>LAYAKKAH KITA MENJADI PEMIMPIN?

>

LAYAKKAH KITA MENJADI PEMIMPIN?




Oklah kali ni nak buka topik pasal kepemimpinan.Takde niat nak berlagak leader ke apa la kan just nak share pengalaman yang saya dah pernah lalui yang berkaitan dengan kepemimpinan.Dalam hidup ni macam2 ragam orang yang kita akan jumpa.Takde siapa yang asyik2 nak duduk kat bawah semua akan berusaha majukan diri naik ke atas.Dalam erti kata lain nak jadi ketua tak kiralah ketua kampung ke, ketua bilik ke dan jangan lupa suami pun adalah ketua tau.

Sebelum kita nak jadi leader pernahkah kita tanya diri kita layakkah kita untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua or leader?Bagi sayalah kan untuk menjadi seorang yang dipanggil leader kita kena ada :

1) TANGGUNGJAWAB

Ni aspek paling penting.Seorang leader mesti ada tanggungjawab dalam menguruskan organisasi.Dia kena ambil tau apa yang terjadi pada organisasi dan orang bawahan dia.Dia kena tau adakah orang bawahan dia tu selesa ke tak kerja,cukup ke tak makan minum, ataupun apa2 permasalahan yang wujud.Kalau kita just fikir kita je nak senang ataupun kita je nak untung memang sampai bilapun organisasi tu takkan maju.

2) ADA SIKAP HORMAT

Ha! yang ni ramai orang terlepas pandang.Bila dah jadi ketua ataupun dah up setakok dari orang lain terus lupa diri dah macam layan ‘batu’.Dari dulu pasif bila naik pangkat terus aktif tak pasal2.Semua orang dia nak marah.Semua yang orang lain buat tak betul.Orang tegur sikit mulalah nak poyo tinggikan hidung (mungkin dia berkawan dengan pino kot).Ni memang banyak dah saya nampak.Kadang2 company tu bukan dia punya pun dan dia juga pekerja biasa yang makan gaji tapi sebab dia ada realtionship dengan owner,dia pulak yang melebih2.Pergh memang meluat….

3) OPEN MINDED

Open minded ataupun berfikiran terbuka ni penting untuk kita bia relationship dengan orang bawah.Bila kita open minded maknanya kita bersedia untuk mengkritik dan dikritik.Kita kena anggap walaupun kita ketua tapi kita juga ciptaan dan tak sempurna.Ni tak padahalbaru naik pangkat supervisor tapilagaknya dah macam CEO Kueh Tart dah.Tak eloklah macam tu kitapun sama je manusia ada mata tengok keliling.

4) SENTIASA POSITIF

Benda ni memang agak sukar sebab kalau kita tak open minded memang kita tak boleh jadi positif.Bila kita asyik negatif je tu yang mula nak prasangka kat staff.Perasaan ni boleh mendatangkan perasaan tidak selesa kat staff tu then at last staff tak tahan resign la jawabnya.

5) BERSIKAP ADIL

Sebagai pemimpin kita tak boleh lah berat sebelah.Dengan staff yang kita suka sebab dia lebih kacak apa yang dia buat betul dan dengan staff yang kita tak suka benda yang kaburpun boleh jadi tuduhan.Yang ni memang tak best.Bayangkan staff tu yang belum tentu dia buat salah tetiba kena suspend tapi staff yang dah terang2 buat gangguan seks sampaikan orang yang diganggu tu buat report polis takde pulak kena apa2.Ooops…

So kalau kita takde ciri2 yang di atas ni hentikanlah bermimpi nak mengaku kita ni ketua or leader.Nak tau kenapa?Kalau takde sifat2 di atas ni bila kita buka bisnes maka akan berlaku kekerapan ‘Turn Over’ pada staff yang bermaksud staff akan selalu bertukar ganti.Oklah masa dah tamat.Nak kena back up data outlet.Banyak seyh!

p/s :
* Apa pendapat korang?Apa ciri2 ketua yang korang rasa perlu ada?
* Tak sabar nak tengok Final Worldcup 2010.

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Culture, Ketua, Layakkah Kita Menjadi Pemimpin, Leader, World Cup 2010. Bookmark the permalink.

7 Responses to >LAYAKKAH KITA MENJADI PEMIMPIN?

  1. Matjoe says:

    >nak taknak kene jugak jadi pemimpin. haha

  2. >pasni en.bean boleh la tukar profesion jadi pakar motivasi..hehe..=)

  3. BeaN MorENo says:

    >mat joe – tulah kalau xnak jadi pemimpin xrasalah salah satu nikmat dunia

  4. BeaN MorENo says:

    >merduwaty – owh belum layak…cuma bercerita melalui pandangan kabur mata hati je

  5. JMR says:

    >pemimpin..bila di atas harus jenguk2 juga yg di bawah..aku 2nd half baru decide nk support tema mana final nih..tensen!~

  6. BeaN MorENo says:

    >JMR – ya betul…Ces dah second half baik ko sokong selangor bro

  7. suka_haha says:

    >bukan senang nak jadi pemimpin..jemput sini yer hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s