>BAHASA ARAB BERKEMBANG KAT AMERIKA

>

BAHASA ARAB BERKEMBANG KAT AMERIKA



Salam dan selamat tengahari guys,

Siapa yang tau bertutur dalam bahasa Arab?Saya tau sikit-sikit sebab last time sekolah agama ada belajar.Dan bagi yang tak tau Bahasa Arab itu Bahasa yang sangat unik sebab kalau kita tersalah satu tanda maka maksud dia akan totally lari.Sebab tu kita kena hati-hati masa baca al-Fatiha sebab kalau salah baca maka ia akan betukar menjadi nama-nama Syaitan.

Tahu tak yang bahasa arab merupakan satu bahasa yang sangat berkembang kat Amerika?Saya tertarik dengan artikel dalam Utusan Online iaitu Bahasa Arab Popular Di Amerika.Korang dah baca? Nah saya bagi baca sikit :

WASHINGTON 8 Dis. – Bahasa Arab menjadi bahasa asing paling berkembang dan diminati di kalangan pelajar universiti di Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah pelajar mendaftar mengikuti kursus bahasa itu meningkat lebih 46 peratus pada tahun lalu berbanding 2006, menurut satu kajian yang dikeluarkan hari ini.Selepas bahasa Inggeris, bahasa Arab berada di tangga kelapan mengatasi bahasa Latin dan Rusia paling diminati di kalangan pelajar AS, bahasa yang telah 22 kali disusun oleh Persatuan Bahasa Moden (MLA) sejak 1958.Bahasa lain yang mencatat peningkatan berganda ialah bahasa Korea yang meningkat lebih 19 peratus, China (18.2 peratus), bahasa isyarat Amerika (16.4 peratus) dan bahasa Portugis (11 peratus).

 Komen Bean Moreno :

* Mungkin ramai pelajar USA tertarik nak belajar Bahasa Arab sebab nak menyelami keindahan Islam sebab kebanyakan golongan elit kat sana dah masuk Islam termasuk Micheal Jackson dan Snoop Dog (betul ke?sayapun tak pasti).

* Mungkin juga diorang nak belajar Bahasa Arab untuk kaji corak kehidupan Islam dan ingin mencari kelemahan Islam.Sorry beb korang takkan jumpa sebab Islam itu indah.

* Ramai ilmuan terkenal berasal dari arab so diorang nak cungkil satu-satu kebijaksanaan golongan cendiakiawan Islam dengan memahami Bahasa Arab.

* Cuba korang fikir kenapa orang barat tak mau belajar Bahasa Malaysia.Mungkinkah sebab kita tiada kesitimewaan lain melainkan kehidupan Majmuk?

Antara bahasa lain yang mengalami peningkatan berganda ialah Bahasa Korea ,Bahasa China dan Bahasa Perancis.Jom kita fikir kenapa diorang tak mau belajar Bahasa Malaysia.Korang rasa kenapa Bahasa Malaysia tak popular kat luar?

p/s :

* Serius dah lupa nak speaking in Arabic.hoho…

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Article, Bahasa Arab, Bahasa Arab Popular DI Amerika Syarikat, Utusan Malaysia. Bookmark the permalink.

14 Responses to >BAHASA ARAB BERKEMBANG KAT AMERIKA

  1. Qamarul says:

    >huhu pernah belajar bahase arab sampai form 5 dulu..tp skrg praktikan bahase arab bile makan kat kedai arab jer..shai halib wahid!!! lazzat

  2. mie says:

    >rakyat dinegara arab banyak yang berhijrah….maybe boleh nampak gerombolan dalam satu kawasan..itu sebab mudah berkembang

  3. rossoneri says:

    >haaa snoop dog?????bahasa melayu kira femes kat UK juga..kalau pelajar malaysia yang belajar kat luar negara tu tak promosikan bahasa melayu,susah lerrr

  4. Hellioz says:

    >gwa #phail bahasa arabkah3~

  5. cik helena says:

    >TERKEJUT LAH TGK GAMBA TU!

  6. >snoop dog masok islam? baru tau broo…seriyees ke nihh

  7. BeaN MorENo says:

    >Qamarul – apa benda tu…saya langsung tak ingat

  8. BeaN MorENo says:

    >mie – mungkin contohnya di Bukit Bintang

  9. BeaN MorENo says:

    >phreak-id – ana min The Store!

  10. BeaN MorENo says:

    >rossoneri – hehe tapi BM tak di praktikkan sangat kat negara luar.Orang Malaysiapun speaking sesama sendiri

  11. BeaN MorENo says:

    >Hellioz – lu bahasa syaiton memang hebat!haha

  12. BeaN MorENo says:

    >cikhel – memang saje je pun

  13. BeaN MorENo says:

    >fadli – ada dengar cerita tapi time tu sebelum Micheal Jackson meninggal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s