>HORMAT AKAN DATANG BILA KORANG ADA KEISTIMEWAAN

>

HORMAT AKAN DATANG BILA KORANG ADA KEISTIMEWAAN
Apa yang korang fikir boleh membuatkan seorang yang berstatus manusia (ni tak termasuk status Gliterrati ye) akan menghormati seorang yang berstatus manusia yang lain?Ataupun korang tak tau apa kejadahnya itu HORMAT!Bagi saya lah kan perkataan hormat itu tidak wujud secara ikhlas dalam diri manusia lebih-lebih lagi dalam zaman yang sememangnya tengah maju membangun dengan video-video porno.Ooops mintak maaf terlucah sikit malam-malam ni.
Selama 21 tahun saya hidup kat dunia yang fana ni saya banyak tengok secara life orang tunjukkan sikap hormat bukan sebab ikhlas dari hati.Korang rasa kenapa saya cakap ramai yang hormat orang lain disebabkan orang yang dihormati tu ada keistimewaan.
Simple saya bagi satu contoh mudah yang pertama.Seorang adik tidak akan menghormati seorang abang sekiranya abangnya tidak dapat membela nasib keluarga.Maksudnya kalau adik tu dapat berkahwin dengan anak dato’ atau tak payah kahwin lah ‘couple je’ tapi abang dia bekerja jual keropok lekor kat Jalan Masjid India korang rasa si adik tu akan hormat tak kat si abang kalau si abang tak dapat nak belikan ibunya yang sakit ubat? Tak mungkin!Percayalah cakap saya.Walau si abang tu berusaha setengah mati untuk teruskan kehidupan dia tetap tidak akan dihormati.Tapi cuba si abang itu adalah seorang yang hebat rumah 3,4 biji siap belikan umah untuk mak bapa.Maka adik-adik dia akan bercerita bercakappun tunduk macam ada orang nak masuk meminang walaupun dia tu lelaki.So di manakah HORMAT itu?TIADA…
Contoh mudah kedua ialah suami dan isteri.Korang rasa si isteri akan hormat tak kat suami bila si suami tak dapat nak belikan sebiji Ipad yang memang si isteri idam-idamkan?Padahal si isteri tak tahu si suami ikat perut tak makan hanya sebab nak lengkapkan keperluan keluarga.Si suami tetap akan dipandang rendah walaupun apa yang dia nak terpaksa berkubur hanya untuk puaskan apa yang isterinya mahukan.Tapi si suami takkan dihormati hanya disebabkan Ipad.hoho…Jadi di manakah perkataan HORMAT itu dalam kamus suami dan isteri kalau suami dimaki hanya kerana Ipad?Jadi jawapannya tetap TIADA…
Yang ketiga kita tengok pulak dalam blog sphere kita kat Malaysia ni.Blogger akan menghormati blogger lain sekiranya blogger itu ada keistimewaan contohnya Unique tinggi,ataupun blog dia memang best.Ramai orang support blog ni.Memang dia akan jadi sebutan lah dan ramai orang akan buat entri pasal dia.Dipuji dan disanjung macam Robin Hood.Tapi mana perginya hormat kita pada blogger-blogger yang masih mencari identiti.Masih menulis di atas kertas untuk publish entri di blogspot.hak3…Ada tak kita fikir yang diorang perlukan galakan untuk terus menulis?Ada tak kita fikir yang dengan bantuan kita even memberi komen ataupun shout di chatbox dia boleh menyemarakkan lagi niat dia berblog.Langsung tidak!Apa yang kita fikir blogger baru ntah apa-apa.Kutuk sana kutuk sini.Bila blogger baru menang contest masing-masing nak tunjuk bagus pertikaikan keputusan.Apalah salahnya cool dan terima kekalahan.Jadi mana perkataan HORMAT dalam kamus hidup Blogger?TIADA kawan-kawan…
Amacam, cukup kuat tak contoh yang saya bagi kat korang?Bolehkah kita cakap yang HORMAT itu ikhlas lahir dari hati kita.Susah kita nak tengok orang hormat disebabkan dasar kemanusiaan.Manusia tetap akan tertindas sekiranya sikap hormat itu tiada dalam hati dan lahir secara ikhlas.Betul ke tak apa yang saya cakap.Hanya ada satu time je manusia tu dihormati even dia tak pernah berbakti iaitu bila masa dia dah takde lagi kat dunia ni.Itu pun mungkin ada mulut longkang yang mengutuk dia hanya disebabkan kesalahan kecil dia.

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Culture, Familia, Hormat, Hormat itu Akan Datang Bila Korang Ada Keistimewaan, Respect. Bookmark the permalink.

35 Responses to >HORMAT AKAN DATANG BILA KORANG ADA KEISTIMEWAAN

  1. penaberkala says:

    >nice one brotabik hormat utk tuan penulis entri ni,hahapart yg masih tulis kat kertas utk publish entri kat blogspot bahangnya sampai ke sini tuh,hak3xpe2, slagi tak menyusahkan org takpe kot

  2. BeaN MorENo says:

    >penaberkal – haha even dia buat entri macam budak UPSR hormat tetap hormat

  3. chentaMAYA says:

    >aish! gua benci la orng yg xpndai hormat org ni. blog gua ade stalker dah! benci! kah kah

  4. cikmin says:

    >laaaaa…baru dapat kunci kebebasan ke kamu ni bean?erkkk..sori komen ni dulu b4 baca semuanya…

  5. BeaN MorENo says:

    >chentamaya – bantai je…hak3 gua lah stalker itew!

  6. BeaN MorENo says:

    >cikmin – uiks kak apakah?saya tak faham…

  7. chentaMAYA says:

    >lu? kah! xsuke nyee! kui3. gua xpecaye stalker 2 lu! keh keh!~

  8. chentaMAYA says:

    >lu? kah! xsuke nyee! kui3. gua xpecaye stalker 2 lu! keh keh!~

  9. BeaN MorENo says:

    >chentamaya – apasal lu tak caya?adakah gua maksom!

  10. J.M.R says:

    >setuju bro..HORMAT tu macam mana sbenarnya? rasanya istilah hormat zaman skang ni cam dah lari dr maksud asal…

  11. >hormat la blogger2 baru mcm sayer ni,huhu… =D

  12. BeaN MorENo says:

    >JMR – hidup indah bila ada hormat!

  13. BeaN MorENo says:

    >amer – samalah sayapun baru je

  14. Encik Tikus says:

    >betul tue bro, kekadang kesian blogger baru macam saya nie, erk ? keh keh gurau gurau ;D

  15. YobSumo says:

    >thanks senior!haha.

  16. phreak id says:

    >huhu. Gua pun blogger baru. Gua berkawan dengan blogger yang nak kawan dengan gua. Kalau orang sombong, gua buat bodoh je la, pergi la berkawan dengan orang lain. Betul tak? ada 100,000 kut blogger yang lain under nuffnang. dapat berkawan dengan 1000 pun dah lebih dari cukup. Takkan 90,000 blogger yang lain sombong kut?phreak-id : PEMBETULAN : dah 28 tahun hidup ye. Ko jangan ingat ko muda lagi walaupun ko nampak slim dan muda. mwahahahaNota Kaki Kiri : Jangan lupa tengok gambar kantoi ko ye bean. Kat entry baru che arm. Nota Kaki Kanan : Aien pun jangan lupa tengok. hahahahaTerbaru >> 1) Nuffnang Premiere Screening – Skyline 2) Iklan Melayu Cadburry 3) Tipikal Drama Melayu

  17. Syafrizal says:

    >mungkin ye mungkin tidaktapi tanda nak kiamathormat kerana takut kezalimannyasendiri faham kan hehe

  18. fndrocka says:

    >Populariti ni mengundang byk kipas.

  19. >Ayat last skali tue sempoi…. mungkin HORMAT tu hadir biler seseorang tu dah tiada… anyway salam kenal bro… enjoy la time DIGI PARTY aritu… ;-p

  20. >bagus2..lama tak mai sini

  21. BeaN MorENo says:

    >Encik Tikus – haha…aku yang blogger baru…

  22. BeaN MorENo says:

    >hamzah ian – ko setuju sebab ada kene mengenakan

  23. BeaN MorENo says:

    >yob sumo – owh siapakah senior itu

  24. BeaN MorENo says:

    >phreak-id – haha betul3…apa adahal tapi kalau semua blogger baru macam kita berfikiran sama…takpe…ces! che arm memang kejam!

  25. BeaN MorENo says:

    >Syafrizal – yes!correct!

  26. BeaN MorENo says:

    >fndrocka – tak tau sebab tak popular

  27. BeaN MorENo says:

    >hazman – haha betul apa…

  28. BeaN MorENo says:

    >pencaci alim – haha thanks sebab masuk ye

  29. zool says:

    >ramai hormat bila kita berada diatas .. itulah dunia..

  30. BeaN MorENo says:

    >zool – itu pun betul jugak!

  31. FeeQ says:

    >Sometime orang nak ambik kesempatan

  32. Bean Moreno says:

    >feeq ya…your right…

  33. kak ina kl says:

    >hormati orang lain dan hormati diri sendiri.

  34. BeaN MorENo says:

    >saya hormati orang tua…haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s