>TIPS : SHOTRCUT JALARAYA ADA GUNANYA TAPI SHORTFORM TIADA GUNANYA

>


TIPS : SHOTRCUT JALARAYA ADA GUNANYA TAPI SHORTFORM TIADA GUNANYA

Kali ni saya nak kongsi sikitlah dengan korang pasal penulisan.Alamak saya pun sebenarnya takdelah bagus sangat dalam penulisan dan sebab tulah dan cakap KONGSI bukan AJAR.Ni pun salah satu kesilapan saya dahulu kala masa baru sehari dua menekan keyboard untuk menaip entri.Apa pendapat korang pasal penggunaan shortform yang kerap dalam penulisan?

Bagi saya shortform tak dapat membantu korang dalam penulisan.Kenapa?Sebab dia terlalu mudah dan secara logik nya kita akan dapat tangkap kenapa.Tak payah masuk dalam2 sehingga memikirkan pasal SEO ataupun result untuk search engine.Antara sebab2nya ialah :

1) PENULISAN AKAN JADI SYOK SENDIRI

Kalau kita tulis terlalu banyak shortform dalam penulisan,makanya readers tak semua akan faham apa yang kita nak sampaikan.Sebab kadang2 shortform yang kita taip tu kita reka sendiri dan tak semua orang tau.Keadaan ini akan menimbulkan konflik dalam kepada diri pembaca (mak aiyh dah macam doktor saiko dah) yang mana bila dia tak faham maka butang x akan ditekan.Jadi korang baca lah blog korang sendiri.hak3…

Sebagai contoh ayat ni :

Ak prg mkn ns -> apa maksud ayat ni?

2) HILANG PENGHAYATAN

Untuk apa kita menulis?Dah tentulah untuk orang baca kan.Kalau setakat untuk baca sendiri janglah cari traffik.Privatekan je blog.Bila kita terlalu guna banyak sangat shortform readers yang baca tulisan kita akan hilang penghayatan masa membaca.Jadi tak bestlah kan.Cuba korang bayangkan novel cinta yang banyak guna shortform.Best tak nak baca?

3) SEO SUSAH NAK JALAN

Bila korang taip shortform terlalu kerap,maka crawler search enginepun susah nak detect wording korang.Sebab kebanyakan internet user akan taip perkataan penuh kat search engine contohnya Google.Jadi kalau korang taip pendek2 maka tak match lah dengan apa yang orang cari.

Sebagai kesimpulannya kalau kita nak guna shortform guna je time SMS (Short Message System).Yang ni lagi pendek lagi bagus sebab memang tak boleh panjang2 pun.Ni tak time SMS punyalah panjang berjela2.Selain SMS gunalah shortform ni time ber”twitter” sebab twitter ada limit character.Ada faham?

p/s :
– Saya time sms pun tulis penuh tau.Teringat time2 couple ngan aiensepet dia tulis nama sayapun shortform HFZ…hak3…
– Apa pendapat korang plak?

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Article, Bloggers, Blogging, Macam mana nak blogging, Menulis dengan Bagus, Shortform, Tips, tips blogging. Bookmark the permalink.

28 Responses to >TIPS : SHOTRCUT JALARAYA ADA GUNANYA TAPI SHORTFORM TIADA GUNANYA

  1. SyuQ says:

    >tq for da information.info yg berguna

  2. >aku pakai shortform time sakit gigi je , hahahahak .kalau pakai shortform nnt bace tak clear , xsedap . hahahak .ok HFZ .

  3. >salam..thnks 4 this infomation,,=D

  4. >yeap..ini antara tips yang aku amalkan sejak mula blog FTN.bahasa yang suci murni..tulis penuh..kata ganda pun tulis elok-elok..hehebahasa jiwa bangsa. kena lah martabatkan bahasa kita. bukan bahasa sms!🙂

  5. BeaN MorENo says:

    >Syuq – dah menjadi tanggung jawab

  6. BeaN MorENo says:

    >Aus – aku tulis shortform time sakit perut nak cepat

  7. Sakira says:

    >I wat shortform time mengcomment jer. Other than that, in entries ayat keskemaan gila😀

  8. BeaN MorENo says:

    >saiedah – hehe welcome2…

  9. BeaN MorENo says:

    >FTN – adus terkena batang hidung la plak

  10. BeaN MorENo says:

    >sakira – haah betul anda memang skematik diagram

  11. Kyuubi_85 says:

    >aku mmg tak suka baca tulisan penuh shortform. kalau leh fhm ok la.dulu pernah sekali baca tulisan yg penuh shortform, terus blah.

  12. >terima kasih untuk tips lagi!!!

  13. ~ ReD ~ says:

    >ainsepet tulis ur name guna shortform nampak la macam jejaka misteri sikit..hehe

  14. BeaN MorENo says:

    >kyuubi – itulah pasal…memang tak best kalau asyik2 shortform je…kita tak faham…

  15. BeaN MorENo says:

    >hakim – saje2 buang masa…hak2

  16. BeaN MorENo says:

    >Red – hahaha…misteri sangat la tuh…

  17. Hizami Rahim says:

    >betol betol.kadang kadang rosak mood nak baca.;)

  18. BeaN MorENo says:

    >hizami – tulah nilah kesalah yang saya buat dan orang lian pun then sekarang baru sedar

  19. zida says:

    >Betul betul betul *ikut gaya upin ipin* sekarang sy pun dah x guna sgt shortform dlm entry. best pulak tulis penuh2🙂

  20. >bila cakap pasal shortform ni kan..knkdang sampai terbawa ke kerja pulak..haritu ellis taip surat then tertulis semuanya shortform…nasib bos x bace lagik…haishhh

  21. BeaN MorENo says:

    >zida – tulis penuh barulah nampak pro.then nampak lah banyak & panjang entri tuh

  22. BeaN MorENo says:

    >ellis – tulah…benda tu effect tau

  23. Sendra says:

    >HFZ..aku selalu tulis msg pun x pki shortfrm tw.

  24. BeaN MorENo says:

    >sendra – ces ngadalah ko tulis macam tuh…

  25. CikLilyPutih says:

    >nasib baik aku tak reti guna bahasa sms kan! kalau tak..

  26. BeaN MorENo says:

    >lily – ko emamng skema

  27. Tn.Punya says:

    >Setuju tu bean…aku pon tak suka baca blog yg shoutcut2 ni.. kurang faham dan mencemukan..so kalau ada yg tulis ringkas2 tu..sory ye kalau aku tak baca entry tu..hehehe

  28. >yeah…. setuju sangat bro…. no shortform dan tulisan yang terlalu berwarna warni…. ;-p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s