>SELAMAT KEMBALI SENDRA…RAMAI YANG MERINDUI KUEH TART MU…

>

SELAMAT KEMBALI SENDRA…RAMAI YANG MERINDUI KUEH TART MU…



Salam guys,

Amacam dah breakfast?Adu kepala pusing dan pening hari ni.Tak larat nak fikir benda berat-berat.Ini adalah hasil mengadap MySQL selama dua hari berturut-turut.Untuk apa saya bertapa MySQL akan diceritakan mungkin malam nanti itupun kalau ada mood nak share.

Ok sekarang saya nak mintak korang buat satu benda.Cuba kira 1 sampai 8 dan selepas nombor itu korang tambah perkataan TART.Sebagai contoh 1 TART, 2 TART dan seterusnya sampai 8.Jangan skip ye.hoho sorry saja nak kasi segar mata korang yang mengantuk.Saya tak cakap korang yang sebut ok.Apa kaitan TART dengan entri kali ni?Saya takde niat nak jadikan blog ni sebuah blogshop jual kuih.Pernah tak korang dengan pasal blog KuehTart?Bagi yang tak pernah sila masuk buat pertama kali dan yang dah selalu menyemak kat sana sila kasi semak lagi.

KuehTart atau blogger yang bernama Sendra (lelaki gatal harap jangan nak ngorat sebab dia adalah lelaki) dah lama menghilangkan diri dan blog dia dah lama tak update.Bagi yang tak kenal owner KuehTart pi usha gambar atas dan yang tengah gar kepala itulah Sendra.Punca dia menghilangkan diri mungkin sebab dibayangi Ah Long (ini saya tipu).Dulu dia pakai blogspot je tapi sekarang dah berubah jadi WP.Dem apahal ko tak tunggu aku dulu!Tapi takpelah next time boleh belajar dengan ko.

Ada dua sebab kenapa saya up entri untuk dia.Satu dia adalah seorang kawan yang baik.Apasal tak percaya?Pi lepak ngan dia korang akan tau dia jenis macam mana.Yang kedua ialah penulisan dia teramatlah bagus.Ini saya memang akui dengan ikhlas.Saya suka baca blog dia walaupun dia tak berapa nak suka masuk blog cap kentang putar ni.

Kepada Sendra,selamat kembali menulis dalam KuehTart.Ramai yang tengah tunggu ko up entri macam dulu.Kepada yang lain jom support dia so mood menulis dia datang macam dulu.Sebab tak salah kita support orang sebab bend baik tu akan datang balik pada kita.


p/s :


* Time Gatsby adalah satu moment yang paling best sebab time tulah kami bergerak sebagai satu komuniti yang agak besar.

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Bloggers, Blogging, KuehTart, Sendra. Bookmark the permalink.

12 Responses to >SELAMAT KEMBALI SENDRA…RAMAI YANG MERINDUI KUEH TART MU…

  1. Puan Capa says:

    >welcome back kueh tart!!!nak kueh tart 1!!!1 dozen.haha

  2. BeaN MorENo says:

    >Puan Capa – tunggu raya

  3. phreak-id says:

    >satutart, duatart, tigatart, empattart, limatart, enamtart, tujuhtart, lapantart.Giler lucah Bean niTerbaru > Klon Jejai Kelirukan Fasha Sandha > The Maxis Om Nom Nom Race > Tukar Banner/Link Dengan phreak-id

  4. Matjoe says:

    >dah lama tak dgr, sekali buat comeback, meletop,btw,salam,sabtu lepas tarikh tutup contest untuk entry azam tahun 2010.terima kasih kerana sudi join. contest utk like gambar azam 2011 masih berterusan sehingga25th Jan 2011. aku ada sharekan cara utk 'like'di blog aku: Cara Like Gambar FacebookBerikut adalah link untuk terus ke album azam 2011 di facebook page matjoe.com: Album Azam 2011 thanks

  5. >memberi suport 101% kepada sendra

  6. Eyriqazz says:

    >welcome back sendra..eden pun merinduimu..hik3..

  7. BeaN MorENo says:

    >phreak – bukan aku yang sebut

  8. BeaN MorENo says:

    >matjoe – dia ada talent bro aku akui itu

  9. BeaN MorENo says:

    >secantikmanis – habis saya?

  10. BeaN MorENo says:

    >Eyriqazz – haha adakah anda jambu haha

  11. Sendra says:

    >bean sebenarnya aku dah banyak kali baca entry ni sejak dari kau mula2 post tapi sampai sekarang aku baru nak komen sebab setiap kali aku datang sini aku terharu setiap kali aku datang sini aku terharu..arghhh tensionnya terharu2..haha..bean aku tak minta pun kau buat semua ni aku pun terkejut bila baca entry ni.(sampai sekarang baca pun masih terkejut lagi)aku masih ingat dan tak kan lupa macam mana aku mula2 kenal kau..(cewah)..masa tu aku hingusan lagi dalam tulis blog ni..segala widget aku nak letak..lagu pun bukan main autoplay lagi.,.blink2 semua tak payah cakap lah kan sampai naik berat blog aku..dah macam blog perempuan dah..haha..tapi aku kenal kau time aku komen entry kau yang kau cari geng untuk event yang digi tu kan..aku masa tu main cakap je nak join padahal aku takdelah pun teringin nak join..tapi entah kau main nak layan je aku cakap aku nak join..hahah..aku start banyak belajar dengan kau masa kau mula2 ajar pasal domain..haha..benda tu lah pencetus aku mula2 semangat blogging dulu…gilalah..hidup aku dulu dalam kepal ada blog je..haha..kawan2 aku pun panggil aku blogger boy tak sudah2..kawan aku yang dah lama tak jumpa tak tegur pun tiba2 tegur aku sebab dorang kenal blog aku..time tu happy gila aku dengan blog..dari kau jugalah aku kenal ramai sifu,kenal mel,kenal eyriqazz..dah tu jumpa2 buat macam dah lama kenal..haha..anywat bean thanks a lot..aku memang sentiasa baca blog kau dari blog kau dalam bi lagi kot sampai sekarang..best ke tak best aku baca je..thanks suport aku dari awal sampai sekarang.(walau aku rasa blog aku sekarang serius tak best,aku yang baca pun rasa tak best..haha)..thanks bean.

  12. BeaN MorENo says:

    >sendra – aku pun terharu baca komen gaya entry macam ni hahaha…siot ko semua ko include dalam komen baik ko buat entry at least ada orang baca hahah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s