>TIPS : KENAPA UBAT GIGI DARLIEPUN DIPANGGIL COLGATE?ITULAH BRANDING

>

TIPS : KENAPA UBAT GIGI DARLIEPUN DIPANGGIL COLGATE?ITULAH BRANDING





Hari ni saya nak share pasal BRANDING atau dalam Bahasa Melayu Penjenamaan”. Korang pernah alami tak situasi ni :

“Abang tolong belikan colgate,apa2 brand pun takpela janji ada hadiah…” 

ataupun

“Abang beli Maggie yang tak bisa bohong tu…Nampak cam sedap…”

Nampak tak apa yang saya nak cerita?Walaupun nama2 tu sebenarnya satu JENAMA tapi kita tetap sebut untuk tujukan pada satu barang.Yelah calculation dia akan jadi macam ni :

Ubat gigi = Colgate      Mee Segera = Maggie

Diorang brandingkan product diorang sampai jadi ingatan dan sebutan.Ok apa kena mengena dengan blogging?Simple je dalam blogging pun kita kena

“branding”kan blog kita supaya orang ingat dan sebut.Kalau kita asyik buat something yang sama dengan orang maka kita akan dapat nasib macam mee segera Mamee dan Ubat gigi Darlie.Sebagai contoh saya tunjukkan pada blog yang memang saya suka baca.

Blog Melz – Dia buat branding pada nama dia.Bila kita sebut Melz kita terus akan ingat domain melromeo.com dan tak lupa tips2 yang dia kasi.

Blog Eyriqazz – Disamping nama domain dan nick bila kita sebut terjah mesti kita akan teringat Eyriqazz dan akan sentiasa berhati2.

Blog Kak Ina KL – Bila nak memasak je or tengah buntu cari resipi kita akan teringat masakan dia yang wow!!!

Beautifulnara – Bila kita nak tau pasal artis kita dah tau mana nak tuju. Walaupun banyak lagi blog hiburan kita tetap ingat Beautifulnara.

Farenova – Nak tutorial?Nak buat design cun2 so saya tak perlu susah2 just masuk blog kak Farenova mesti ada.

KuehTart – blog ni saya suka baca sebab isu dia pelik2.then dia branding blog dia dengan tulis CEO Kueh Tart.Kreatifkan sayapun tak terfikir nak buat.

Korang nampak tak apa yang saya nak sampaikan sebenarnya.Bila kita ada satu benda pelik dalam blog kita yang mana takde di blog lain so itu akan jadi branding dan orang akan ikut.hak3…Bila kita ada buat branding untuk blog kita visitor tak payah cakap la memang senang2 je.Then korang akan dapat follower yang betul2 follow blog korang bukan disebabkan budaya “I follow you follow me back”.Kalau tak caya cuba la buat.

p/s :


– Tengah fikir apa yang boleh di“Branding”kan untuk blog ni…


“Korang google lah info skit buat assignment…”

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Article, Bloggers, Blogging, Branding, Tips, tips blogging, Traffic, Untuk apa jadi follower. Bookmark the permalink.

21 Responses to >TIPS : KENAPA UBAT GIGI DARLIEPUN DIPANGGIL COLGATE?ITULAH BRANDING

  1. Sky0ne says:

    >woo tengkiu bgtau GB dah boleh masuk…hihi

  2. >branding care moreno . hahaha .

  3. BeaN MorENo says:

    >aus – uiks online ko eyh…hak3

  4. >biaseala, takat yg sempat . hahahak

  5. Daus says:

    >Aku buat branding hijau itu aku… hahahaIngat Hijau Ingat Dausok tak?

  6. BeaN MorENo says:

    >aus – hak3…study lagi penting

  7. BeaN MorENo says:

    >daus – bagus…tapi jangan striking sgt bro…sakit mata

  8. helena's says:

    >blog saya tah ape tah dorng ingat agaknye kan..haaha

  9. BeaN MorENo says:

    >cikhel – blog cikhel blog jiwang…hak3

  10. anys says:

    >gb dah bole masuk ka?tadik owg masuk npew xbole pun…

  11. BeaN MorENo says:

    >anys – boleh la…saya dah dua kali ping…hak3

  12. Yatre Hayati says:

    >betol2…ala cik bean popular !!!saya tak popular pown!!tapi suka entry ni..

  13. BeaN MorENo says:

    >yatre – saya popular???mungkin dalan mimpi cik yatre kot…hak3…

  14. Sendra says:

    >saya punya blog isu pelik2??hahah..sebenarrnya ceo kueh tart tu lagi pelik..nak tw,dalam english,colgate tu maksudnya yang spray2 nyamuk tu.ubat nyamuk lahh..

  15. CikLilyPutih says:

    >branding-aku gilatv

  16. babyhel says:

    >ingat mr bean..ingat bean moreno!haha…hai mr bean!

  17. BeaN MorENo says:

    >lily – bukan,branding ko pada mr big ko…hak3…

  18. BeaN MorENo says:

    >babyhel – ye ke???hak3 bagusla kalau ko dah nampak

  19. Moshah says:

    >Tolong beli Kodak satu!^_^

  20. BeaN MorENo says:

    >Moshah – kasi duit…haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s