1.Kalau tak silap time tu wujud lagi Dunhill 7.Korang dapat bayangkan tak bila seorang tu dah buat sesuatu dari umur 13 sampai umur dia 17,so ia dah jadi habit bagi saya.Tapi,masa kat Uitm saya ada seorang awek nama dia Siti Rohaidah Bte Salleh (wah siap nama penuh) dia keluar satu ayat macam ni :

“Bapak saya tak hisap rokok,Abang Ipar saya tak hisap rokok,abis macam mana?”

Dia tak cakap direct tapi agak berkias dan secara auto saya terus berhenti merokok keesokan harinya tanpa bantuan Niquitin.haha…Nampak kuasa cinta itu boleh membuatkan lelaki lupa diri dan tabiatnya.hoho…Tapi, korang kena ingat kalau berhenti disebabkan awek ia akan kembali menghantui diri korang pada ketikanya contohnya bila putus cinta.halamak dah macam filem Khurafat lah…hak3…

2. Lihat Kematian Disebabkan Merokok

Ni lagi satu, korang pernah tak ada orang yang rapat-rapat meninggal dunia disebabkan rokok.Saya ada seorang kawan baik yang meninggal disebabkan merokok.Time tu memang insaf dan tetiba berhenti merokok.Tapi… itu tak mungkin akan dapat bertahan lama sebab semakin lama arwah pergi semakin kita lupa pasal kematian dia so bila dah lupa korang mintaklah Anna Raffali nyanyikan lagu Tolong Ingatkan aku.hak3…

3. Terkena Penyakit

Yang ni pulak memang terpaksalah.Kebanyakan lelaki akan berhenti merokok kalau dah dapat tau atau menghidap penyakit yang menghalangnya menghisap rokok.Contoh terdekat ialah masa saya kena Tibi dulu.Actually disebabkan saya berhenti merokoklah saya tau yang paru-paru saya telah ditenggelami air (dah macam banjir pulak).Time tu baru terasa yang Dunhill itu bukanlah kawan yang baik.Maka bila dah tau nyawa dihujung tanduk sayapun berhenti merokok.Mak bapak pun bertambah sayang hak3…


Bagi saya 3 nilah sebab saya berhenti rokok dulu kini dan selamanya.Tapi korang kene beringat yang 3 sebab ni takkan menjadi kalau korang takde satu benda yang dinamakan KEAZAMAN yang tinggi.Kalau takat korang just cakap je nak berhenti tapi takde azam lupakan jelah lafaz mulut korang tu.Jom layan iklan anti rokok yang lawak ni …





p/s :


* Dulu saya kutuk orang tutup hidung bila saya hisap rokok kat mamak tapi sekarang baru tau perasan diorang bila duduk dan bau asap rokok.Poyo siot ayat gua…haha

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in 3 Sebab Lelaki Bernehti Merokok, Smoking, Stop Smoking. Bookmark the permalink.

14 Responses to >3 SEBAB LELAKI AKAN BERHENTI MEROKOK

  1. >hee congrats sebab berjaya berhenti.ayah sy berhenti rokok sebab anak anak dia🙂

  2. Liza says:

    >my husband berenti smoking a few weeks sebelum kami kawin…Alhamdulilah

  3. Anip™ says:

    >huhu, iklan merokok tu best lorh, heheh tp yang aku taw la. banyak orang berhenti merokok kerana awek. huhumcm2 la..BLOG GEMPAKZ SIOT

  4. Woofer Storm says:

    >sy tak merokok coz abg2 tak merokok.. walaupn bpa stil merokok,harp2 dia baik2 jelaaa..follow skali kat sini^^

  5. Wan Gerrard says:

    >hmm betul2 gak, bahaya merokok ni.. ^_^

  6. BeaN MorENo says:

    >notso – itupun salah satu sebab

  7. BeaN MorENo says:

    >Liza – sayapun pernah buat azam macam tu tapi tak berjaya

  8. BeaN MorENo says:

    >anip – haah kebanyakkannya

  9. BeaN MorENo says:

    >woofer – bagus kalau macam tu

  10. BeaN MorENo says:

    >wan – gerrard mana boleh isap rokok

  11. BeaN MorENo says:

    >AJ – thanks for the info

  12. Puan Capa says:

    >kawan saya berhenti merokok sebab kena penyakit.macam poit ketiga tu.bila dah terhantuk, baru nak tengadah.

  13. BeaN MorENo says:

    >Puan – ces macam perli je

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s