>KENAPA KITA SUKA MEMPERTIKAI & MEMBENCI

>

KENAPA KITA SUKA MEMPERTIKAI & MEMBENCI



Salam guys,

Tutup kisah Anugerah Juara Lagu 25.Tahniah pada yang menang dan yang tak menang anda tetap juga artis dan ada peminat so tak perlu sedih album tetap akan terjual.hak3…Lepas AJL25 semalam saya dapat lihat dan terfikir satu benda.Adakah masyarakat kita terlalu sensitif dan suka kumpul segala kebencian dalam hati?Siapa boleh jawab…

Kenapa saya start topik ni.Simple je dah macam-macam perkara yang kita boleh nampak berlaku sekarang ni.Ramai antara kita yang terlalu bijak untuk mengadili kehidupan manusia lain.Kita tak pernah fikir kenapa jadi macam tu dan punca lalu dengan spontan terus nak menjatuhkan hukum ‘kebencian’ kat orang kita tak suka.Bila kebencian muncul maka pertikaian akan wujud.Owh senang gila nak jadi pengadil.Persoalannya adakah kita layak mengadili seseorang.Kalau memang mudah nak jadi hakim dah ramai orang ganti tempat hakim negara.

Contoh paling dekat ialah pemenang AJL25…Siapa menang?Jawabnya Ana Raffali yang menang.Bila dia menang apa terjadi?Dah tentulah dia dapat penghargaan dan duit RM35000 betul tak?Tapi bukan itu je yang dia dapat.Dia juga dapat kritikan dan kebencian.Baru je dinobatkan sebagai pemenang terus page Mempertikaikan kemenangan dia wujud dalam facebook.Saya bukan nak bela dia dan actually saya bukan fans dia pun.Persoalannya adakah kita layak mengadili kemenangan dia?Tak beb kalau kita layak kita dah duduk kat kerusi juri.Korang sendiri takde certificate music korang nak pertikai lagu tu.Apa kehei nye yob!

Kes lain ialah kes Jejari Runcing.Siapa tak kenal dia kan.Blog dia je dah cecah 7K followers.Pergh gua dah berblog dekat 3 tahun pun tak lepas seribu lagi…hak3…Bila Khairul Fahmi jadi hero tetiba tempias kena kat awek dia.Itupun ada yang tak puas hati.Biarlah dia nak cerita pasal si apek tu kat blog dia.Itu hak dia so kenapa perlu pertikaikan.Kalau korang nak popular jugak macam dia jadilah pemain bola sepak ataupun paksa boyfriend korang jadi palyer bola sepak.Kalau tak nak pi ganti Dato Misbun Sidek pasti meletup.Pasal cerita hal personal dalam blog pun orang benci dia then terus ada Fanpage.Cuba fikir layakkah korang nak tentukan penulisan dan kehidupan orang lain?

Dalam blogging pulak, bila seseorang tu menang kontest dan menang Blackberry Torch.Tak payah ceritalah memang korang tau Hamzah menang kan.Itupun ramai pertikaikan kemenangan dia?Wah korang nak jadi advertiser ke pilih pemenang dan takkan asyik-asyik muka sama je menang betul tak?Bagi lah peluang kat orang lain pulak.Hamzah bernasib baik sebab blogger yang petikaikan dia tu tak buat fanpage untuk dia.hak3…Bagi saya biarlah dia menang apa masalahnya wei siap nak buat entri bagai.Itu nama dia rezeki dan kalau tak percaya sangat rezeki tu tuhan bagi apa kata korang tanamkan perkataan dah itu luck dia.Bagi lah support bukan kondem.Sila jangan anggap saya menulis disebabkan kawan tapi disebabkan kesedaran sebenarnya.


Oklah terlampau panjang pulak entri ni.Hari dah kena tegur dengan Kak Ina sebab entri panjang sangat.Apa-apapun cuba fikir satu benda Kenapa Kita Suka Mempertikai & Membenci sedangkan kita sendiri tak sempurna dan tak layak..?


p/s :


* Apa salahnya kita kita unite barulah hidup aman.
* Apa pendapat korang pasal Fanpage benci-benci ni?

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in AJL25, Ana Raffali, Culture, Fanpage Benci-benci, Hamzah Ian, Kenapa Kita Suka Mempertikai dan Membenci, Terbangtinggitinggi.com. Bookmark the permalink.

24 Responses to >KENAPA KITA SUKA MEMPERTIKAI & MEMBENCI

  1. zaryl says:

    >manusia memang mcm tu terutama yg ada kat Malaysia dan kebetulan ramai dari spesis tu yg berbangsa Melayu😛

  2. BeaN MorENo says:

    >Zaryl – itulah..apa sebanrnya tujuan kehidupan diorang ni

  3. Puan Capa says:

    >bila ada benci membenci…timbul la PHD.

  4. cik helena says:

    >SUKAHATI SAYA LAH..HAAHAHASAYA TAK PERTIKAIKAN ORG LAIN CUNE SAYA PERTIKAIKAN KALAU BEAN JEK.HIKHIKOK BAIHAHAHAHAA

  5. Cik Norfa says:

    >tapi ade je miss propa yang kutuk2 hamzah pervert!! walaupun bkn sbb hamzah mng BB. hoho…cian mereka yg tk berslh menjadi mangsa.

  6. Cheq Tun says:

    >duduk kat negara mana sekalipun tetap benda ni ada. kalau dah nama manusia otak sempit itu la kerjanya. Sentiasa ada je benda tak puas hati. Tak puas hati sorang2 tak pe la ni hasut pulak orang lain supaya benci orang yang dia tak suka. manusia oh manusia.

  7. penaberkala says:

    >tertarik dengan entri niada gk fikir pasal benda yg samamungkin faktor utama kebanyakan mereka yg bertindak sebegitu rupa adalah mereka yg tak nak melihat org lain lbh berjayaentri berkaitan utk menjawab isu inisekadar buah fikiranhttp://penaberkala.blogspot.com/2011/01/rumah-dah-siap-pahat-masih-berbunyi.html

  8. SD says:

    >biasalah kan….org tu suka main perasaan…..aku dah serik ber'emo'2 ni…..makin kita 'emo' makin byk masalah dlm hidup….makin kita berkira setiap benda, makin serabut hidup….baik aku buat jenis marah pagi petang hilang….esok bangun mcm biasa….lagi cool hidup….

  9. hamzah ian says:

    >di kala ku kesepian…

  10. J.M.R says:

    >komplen bulih..tp bak kata sorg prof ni, biarlah kena dgn gayanya&salurannya, jangan disebabkan kita tak puas hati, ngamuk maki hamun sakan makan terserlahlah kejahilan pengomen..:-)

  11. >biasalah manusia..bukan boleh tenguk orang senang..tapi tak per..lagi orang tu kutuk lagi ramai yang berminat nak baca blog dia.terima kasih yer bean..apasal tak kelip-kelip ek

  12. black_mel says:

    >biasalah..manusia..mmg sentiasa x puas…kita slalu mempertikai dan membenci ttg org lain..tp bila org pertikai dan membenci ttg kita,tau pulak kita marah..so baik tak payah membenci dan mempertikaikan hak org lain..p/s:banyak lak word membenci dan mempertikai kat komen aku ni..pening kepala aku..T.T

  13. BeaN MorENo says:

    >Puan – memang itu pasti

  14. BeaN MorENo says:

    >cikhelena – haha…saya tak takut dengan kedengkianmu cikhel…hantar santau kang

  15. BeaN MorENo says:

    >nopa – ok simple actually apa yang dia cakap tu ada jugak betulnya…tapi cara dia tegur ada sikit silap

  16. BeaN MorENo says:

    >Cheq Tun – haah itu betul…kalau tak puas hati patutnya janganlah hasut

  17. BeaN MorENo says:

    >penaberkala- sepatutnya bagilah galakan ye dak…

  18. BeaN MorENo says:

    >SD – haha…betul jugak tu…lagi kita layan lagi dia suka

  19. BeaN MorENo says:

    >hamzah ian – aku backup bukan sebab aku setuju dengan cara ko ye…hahaha

  20. BeaN MorENo says:

    >JMR – ye betul aku setuju

  21. BeaN MorENo says:

    >kak ina – kutukan itu satu promosi sebanarnya

  22. BeaN MorENo says:

    >balck_mel – ko memang suka menulis ikut tajuk eyh

  23. phreak-id says:

    >Esok kalau Team ko menang Om Nom Nom. Aku buat Fanpage Hate Bean Moreno. Hahaha. :pTerbaru > The Maxis Om Nom Nom Race > If I Were the Green Hornet > Tukar Banner/Link Dengan phreak-id

  24. BeaN MorENo says:

    >phreak – aku tak femes buat fanpage pun tak untung…haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s