>FACEBOOK BOLEH MEROSAKKAN HUBUNGAN SESAMA MANUSIA?

>

FACEBOOK BOLEH MEROSAKKAN HUBUNGAN SESAMA MANUSIA?
Salam dan selamat malam guys,
Hari ni kita masuk bab facebook lagi.Mesti korang fikir kenapa saya bengang dengan Facebook.Dah dua post saya publish semua negative pasal facebook.Mesti ada yang fikir adakah saya bergaduh dengan Mark Zuckerberg ataupun dia tak bayar revenue untuk blog saya (actually saya yang patut bayar dia sebab guna facebook share kat blog ni).
Actually apa yang saya tulis adalah berkenaan dengan apa yang saya nampak,cuba dan rasa.Jadi apa yang korang baca dalam blog ni adalah benda benar yang berlaku (che wah ayat Uncle Seekers plak).Ok actually apa yang korang fikir tentang tajuk or topik ni?Apa yang cuba saya sampaikan ialah Facebook walaupun ia tercipta untuk memudahkan user berkomunikasi sesama sendiri tapi sedar tak dia boleh merosakkan hubungan sesama manusia?
Kenapa saya cakap macam ni kebanyakkan kita tak sedar apa yang kita buat semasa update status facebook.Main ikut suka je tulis status.Lagi-lagi bila emosi memang status tu akan sinis dan tuju kat orang yang kita tak suka.Tambahan pulak bila benda dah lama pendam.Sebagai contoh dalam satu group tu adalah dalam 10 orang.Salah sorang tu ketiak agak berbau sebab mungkin dia tak pernah tau kewujudan deodorant.Kalau dulu mungkin akan wujud situasi kutuk belakang.Tapi bila ada facebook diorang yang berfikiran terbuka akan meluahkan rasa tidak puas hati dalam status facebook contohnya :
“Weh apahal ko bau KETI!ko jangan sampai aku belikan deodorant!”
atau mungkin macam ni…
“Aduhai omak ko tak mampu ko nak bolikan ekau ubat ketiak.Nanti den bolikan satulah!”
Keadaan ni akan jadi kutuk belakang kalau si mangsa tidak ada facebook atau tidak add kawan-kawan yang lain (kera sumbang).Tapi kalau dia add kedua-dua kawan dia ni maka perang akan berlaku.Mungkin ayat komen dia akan jadi :
“Alah yang bau tu ketiak aku,bukan ketiak ko…Kalau dengki nak bau macam aku janganlah pakai deodorant!…”
atau mungkin…
“Hekeleh…spender pun omak ekau bolikan,ado hati nak bolikan den ubat ketiak!…”
Maka sesi perbahasa akan semakin panas dan menyebabkan pergaduhan maka akan melarat di kalangan 1/4 daripada friendlist.Maka perhubungan sesama kawan akan retak.Itu kawan-kawan takdehal cuba fikir pasal keluarga pulak…Apa akan jadi?Lepas tu blogger akan amik kesempatan buat enti panas.Siapa yang untung?Blogger jugak…hak3…
Sekarang ni dunia semua nak senang je.Semua nak cepat.Kalau dulu orang bagi jemputan kahwin melalui kad kahwin.Kad kahwin menjadi bukti kewujudan satu pasangan itu mendirikan masjid.Sekarang Kita terlepas pandang bahawa kad kahwin tu bukan setakat untuk menjemput orang tapi itu jugak merupakan tanda hormat kasih dan sayang kita pada seseorang.Tapi sekarang ni orang dah tak fikir pasal benda-benda ni.Disebabkan nak sangat senang dan express apa lagi kad tak payah hantar lepas tu just hantar RSVP kat Facebook.What da…Korang ingat semua facebook user nak sangat ke usha semua function facebook.Korang fikir semua orang ada banyak masa ke nak usha event list kat facebook.Dan korang rasa 100% user facebook online sepanjang masa.Sila tolak yang bergelar blogger.Diorang manusia berhati robot.Come on lah,kita tak fikir pasal perasaan orang lain.Apa yang kita fikir itu bukan kita.So akan terjadilah dialog kat bawah ni :
NF : Weh apahal ko tak datang aku kahwin.Kata kawan sehidup semati?
BM : Ko dah kahwin ke?Apasal tak jemputpun…
NF : Aku dah RSVP ko lah kat facebook!Ko jangan bagi alasan lah wey!
BM : Haram ko ingat aku 24 jam ke depan PC.24 jan ke layan Facebook macam ko!
NF : Dahlah nanti ko kahwin ko bagi kadpun aku tak datang!
BM : Mampos ar!
Tengok apa dah jadi?Terukkan…Dah tau kawan janganlah kedekut sangat nak bagi kad.Apasal nak berkira sangat.Kalau dah tau kawan mana hormatnya kita pada kawan kalau kita cuma hantar RSVP je.Terus terang saya cakap kalau Nuffnang tak call or send mail untuk invite saya pergi event memang saya takkan pergi beb!Kalau takat Nuffnang just invite guna RSVP saya takkan layan sebab facebook saya hanya penuh dengan linking ke blog je.Korang pun tau.So faham-faham dah la yer…
Oklah cukup rasanya contoh yang saya bagi ni untuk membuktikan yang Facebook boleh merosakkan hubungan sesama manusia.Korang rasa apa lagi Facebook boleh buat kerosakan terhadap hubungan sesama manusia?
p/s :
* Actually manusia sendiri yang tak tahu menggunakan Facebook.Semua perasan maju!

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Cultuure, facebook, Facebook Bawa Bencana, Facebook Boleh Merosakkan Hubungan Sesama Manusia, Manusia. Bookmark the permalink.

21 Responses to >FACEBOOK BOLEH MEROSAKKAN HUBUNGAN SESAMA MANUSIA?

  1. Encik Tikus says:

    >aku on the way nak berhijrah ke alam twitter, LOL

  2. >haha , aku penah dgr cite ni , kah kah kah , sabo bean saba encik BM . hahak

  3. DiNaZ says:

    >erm…bagus gak entry nie…siap bg cotoh tu…

  4. BeaN MorENo says:

    >Encik Tikus – bagus2…

  5. BeaN MorENo says:

    >aus – bilo ekau donga cito nih?

  6. - zuriey - says:

    >2la kalau silap guna..ingat semua org ada fb ke

  7. BeaN MorENo says:

    >zuriey – hehe..betul3

  8. >terpanggil utk mberi komen…ehem2…hehe!FB nie manyak yg mudarat dr elok…hmm….bongkarkan lg sket2 ea…keep it up..:)>> da lame xmen FB…maleh…ehe!

  9. Fitrihadi says:

    >aku jarang layan facebook takut nanti tercetusnya perang..aku pernah buat status tolong berhenti sebarkan video justin bieber ditangkap tu sebab tu video tipu.. alih2 ada orang marah aku…adehh facebook fakebook! bikin hati panas ja la..

  10. The Sharkox says:

    >FB ni kalau orang yg matang guna, tak ada apa2 punya..takde sapa benci..tapi kalau budak2, abis semua benda dia nak luahkan kat fb..pasal ketiak pun nak bagitau orang ke??

  11. radin fadli says:

    >kadang kala tak perasan invitation tu..tgk2 da terlps kadang2

  12. BeaN MorENo says:

    >Sayang Kema – hehe susah nak research…nanti kalau ada saya share

  13. BeaN MorENo says:

    >fitrihardi – hehe layan blog lagi bagus bro…

  14. BeaN MorENo says:

    >The Sharkox – hehe…tulah pasal…kematangan fikiran itu penting

  15. BeaN MorENo says:

    >radin fadli – sebab invi tu bukan berbunyi pun

  16. Anonymous says:

    >terjadi kat diri sendiri ker???baru-baru ni status bini ko kat facebook hot betul!mungkin ini yang berlaku kat ko jugak kan..mesti perang besar..asal x bg contoh yang terjadi kat depan mata!

  17. BeaN MorENo says:

    >Anon – hoho ganas beb komen ni!mungkin betul jugak nampak gaya ni salah satu sebab kenapa aku jureng dengan facebook

  18. >bkn takat hubungan ngn kwn jer… ngn bf pun sama… dulu time ade bf slalu gaduh, sumenya pasa fb la..

  19. BeaN MorENo says:

    >mimieakucayang – hehe tulah…

  20. Anonymous says:

    >Thank you, I have recently been searching for information about this topic for ages and yours is the best I have discovered so far.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s