>3 FAKTA PASAL BLOGGER (PART 2)

>

3 FAKTA PASAL BLOGGER (PART 2)



Selamat hari Ahad,

Ok ni kira sambungan entri part 1.Sila jangan anggap enrti ni saya wujudkan untuk jatuhkan sesiapa tapi sila anggap ia sebagai satu perkongsian yang mana kesalahan atau fakta yang saya kemukakan dalam entri ni merupakan kesalahan yang saya sendiri buat so saya tak nak korang jadi macam saya (ini kisah lampau ok!).Yelah manusia mana yang cukup sempurna untuk jalankan kehidupan dalam dunia pasti ada sedikit silap yang mana orang boleh nampak.

1. Ramai Blogger yang Menyamakan Blogging Dengan Myspace/Friendster

Kenapa saya cakap macam ni…Kalau korang perasan benda ni dari dulu sampai sekarang memang tak boleh ubah rasanya.Kita blogwalk banyak blog kalau 10 mesti ada 5 blog yang still anggap blog itu Myspace.Betul ke tak?Diorang suka sangat letak widget-widget yang sebenarnya tak perlu macam Music Autoplay, Template yang Fancy-fancy dan macam-macam lagi widget yang tak perlu.Korang tau tak dengan letak benda tu korang akan menyeksa batin readers.Yelah terutama sekali pada blogger yang hobi dia blogwalking.So tolonglah ye fikirkan perasaan orang lain ketika berblog.

2. Menulis Entry Jangkamasa Pendek

Ok benda ni memang ramai akan buat tak kira sengaja ataupun tidak.Ramai yang nak traffik dan akan kecewa bila traffik sikit tapi apa yang korang buat semasa menulis entri?Tulis short term entri yang mana readers akan baca sekali seumur hidup.Contoh entri yang boleh dikatakan long term ialah tutorial,tips,review (tak kiralah product,blog,music or tempat peranginan).Ni tak, suka publish entri yang pakai buang.Siapa kata entri personal tak boleh diulang-ulang?Saya bagi contoh…Andai kata korang pergi berjalan-jalan ke satu tempat makan.Janganla dalam entri tu korang asyik cerita apa aktiviti korang,berapa orang pergi, tapi selitkan jugak dengan  apa menariknya tempat tu.Korang kena ingat dengan teknik ni mungkin korang akan dikejar advertiser.

3. Suka Jadi Reporter Tanpa Gaji

Ayat ni saya amik dari Lizarazak.Reporter tanpa gaji bermaksud korang suka CTRL+A , CTRL+C, CTRL+V.Apa je berita dalam surat khabar korang ikut sebijik-sebijik ayat suratkhabar.Bukan tak boleh…Tapi beragak jugaklahkan kalau tiap-tiap entri korang semua article suratkhabar itu maknanya korang ada masalah dengan blogging.Lebih baik korang apply kerja kat Sin Chew Dailly.Korang jangan ingat bila korang buat article suratkhabar korang akan dapat traffik best dengan alasan SEO.Kalau macam tu korang silap sebab korang bayangkan kalau 200 orang cover cerita yang sama dan takde keunikan dalam article maka mana datangnya SEO bro?

Ni actually apa yang kebanyakkan blogger buat termasuk saya.Cuba kita ubah sama-sama so kita akan faham apa itu blogging.Saya tak tuju entri ni pada sesiapa cuma mengingatkan diri saya sendiri.

p/s :

* Dah lama tak tulis tips sebab takde masa nak buat research la…

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in blogger, Bloggers, Blogsphere, Fakta Pasal Blogger. Bookmark the permalink.

16 Responses to >3 FAKTA PASAL BLOGGER (PART 2)

  1. The Sharkox says:

    >reporter tanpa gaji tu paling meluat tu…

  2. BeaN MorENo says:

    >The Sharkox – jangan meluat…mungkin mereka belum sedar…

  3. mAsHiMaRo says:

    >wahahaha..aku suke betul ayat no 3,reporter tak bergaji tuh~~dah ramai sangat blog sekarang,tu yang jadi gitu kot~~

  4. penaberkala says:

    >haha, tepat sungguh fakta yg dikemukakantp, tu lah yg menjadi dunia blogging ni lebih meriah, mcm2 style ada kan?]tp klu smua nk buat benda yg sama, agak bosan la gakklu lebih bervariasi kan lbh syok

  5. BeaN MorENo says:

    >mashimaro – hehe ye betul aku blogwalk sekarang ni kebanyakkan ayat suratkhabar

  6. BeaN MorENo says:

    >penaberkala – semua jadi macam tu sebab nak kejar efek SEO

  7. hans says:

    >hahahahaaku SEO pun baru2 nih tahu buat pun sebab blogger Anarmee tegur dan ajar suruh ubah code apa entahkehkhekehkalau tidak sampai skrg tak tahu apa itu SEOreporter tak bergaji?ekekekekeP/S : Pic tu xlegend lagi..baru 5 tahun…ekekekkee

  8. BeaN MorENo says:

    >hans – akupun lagi tak tau apa2

  9. >Reporter tak de gaji, selalu nampak sangat. Kalau nak up traffic , janganlah cam tu.Bagi akak kalau nak berblog ni, yang penting kena minat dulu, duit , no 100. baru ada seni.

  10. BeaN MorENo says:

    >Cik Ina – hehe tu memang banyak berlaku even saya pun dulu macam tu

  11. J.M.R says:

    >fakta dan hujah yang bernas bro:-)..

  12. SD says:

    >masa mula2 aku berblog sbb suka cerita….lepas setahun sbb nak duit (tahan dlm 2 bulan je) then aku rasa nonsense bila kejar duit…skang berblog sbb menulis dlm blog sambil emjoy…kadang2 baca blog sendiri pun tergelak2…

  13. BeaN MorENo says:

    >SD – berblog sebab minat lebih best sebab kita akan nampak apa je yang berlaku

  14. ZeRa OsHiN says:

    >hahaha~\reporter tanpa gaji…best ayat tu~kte bru nak aktif dlm blogging ni~thanx utk tips2…hee~

  15. BeaN MorENo says:

    >Zera – mai2 share ilmu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s