>KES BULI…MENGINGATKAN BEAN MORENO MASA DI MRSM TERENDAK…ADAKAH SEMAKIN BERLELUASA?

>

KES BULI…MENGINGATKAN BEAN MORENO MASA DI MRSM TERENDAK…ADAKAH SEMAKIN BERLELUASA?


Salam guys,

Saya terbaca satu artikel kat surat khabar dan terdengar (ces boleh terdengar padahal radio dikuatkan) topik kat Riuh Pagi Era.Topik pagi ni ialah buli.Kalau nak tanya sayalah buli ni memang da wujud zaman Perdana Menteri Malaysia yang pertama so kira dah lama lah kan dan ia paling banyak terjadi kat sekolah berasrama tak kira lah penuh ke separa mengambang ke janji ada asrama.Secara ikhlas saya merupakan seorang yang kerap dibuli dulu masa study kat MRSM Terendak.Biasalah sekolah anak-anak tentera.

Ni nak cerita pengalaman lah kan dibuli berhabis-habisan masa form one.Kalau setakat cuci baju senior itu perkara biasa beb dan kalau saya amalkan sampai form 5 cuci baju orang rasanya saya dah boleh bukak kedai dobi tanpa mesin pencuci dan kalaulah saya collect sorang RM5 satu baldi rasanya bila time saya form 5 saya dah boleh beli motor EX5.Tu perkara biasalah kan ragging.Ok meh saya tunjuk apa lagi ragging yang paling top kat sekolah asrama

1. Helikopter – Junior akan disuruh tunduk dan berpusing maka lepas tu dia akan berjalan macam orang mabuk todi.

2. Starlight – Yang ni amat berbahaya kalau tangan senior tu besar dan kasar memang boleh bengkak dahi.

3. Tiup Lampu Sampai Padam – Yang ni paling  siot.Ada ke patut suruh tiup lampu elektrik memang akal pendek punya senior.

4. Tiup Kipas Sampai Puting – yang ni pun membuktikan bahawa senior tu agak bodoh dan pemalas.Kipas letrik tekan jelah suis maka kipas tu akan pusinglah.dem!

5. Masak Megi – Saya banyak kali kena ni.Terasa macam nak masak panas-panas lepas tu lempar kat muka diorang.Tapi saya ada bagi satu resipi penting dalam megi tu.Sorry ye senior selama ni korang makan megi bercampu air liur.haha…

6. Pow Duit dan Barang – Yang ni paling saya meluat.Apa mak bapak korang miskin sangat ke nak pow barang junior.Kalau dah tau miskin janganlah nak berlagak kaya.ni dulu satu senior je yang suka buat nama dia FLY.Agaknya mak bapak dia miskin kot.

Ni yang paling toplahkan kalau tak percaya korang boleh tanya phreak sebab dia yang membesar dengan saya dari form 1 sampai form 5 kat MRSM Terendak.
Bila saya fikir balik kan kadang-kadang agak teruklah kena macam tu kan.Tapi apakan daya dengan fizikal saya yang ‘super dooper’ kecil ni apa pilihan saya.So saya terfikir apa sebab diorang buli.Maka ada beberapa spekulasi yang timbul dalam kepala otak ni iaitu …

1. Tunjuk veto dalam sekolah – mungkin kat luar dia pun kena buli.
2. Bosan & Stress Belajar – Kehidupan seolah asrama memang bosan lagi-lagi time exam.
3. Just For Fun – Yang ni memang paling banyak.
4. Masalah Keluarga – mungkin jugak

Dulu-dulu bolehlah buli sekarang kalau saya jumpa senior yang saya buli tu memang saya dengan selamba je akan terajang balik & ludah muak dia (amacam ganas tak?).Dalam banyak-banyak senior yang buli saya saya terasa ada satu je yang masih saya tak boleh blah dan kalau saya jumpa dia memang saya sendiri nak belasah dia sebab POYO sangat nama dia BACOK!Dem gua memang hate gila mamat ni…


p/s :


* Dem Buli itu hina…Saya tak pernah buli junior saya…

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Buli, Gambar Kenangan 0MRSM Terendak, Kenangan DI MRSM Terendak, Riuh Pagi Era. Bookmark the permalink.

14 Responses to >KES BULI…MENGINGATKAN BEAN MORENO MASA DI MRSM TERENDAK…ADAKAH SEMAKIN BERLELUASA?

  1. Shafa says:

    >budak skrg ni kalau membuli melampau2 sampai bawa kecederaan… Tapi zaman2 fa sekolah dulu pun takde la kes buli/senior tunjuk taring sampai tahap cederakan junior…

  2. platipus says:

    >dunia macam roda…mula2 org buli kita, bila dh senior..kita pulak buli org..keh3

  3. BeaN MorENo says:

    >shafa – itulah sekarang budak semakin berani

  4. BeaN MorENo says:

    >platipus – saya tak buli balik…

  5. BeaN MorENo says:

    >phreak – haha sebab ko pun buli jugakkan haha

  6. phreak-id says:

    >oi! punya lah bersopan santun aku comment. Di'cop' pembuli plak. Dulu aku pun kena buli tau. Tapi bila dah senior, tak pernah pun buli junior. Hanya beramas mesra je. ish ishTerbaru > If I Were the Green Hornet > Tahniah Dr Rozmey > Tukar Banner/Link Dengan phreak-id

  7. BeaN MorENo says:

    >phreak – hohoh bro aku kenal ko dari form 1 tau…

  8. Myvitrd says:

    >hang jadi mangsa buli ke bro dulu..kesian.. tak baik buli2 ni.. ke ko yang buli budak2 junoir ni.. hehehe

  9. BeaN MorENo says:

    >myvitrd – aku kena buli bro

  10. aien comel says:

    >tiup lampu elektrik smpai padam…x bleh bla…mesti kat umah si senior yg suruh tiup tu tak ada lampu elektrik, guna pelita je…sbb tula jakon…hehehe…

  11. Puan Capa says:

    >yang paling ingat…cuci toilet.adeh!

  12. BeaN MorENo says:

    >aiencomel – mungkin dia kawan dengan kumpulan API – pelita

  13. BeaN MorENo says:

    >puan capa – penderaan perempuan tak hebat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s