>PENJAGA KAABAH MENINGGAL DUNIA

>

PENJAGA KAABAH MENINGGAL DUNIA

Assalamualaikum & selamat sejahtera…

Saya mulakan entri ni dengan bacaan umul kitab al-fatihah.Kali ni tiada niat nak overshadow Imam Muda Ashraff cuma itu adalah sedekah kita untuk perginya penjuaga Kaabah ataupun paling tepat penjaga kunci Baitullah iaitu Sheikh Abdul-aziz Al-Sheibi yang telah meninggal dunia kelmarin.Actually saya baru hari ni tau yang Kaabah ada orang pegang kunci sehinggalah tadi selak-selak Harian Metro terbaca artikel pasal ni.Korang nak baca?Nah :

MAKKAH: Penjaga kunci Baitullah, Sheikh Abdul- aziz Al-Sheibi (gambar), 82, meninggal dunia lewat kelmarin.Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Maalla selepas disembahyangkan di Masjidil Haram.Keluarga Al-Sheibi menjadi penjaga kunci Kaabah sejak zaman jahiliah lagi.Ia diwarisi anggota tertua dalam keluarga itu dan tidak diturunkan daripada bapa kepada anak. Faktor usia menjadi asas utama dalam mewarisi tugas itu. 

Nak tau lebih sila baca kat Hmetro online or beli. 

Fakta menarik tentang penjaga kunci Baitullah :

* Tugas menjaga kunci Baitullah ni diwarisi anggota tertua dalam keluarga itu dan tidak diturunkan daripada bapa kepada anak.Maksudnya faktor usia memainkan peranan penting dalam mewarisi tugas ni.

* Baitullah dicuci dua kali setahun iaitu pada pertengahan Syaaban dan pertengahan Zulqaedah, menggunakan air zamzam yang dicampur dengan air mawar bersama haruman Oud.

Saya rasa mungkin ramai yang tak kenal siapa yang menjaga pusat kiblah orang Islam ni  dan mungkin popularitinya tak lah sehebat Lady Gaga tapi sebagai umat Islam even kita tak dapat jumpa dia at least kita tahu yang dia adalah Penjaga Kiblah seluruh umat Islam dan meniggal pada umur 82 tahun.

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Hmetro, Penjaga Kaabah Meninggal Dunia. Bookmark the permalink.

12 Responses to >PENJAGA KAABAH MENINGGAL DUNIA

  1. Eryati says:

    >al fatihah buat arwah

  2. Lovely Emy says:

    >itulah, ramai kan yg xtahukan sejarah kunci kaabah & penjaganya. bukan sebarang orang boleh pegang pun..al-fatihah.

  3. J.M.R says:

    >alfatihah..skang bru aku tao yg arwah ni pemegang kunci kaabah..tQ 4d info bro!

  4. Wan Gerrard says:

    >al-fatihah kepada beliau

  5. non-tipikal says:

    >Maaf, jika saya agak menongkah arus dalam hal ini. Dan saya tangguhkan al-Fatihah untuk arwah hingga kebenaran sejati dapat saya temukan.Apakah mungkin arwah ini berketurunan Rasulullah SAWW atau sebaliknya?Bukankah tugas menjaga kebajikan Kaabah dan para pengunjungnya adalah menjadi amanah ke atas anggota keluarga Nabi Ibrahim A.S. dan juga keturunannya hinggalah kepada Nabi Muhammad SAWW. Ketahui dan akuilah bahawa nasab keturunan di antara kedua Rasul Allah SWT itu terputus walau di tengah-tengah, kerana merekalah yang diumpamakan sebagai Siratul Mustaqim di dunia ini.Jika arwah bukanlah salah seorang anggota keluarga daripada jalur keturunan Rasulullah SAWW, maka di manakah dia waris Baginda SAWW yang haq?Tahukah kalian, apabila kita berpeluang ke Tanah Suci, terdapat sebuah tandas besar berdekatan Masjidil Haram, dan tandas besar itu adalah satu-satunya yang terbina di kawasan suci tersebut? Dikhabarkan oleh mereka yang bersangkut paut dengan keluarga Rasulullah SAWW, bahwa tandas tersebut dibina di atas bekas tapak rumah keluarga Rasulullah SAWW bersama isteri yang pertama, Saidatina Khadijah R.A.Jika benar akan khabar di atas, apakah tindakan si penjaga Kaabah selama ini untuk menjalankan tanggungjawab mempertahankan dan memulihara kesucian keluarga Rasulullah SAWW?Makam-makam para syuhada Badar & Uhud serta para ahli keluarga Baginda SAWW di Jannatul Baqi' juga menerima nasib malang apabila diruntuhkan sekitar 200tahun dahulu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.Seruan saya, sama-samalah kita menyelidiki lebih lanjut akan sejarah berkaitan waris keturunan suci Rasulullah SAWW dan ahlul bait baginda kerana merekalah sebenar-benarnya yang berhak mewarisi kesucian kurniaan Allah SWT dan bakal menjadi penyelamat kita di akhirat kelak berkat syafaat Baginda SAWW, insya-Allah.

  6. BeaN MorENo says:

    >Eryati – al-fatihah

  7. BeaN MorENo says:

    >phreak id – penjaga kaabah bro dah tentulah…tapi itu semua kuasa tuhan

  8. BeaN MorENo says:

    >Lovely – haah…sayapun baru tau

  9. BeaN MorENo says:

    >JMR – wc samalah dengan aku…

  10. BeaN MorENo says:

    >non tipikal – hm bagi saya cukuplah saya tau apa yang tersurat dan yang tersirat tu hanya Allah yang menentukan…Sekiranya Arwah tak menjalankan tugas dengan betul itu dosa arwah dan Allah kita sebagai manusia biasa tak boleh buat apa2.Even sebesar manapun dosa dia tak salah kita sedekah al-fatiha sebab dia pun makhluk Allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s