>TIPS : ADA APA DENGAN MEMBALAS KOMEN

>



Huit,morning guys.Mesti pelik tetiba je Bean Moreno ada update Suterablogger waktu pagi.Jangan pelik sebab saya dah dapat spot untuk online di office tapi bersyarat iaitu kena datang kerja awal dan sememangny sejak dulu saya tak pernah lambat masuk kerja (itupun lepas kahwin.hak3).So lepas ni kalau nak baca Suterablogger saya akan cuba update di waktu pagi time2 macam ni ye.Dah lama saya tak keluar tips untuk blogging.Actually bukan tips pun saja mengada2 cakap tips sebab saya bukannya bagus sangatpun dalam blogging dan saya juga tak se‘famous’ Angelina Jolie untuk harapkan traffik yang tinggi (uiks ada kena mengen ke?).

Oklah apa yang korang fikir pasal komen.Bagi sesetengah dari kita komen adalah penting dan setiap kali lepas kita update mesti kita nak ada orang komen.Betul ke tak?Cakap jelah betul sebab saya tau.Kan sayapun blogger jugak.So jangn tipu2.Ada di antara kita nampak komen tu sebagai penaik semangat untuk menulis.Ada jugak yang fikir komen tu untuk tau ‘feedback’ dari readers tentang entri kita kan.Tapi pernah tak kita fikir lepas dapat komen apa yang kita buat?Ramai yang biarkan je orang komen sampai bertimbun2 tapi ‘No Respond’.Betul tak?

Oklah sempoi je.Kita anggapkan komen ni macam SMS.Bila kita dapat komen itu bermakna blog kita ada reader dan mereka baca entri kita (walaupun tak habis.hak3).Jadi bila ada komen kita dapat lah ‘feedback’ mereka.Kebanyakan komen akan ikut topik entri dan ada juga yang komen just tanya khabar (yang ni sila buat di ‘shoutbox’ ye).Bila diorang komen,diorang pun ada niat untuk dapatkan feedback dari korang.So jika diorang dah penat2 komen dan bagi feedback tapi korang buat dek je mungkin lepas tu diorang fed up dan takkan komen lagi.Yelah cuba korang bayangkan,korang SMS awek korang tapi 10 SMS yang berbalas cuma 1.Apa perasaan korang?Mungkin ada yang positif cakap & faham yang korang bz tapi kalau tak mungkin korang akan cakap awek korang ada BF lain.hak3…Samalah macam komen.Readers akan ‘fed up’ dan buat dek je dengan entri korang.

Dengan baca & reply komen jugak korang akan dapat idea untuk menulis.Dalam masa yang sama korang akan buat readers yang komen tu terasa dihargai.Bila diorang rasa dihargai diorang akan komen lagi di entri yang lain.Korang bayangkan kalau korang nak ngorat awek.Banyak kali belnja makan tapi takde respond.Itu bermakna dia tak suka lah kan.Jadi bila korang tak ‘reply’ komen orang yang komen akan rasa korang macam tak suka diorang komen.Jadi…Faham2 sendiri jelah ye dek non (apahal aku dah jadi Azwan Ali pulak ni?).

Banyak lagi sebab kenapa korang kena reply komen readers.Tapi sebab saya dah lapar so sikit dah le ye.Kepada pengkomen korang jugak kena ingat bahawa sila baca entri sampai habis sebelum komen.Sebab manalah tau blogger tu kutuk korang,tapi disebabkan korng tak baca sampai habis maka korangpun ye kan je apa yang diorang cakap (ini dah pernah terjadi ye.hak3).Oklah nak pergi makan & malam karang saya update lagi ye…

p/s :
* Saya nak mintak maaf kalau saya tak sempat nak ‘blogwalking’ ye.Tapi jangan takut saya akan tunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang blogger bila ada masa.

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Article, Bloggers, Blogging, Emosi Blogger, Etika Blogging, Komen, Macam mana nak blogging, Tips, tips blogging. Bookmark the permalink.

41 Responses to >TIPS : ADA APA DENGAN MEMBALAS KOMEN

  1. Sky0ne says:

    >setuju sangat…aku memang amalkan benda ni…balas balik komen org, dan balas balik kunjungan blogwalking…baru la org makin syg…ahaha

  2. BeaN MorENo says:

    >skyone – tu yang aku sayang ko lebih bro…nak tayar baru!!!

  3. Sky0ne says:

    >bean : hahah..tayar baru ko kene mintak anakperak..dia baru cashout nuff tu…hihi

  4. Sendra says:

    >okey fine..sumpah aku terasa..aku selalu tak reply comment sebab internet problem lahh..tensi aku..tengok sekarang takde oramng nak komen entry aku..wakaka..aku tenang je.

  5. ~ ReD ~ says:

    >kalau x ada tips ini, saya tetap berfikir dh menerima, kalau boleh kenalah balas.. secara ikhlas;)baru la seronok

  6. jaja9 says:

    >betul..sokong 100%….jaja mmg suka kalau org komen entry coz that show diorg baca entry and give feedback..really appreciate that…so kenelah appreciate diorg balik kan…

  7. kak ina kl says:

    >tak nak komen..nanti kena marah lagi..sobbbbtahniah dapat kerja baru..kat mana ek?

  8. helena's says:

    >Banyak lagi sebab kenapa korang kena reply komen readers.Tapi sebab saya dah lapar so sikit dah le ye.Kepada pengkomen korang jugak kena ingat bahawa sila baca entri sampai habis sebelum komen.Sebab manalah tau blogger tu kutuk korang,tapi disebabkan korng tak baca sampai habis maka korangpun ye kan je apa yang diorang cakap (ini dah pernah terjadi ye.hak3).Oklah nak pergi makan & malam karang saya update lagi ye…saya macam tau nih sapa.hahahahaah!

  9. cikkiah says:

    >yeayh!tq 4 dis entry..membina smgt jiwa bangsa betol…haha

  10. BeaN MorENo says:

    >princeduyong – tq ;P

  11. BeaN MorENo says:

    >princeduyong – tq ;P

  12. BeaN MorENo says:

    >skyone – anakperak aku nak pow blackbery boley…;P

  13. BeaN MorENo says:

    >sendra – tiada niat untuk buat kau tersedih sendra…aku nak bagi ko meraung je…hak3…xdelah ni reminder untuk aku jugak sebenarnya

  14. BeaN MorENo says:

    >red – betul3…bagus blogger macam ni lah disayanag mama(sila ikut rentak lagu fifi)

  15. BeaN MorENo says:

    >red – betul3…bagus blogger macam ni lah disayanag mama(sila ikut rentak lagu fifi)

  16. BeaN MorENo says:

    >jaja – itu lumrah sebagai seorang blogger…bila dah tulis mesti nak feedback…hahaha

  17. BeaN MorENo says:

    >kak ina – komen biar kene pada tempatnya…hak3

  18. BeaN MorENo says:

    >cikhel – siapa?kalau betul saya belanja air suam

  19. BeaN MorENo says:

    >cik kiah – hak3…welcome…sharing is daring kan…hoho

  20. Hizami Rahim says:

    >tahu takpe.komen sangat penting dalam blog.;)peniup semangat.dan merapatkan lagi hubungan dgn pembaca2 blog.;)

  21. >memang terasa bila kita blogwalking sehari suntuk..komen sana sini..tapi komen kat blog kita tak sampai sedozen pun lepas tu cehh mengabihkan bogheh jo..adesss

  22. Azah says:

    >betul tu..salu bila saya tinggal komen tapi tuan blog x reply..rasa macam.."ceh.. aku cakap sorg2 rupanya.."hehe..

  23. Epul Azimi says:

    >aku pon kekadang ade gk entry2 yg tak dibalas,bz sangat la…………….

  24. BeaN MorENo says:

    >hizami – tapi kadang2 kita terlepas pandang juga

  25. BeaN MorENo says:

    >fitrihardi – itu biasa

  26. BeaN MorENo says:

    >azah – haha…janji kita reply..betul tak?

  27. BeaN MorENo says:

    >epul – kalu bz takpelah kan…ni memang tak nak reply

  28. weengorgeous says:

    >tp kalau komen dah beratus mcm hanis zalikha mst x terlarat nak melayan nye noksss. mcm mana tu bean? hehe. nasib la blog aku x byk readers. aku dgn senang hati respon semua komen🙂

  29. BeaN MorENo says:

    >weengorgeous – hm.ada cara dia ween…

  30. fndrocka says:

    >Bagi aku pula..bila kita menulis kemudian pembaca beri komen..itu dah dikira satu komunikasi(analogibya:kita sms…pembaca balas) Cuma bila ada soalan atau isu baru yg ditambh saja komen sesuai utk dibalas dan dibalas lagi.kalau tak..ruang komen tak ibah jadi laman sosial sprt twiitter fesbuk.

  31. ShueQry says:

    >thanks for the tips! komen ni ada nilainya tersendiri, sebab ia akan memberi backlink kepada blog kita. Selain membina persahabatan, ia juga baik untuk membina ranking PR dan menambah baik ranking di Alexa.

  32. BeaN MorENo says:

    >fndrocka – actually komen salah satu interaksi readers dengan author..

  33. BeaN MorENo says:

    >Shueqry – ye betul2 selian interaksi komen jugak boleh bagi backlink pada blogger terutama yang guna comluv

  34. Sya Isya says:

    >selalu orang komen dibalas, tapi balas lambat je…huhu…sekali balas, semua komen Sya balas. Lawatan balas tu, tak semua. Tapi, ada masa terlebih, Sya balas kunjungan dan komen juga, cuma cepat atau lambat je. Tak balas komen tak bermakna tak menghargai komen yang ditinggalkan. Semua komen dihargai dan semua pengkomen disayangi. Muah3.

  35. Sya Isya says:

    >selalu orang komen dibalas, tapi balas lambat je…huhu…sekali balas, semua komen Sya balas. Lawatan balas tu, tak semua. Tapi, ada masa terlebih, Sya balas kunjungan dan komen juga, cuma cepat atau lambat je. Tak balas komen tak bermakna tak menghargai komen yang ditinggalkan. Semua komen dihargai dan semua pengkomen disayangi. Muah3.

  36. The Sharkox says:

    >Hoho..setuju sangatsssss zahhhhzazs

  37. BeaN MorENo says:

    >SYa Isya – yes betul tapi some of visitor mengharapkan balasan…betul tak?

  38. BeaN MorENo says:

    >The Sharkox – thank you…

  39. Syafrizal says:

    >aku cuba amalkan komen secara berhemah dan cuba balas semua komenkadang2 tak terbalas sebab banyak sangat hehetapi ramai jugak yang jadi pengecut komen dengan gunakan anonymizer..lagi2 yg suka provoketapi aku malas nak layan kerana apa?kerana aku tak nak buat dosa kering je nanti heheP/S: blog aku sebarkan kesedaran pengguna dan produk halal pun kena maki

  40. BeaN MorENo says:

    >syarizal – itu perkara biasa bro…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s