>36 ITU SAMSENG?

>

36 ITU SAMSENG?



Salam guys,

Mula-mula saya nak tanya korang adakah menjadi samseng itu cool?Sebenarnya nombor ni saya dah lama dah dengar sejak saya still student lagi.Saya still ingat masa saya study kat Poli dulu (poli mana itu biarlah saya rahsiakan) memang ramai jugak yang agak taksub dengan budaya samseng ni.Pantang kene cuit sikit je mulalah kepak jadi kembang.Tapi hakikatnya bila keluar je dari tempat study kepak yang tadi lebar mula jadi kuncup dan jalan mula tunduk.ces!

Saya tertarik dengan article Harian Metro hari ni iaitu No 36 Cetus Kegusaran.Dah baca?Kalau belom jom layan sat :

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas bimbang berikutan wujud nombor ‘36’ dipercayai milik kumpulan kongsi gelap yang diconteng pada beberapa blok rumah pangsa Sri Perak di Bandar Baru Sentul, di sini.Kumpulan itu yang dipercayai aktif sejak awal tahun ini bertindak liar dengan menconteng nombor pengenalan kumpulan di beberapa dinding. Wanita yang mahu dikenali sebagai Ani, 60, berkata dia pernah terserempak beberapa ahli kumpulan terbabit ketika mereka menconteng dinding di satu tingkat sebuah flat. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan. “Ini bukan perbuatan gengsterisme. Perbuatan (menconteng nombor 36) tidak ada kaitan aktiviti gengsterisme. “Bagaimanapun, kami akan lihat lebih teliti perkara ini. Polis tidak mahu wujud gengsterisme di kalangan penduduk,” katanya sebaik selesai majlis dialog bersama penduduk flat itu, semalam.

Actually menjadi samseng itu dah kira macam budaya dah bagi teenagers dalam Malaysia.Semua gara-gara tengok cerita Young & Dangerous.Actually saya dah lama nak tulis pasal gangsterisme ni cuma takut nanti ada pihak2 yang terasa.Tapi setelah lama berfikir buat apa saya nak jaga hati orang sedangkan ada ke orang peduli pasal saya.Nak marah-marah la…Kalau kita fikir balikkan atau kita baca article kat atas ni kita tengok diorang di takdelah samseng sangatpun.Kenapa saya cakap macam tu?Setakat conteng dinding…Samseng ke?

Saya banyak kali bedepan dengan orang yang bergelar samseng atau lebih kasarnya yang mengaku mereka ni Kongsi Gelap.Alamak memang lawak la.Kata kongsi gelap tapi nak melepakpun takde duit.Patutnya kalau dah mengaku kongsi gelap poket kene lah kepok.Nampak sangat tak faham maksud kongsi gelap.Semua poyo je.Ni heboh cakap diri tu kongsi gelap kononnya tapi rokokpun mintak orang belikan.Tak macho langsung.hak3…

Ramai yang mengaku diri kongsi gelap tapi ada tak diorang tanam dalam hati susah sama susah,senang sama senang?Takde beb yang diorang amalkan bila lu senang lu dengan gua tapi bila lu susah lantak lu lah.Mustahillah bila korang susah ‘abang-abang’ korang akan datang tolong.Tapi cuba kalau diorang yang susah kelam kabut telefon suruh datang.So mana ‘brotherhood’nya?Kalau diorang takde duit maka akan sibuklah yang lain buat kutipan tapi bila orang bawah tengah sengkek,ada diorang nak amik tau.Ces mintak maaf lah der…Takde…haha…

So kepada ahli-ahli kongsi gelap saya mintak maaflah ye.Saya just cakap apa yang saya nampak je dan kalau ada yang membaca sepatutnya bukan korang patut marah tapi korang kena baiki keadaan yang sememangnya harus diperbaiki.Jangan jadi penakut!Bangun dan sedar kita ada dalam realiti bukan maya.


p/s :
* Samseng eyh…kalau berani lawanlah dengan Pendekar Mustar!

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in 36, 3LINE, KONGSI GELAP, Samseng. Bookmark the permalink.

22 Responses to >36 ITU SAMSENG?

  1. >Weyh, ada org conteng no 36 08 kat kete aku! Ko rs no 08 tu represent apa? Sila blog. Haha.Ok, aku serius. =.=

  2. J.M.R says:

    >36..33..77..sama je sumer bro..aku tak respek samseng2 kt mesia ni, cam ko ckp tu la, duit pon takde, rokok pon pow org..tp aku respek yakuza/samseng jpn..takat alphard tu, kete diorg gi pasar je. lagi satu, yakuza jpn takkan kaco org awam, mcm2 samseng2 kt mesia ni, anak dara jalan tepi jalan pon nak kaco/rogol dn sebagainya..kalo samseng sgt, fight sama level la!!

  3. cik helena says:

    >saya tak kenal pun T___T

  4. Hasrol Nizam says:

    >samseng ni berani bila ramai2 je. cuba dia sorang2.. kecut perut..hahaPendapat anda?Dalam hidup ini, kadang-kadang

  5. Fariq says:

    >bangkitkan la semangat brotherhood mu itu wahai kongsi gelap,, ngeh3x..

  6. BeaN MorENo says:

    >streyu strange – manalah aku tau babe..serious aku tak tau

  7. BeaN MorENo says:

    >JMR – haah…itu pasal lah aku agak menyampah dengan diorang ni…poyo je lebih

  8. BeaN MorENo says:

    >cikhel – cikhel kan diva mana kenal orang

  9. BeaN MorENo says:

    >Hasrol – itu memang betul bro…

  10. BeaN MorENo says:

    >Fariq – siapa kongsi gelap?

  11. Fariq says:

    >mane la kawan tau,,kawan saje nganjeng kat sini,,ngeh3x..

  12. BeaN MorENo says:

    >Fariq – hehe good2

  13. phreak-id says:

    >Isu sensitif bro. Hehehe. Kalau dok conteng-conteng poyo tu geng-geng budak sekolah baru gi potong la tu. Alahai. Diaorang ni nak jadi geng bas sekolah astro ceria tu sebenarnya. Tapi tersalah interview kena pergi angkat baiah plak. Salah orang yang membimbing dia tu la.. hahahaTerbaru >> 1) Karekter Terbaru Dalam Transformers 3 – Dark Of The Moon 2) Kuey Teow Goreng Doli 3) Nak Isteri Cun?

  14. BeaN MorENo says:

    >phreak-id – gua memang nak bikin panas bro…

  15. ANATI SOKI says:

    >hehehe.. tak tau pun pasal36 ni..tapi.. smseng malaysia.. anat rasa cm samseng miskin je.. buat pe.. samseng jepun.. kaya.. gaduh pun sama2 diorng. takde nk kaco kita pun. samseng malaysia.takde modal sgt dah.. kira nk kacau org awam je. apedaaa

  16. phreak-id says:

    >Satu benda yang wajib pasal 3line ni. Bila dah makin dewasa dah makin tua. Samaada dia tidur atau dia involve politik. betul?

  17. fyna says:

    >huhuhuhu..poli mane tue beb?;)

  18. Hellioz says:

    >pernah jumpa budak2 ni tak?kalau pernah jumpa tau la depa camne.

  19. BeaN MorENo says:

    >AnatiSoki – betul tuh…hidup dalam fantasi je semua

  20. BeaN MorENo says:

    >phreak – hehe aku tak tau…haha

  21. BeaN MorENo says:

    >fyna – ko pun tau kan…

  22. BeaN MorENo says:

    >Hellioz – pernah beb…banyak kali…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s