>KENAPA PENYANYI KAT MALAYSIA PERLU CIPTA LIRIK SENDIRI & APA KAITANNYA DENGAN BLOGGING

>

KENAPA PENYANYI KAT MALAYSIA PERLU CIPTA LIRIK SENDIRI & APA KAITANNYA DENGAN BLOGGING




Selamat petang guys,

Soalan pertama sebelum saya teruskan dengan entri ni.Apa pendapat korang tentang industri muzik Malaysia?Kalau tanya saya saya akan kata maju pada peralatan tapi mundur kreativiti.Kenapa?Ada satu je sebab kenapa saya cakap macam iaitu dari segi penciptaan lirik dan penghayatan (fulamak gua cerita dan macam gua ni komposer).Dalam ayat tadi ada dua faktor penting tapi ianya berkait rapat.

Boleh dikatakan 60% daripada artis kat Malaysia ni hanya tau menyanyi tapi yang ubah muzik dan lirik bukan diorang.Diorang berbangga dengan hasil orang sebenarnya.Soalan kedua ialah kenapa korang rasa artis Malaysia punya lagu kalau meletuppun sekejap je itu pun kalau dalam satu album ada 12 lagu 2 je yang best lain semua just cukupkan syarat album je?Benda ni jadi sebab lagu-lagu tu bukan karya diorang tapi komposer.Diorang just tau melalak je.

Bagi pendapat saya yang buta muzik ni kan kalau lagu-lagu itu dicipta sendiri maka bila artis nyanyi ia akan mengundang kepada penghayatan.Sebab bila kita compose lagu dengan idea dan kreativiti sendiri maka kita akan lebih faham dan boleh dengan selamba je nyanyi.Bila lebih faham dan ada penghayatan maka lagu tu automatic (bukan autoplay ye) akan jadi sedap dan akan tinggalkan kesan pada pendengar.Bahasa yang mudah faham ialah bila lagu dicipta sendiri maka ia akan sampai pada pendengar.Ada faham?

Kita tengok macam kat luar beza beb kalau kita layan lagu Taylor Swift dengan layan lagu Britney Spears.Bila kita layan lagu Taylor Swift mungkin kita akan dapat berangan dan dapat rasa apa yang dia nak sampaikan dalam lagu dia dan Taylor Swift popular bukan takat dia lawa tapi bakat yang dia ada tu memang superb bukan sebab kontroversi ataupun tindakan liar untuk raih perhatian.Dalam Malaysia pun ada artis yang talented bukan takde.Saya bagi contoh Faizal Tahir (saya bukan kipas susah mati dia tapi just aircond remote control je), Aizat, M.Nasir dan Taja Meet Uncle Hussein.

Apa kaitannya dengan blogging?Ok dalam blogging setiap apa yang kita tulis dengan ketulusan hati dan idea kreativiti sendiri itu akan membantu kita.Bila kita dapat buat entri dengan ikhlas bukan sebab paksaan or curi-curi idea maka readers akan dapat menghayati apa yang kita tulis dalam blog kita.

p/s :

* Artis Malaysia bakat kurang tapi poyo lebih so bila lagu dah tak laku or takde komposer nak buat lagu mulalah bikin panas…contohnya tiru Lady Gaga..pergh takde imej langsung.


Sila Like or Share Entri ini…

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Blogging, Industry Muzik Malaysia, Kenapa Penyanyi Perlu Cipta Lirik Sendiri, SEO Tips, tips blogging. Bookmark the permalink.

14 Responses to >KENAPA PENYANYI KAT MALAYSIA PERLU CIPTA LIRIK SENDIRI & APA KAITANNYA DENGAN BLOGGING

  1. >Saya suka perbandingan anda antara penyanyi dan blogger memang berkesan.. Malah saya juga suka berkata, blogger umpama artis.. tol x? hehehePojiePooh; Hanya Satu…

  2. >huhu.baik la.saya akan cipta lirik sendiri.erk.XD

  3. zikeryhassan says:

    >sokong! sebab baru kita tau perjalanan hidup seseorang tu walaupun hanya tgk dkt tv atau baca blog dia saja

  4. aizuddin says:

    >kadang2 blogger bole famous setaraf artis

  5. amry says:

    >betul.penghayatan penting.p/s :nak blog ramai visitor,silalah jadi penyanyi.related tu blog ngan artis. keh keh keh

  6. BeaN MorENo says:

    >poojie – thanks popjie…actually blogger memang ada lebih kurang macam artis…fame,money,fortune…haha

  7. BeaN MorENo says:

    >hizami – ang nak cipta lagu apa?

  8. BeaN MorENo says:

    >zikery – yes kalau ada originality baru orang faham & respect

  9. BeaN MorENo says:

    >aizudin – yes betul…cuba kita sebut redmummy…ramai orang kenal tapi kalau kita sebut nama artis ada jugak org tak kenal

  10. BeaN MorENo says:

    >amry – silap jadi pemain bola

  11. Puan Capa says:

    >tiru lady gaga??siapa tu?

  12. BeaN MorENo says:

    >capa – tulah mengandung tamao tgk tv

  13. wandisini says:

    >memang betul..sesuatu yang lahir dari hati perlu dizahirkan dan disampaikan sendiri, bukan orang lain sampaikan. bila orang lain sampaikan, dah jadi kurang best. banyak band indie yang create lagu sendiri berbanding penyanyi mainstream.

  14. BeaN MorENo says:

    >wan – sebab tu band indie direspect lebih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s