>PERCAYA TAK DENGAN BEBERAPA RIBU BOLEH DAPAT BEBERAPA JUTA?

>

PERCAYA TAK DENGAN BEBERAPA RIBU BOLEH DAPAT BEBERAPA JUTA?

Salam dan selamat petang,

Nak tanya sikit…Korang percaya tak dengan beberapa ribu kita labur kan kita mampu menjana berjuta-juta dengan mudah?Actually ada kot perlaburan yang macam ni dan tak mustahil benda tu ada mungkin kita je tak tau cara dia.So kalau nak lebih memahami dunia perlaburan ni kita kena refer mata Matjoe!Ada tak korang terbaca pasal harta Sukarno?Kalau belum baca jom baca sat :

SEREMBAN: Terpengaruh untuk mendapatkan harta yang dikatakan milik bekas Presiden Sukarno, enam rakan sepejabat kerugian RM16,000 yang mereka laburkan kononnya untuk mencairkan harta bekas pemimpin nombor satu Indonesia itu.Seorang daripada mangsa yang mahu dikenali sebagai Shamsul, 30-an, berkata, segalanya bermula apabila dia bersama rakan diperkenalkan mengenai pelaburan pencairan harta Sukarno itu oleh seorang lelaki berusia 40-an di sebuah restoran di sekitar Bandar Baru Nilai, di sini, pada 13 Oktober lalu. Menurutnya, lelaki itu memberitahu pewaris harta yang kononnya berjumlah AS$3.2 bilion (RM10 billion) itu adalah anak Sukarno yang dibawa ke negara ini ketika masih kecil dan dia kini dalam proses mendapatkan semula harta berkenaan yang didakwa berada dalam kawalan Bank Negara Malaysia (BNM). “Bagaimanapun, kami diberitahu harta itu perlu ‘dicairkan’ terlebih dulu dan memerlukan bantuan daripada pelabur atau digelar ‘jemaah’ untuk menyalurkan kos pelepasan mencecah puluhan ribu ringgit.

Nak baca lebih pi beli surat khabar or Harian Metro Online

Komen Bean Moreno :

* Ye sekarang ni semua benda perlukan duit dan disebabkan kita hidup dalam kesempitan kita tersepit dan sering berfikir macam mana nak jadi kaya senang.Bila otak dah letih fikir cara jadi kaya maka keletihan itu akan membawa kita ke satu aura yang dinamakan penipuan.

* Benda ni melibatkan aset yang besar.Maka bila melibatkan satu nilai yang besar maka kita harus berwaspada jangan senang-senang nak gadai duit kita.Dulu kecoh pasal skim cepat kaya ni akan kecoh pulak pasal skim pewarisan harta orang kenamaan.

* Hm saya tak sangka ada orang melayu yang sangat kaya sehinggakan RM16K yang saya rasa kalau saya kumpul pun makan tahun boleh dibuang bergitu sahaja tanpa berfikir.

* Agak-agak macam mana eyh anak sukarno tu bercakap.Saya terbayang mungkin cara dia approach orang macam ni :

” Mas ayuh melabur kek den dong.Lopeh ekau molabur ekau pasti jadi kayaan seperti Rakka sih!”

Halamak pengaruh Cinta Kirana pulak!…

* Saya pun kalau nak ikutkan dah lama kaya tau.Tak percaya ke ?Nah tengok bukti :


Dan ini…


Amacam kaya tak?haha malas je nak layan kalau tak tiap-tiap hari boleh shopping kat Pavilion tau…

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Article, Bayar Ribu Dapat Juta, Skim Cepat kaya. Bookmark the permalink.

15 Responses to >PERCAYA TAK DENGAN BEBERAPA RIBU BOLEH DAPAT BEBERAPA JUTA?

  1. The Sharkox says:

    >haha..mula2 gelak dulu kat orang. Gelak la pasal pe dia pergi percaya cakap 'anak sukarno' tu..hahahaAku pun ada gak bro. baru2 ni dapat emel dari Honda kata aku menang loteri. Tapi yang lawaknya, pegawai tu pakai emel gmail..haha..Nak menipu pun kena la bagi nampak pandai sikit..buat macam anak sukarno tu..kan ke pandai namanya..peace

  2. BeaN MorENo says:

    >The Sharkox – hehe betul jugak eyh

  3. The Sharkox says:

    >Ah, banyak lagi scam2 macam ni…terpulanglah kalau nak guna otak ke nak guna lutut ke..kalau dah kelabu mata, memang senang kena tipu..betoi tak encik bean??hehe

  4. Bean Moreno says:

    >The Sharkox – haha betul3

  5. Syafrizal says:

    >banyak sangat kes Scam ni.. phishing site pun berlambak terutama online banking.. berhati2 lah

  6. kEy says:

    >haha, hari2 shopink kat pavi…;;P

  7. J.M.R says:

    >aku pon slalu dpt emel rezeki nih..kalo kira2..dh brapa ratus billion nilai yg aku dpt kot…:-p

  8. Eyriqazz says:

    >x percaya..bukan senang nak senang,bukan susah nak susah…

  9. BeaN MorENo says:

    >CIK SYANAS – APAHAL GELAK!

  10. BeaN MorENo says:

    >Syafrizal – haah…tapi rakyat Malaysia murah hati bro

  11. BeaN MorENo says:

    >JMR – samalah aku satu email 7 keturunan tak habis makan

  12. BeaN MorENo says:

    >eyriqaz – haha…sebenarnya usaha itu penting

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s