>MAHER ZAIN BERDAKWAH CARA STYLO

>

MAHER ZAIN BERDAKWAH CARA STYLO

Assalamualaikum…

Sebelum saya start entri ni saya nak tanya pendapat korang.Apa pendapat korang tentang cara seseorang itu berdakwah selain daripada ceramah dan juga nasyid?Yelah kalau ditanya pada yang cetek pemikiran diorang hanya dapat berfikir bahawa berdakwah itu hanya boleh dilakukan bila berceramah agama ataupun ianya disampaikan secara menyanyi nasyid.



Ok persoalan yang kedua apa pulak pendapat korang pasal pendekatan Maher Zain dalam berdakwah?Korang kenal tak siapa Maher Zain?Kalau tak silap Maher zain ni berasal dari Lubnan dan dibesarkan di Sweeden (kalau saya silap sila betulkan sebab takut ramai pulak fan Maher Zain mengamuk kalau salah info).Actually saya dengar nama dia dah lama dan ada jugak terbaca pasal dia kat blog orang lain.Tiba-tiba tadi masa saya nak pergi checkup saya terdengar lagu dia.Serius memang best dan menyentuh jiwa keras saya.


Bagi saya Maher Zain berjaya dalam usaha dakwah dia sebab ni adalah cara berdakwah yang mungkin berkesan sebab ia mengikut peredaran zaman.Dengan tertulisnya ayat tadi maka mungkin akan timbul persoalan bolehkah berdakwah dengan lagu?So kalau tanya saya yang mungkin sedikit jahil ni saya akan cakap boleh sebab Allah tak mengharamkan hiburan melainkan ia melalaikan.So lagu-lagu Maher Zain takde pulak yang menyuruh kita berdua-duaan dalam hotel semua mengingatkan kita kepada ALLAH.Tak percaya jom layan lagu ni :

Maher Zain – Thank You Allah
Komen Bean Moreno :
* Lirik lagu ni amat menyentuh jiwa yang paling best ialah lirik dia memang mudah kita nak faham tak macam lagu Beyonce yang memang kadang-kadang kita garu kepala untuk fahamkan.
* Kalau nak cerita pasal irama dan juga suara dia memang saya akan tunjuk ibu jari ke atas untuk Maher Zain.Suara dia memang kalau masuk AF memang tenaga pengajarpun tercengang.hak3.
* Kalau kita dengar lagu ni betul-betul memang kita akan rasa tenang je.
p/s :
* Serius dah lama saya tak layan lagu-lagu berbentuk keagamaan ni.Maher Zain dah berjaya buka pintu hati saya ke?hak3…

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Berdakwah RnB, Download Maher Zain Thank You Allah, Maher Zain. Bookmark the permalink.

12 Responses to >MAHER ZAIN BERDAKWAH CARA STYLO

  1. Sakira says:

    >You should listen to Awaken, Open Your Eyes & Hold My Hand. Real nice ones, with very deep meaning. Of course all the other songs are also oh so great.And yeah, I agree. There is possibilities to berdakwah through songs🙂

  2. J.M.R says:

    >awek ak kasi album mher zain ni thn lps lg, tp ak wat dek je. thn ni tup2 meletup kt mesia, terus ak suka..hehehe..love The rest of my live

  3. Bb Hussain says:

    >betul tu bean..mmg sedap..Bb kembali dengar lagu2 agama ni start dr maher zain mid june aritu..terus sangkut la..

  4. BeaN MorENo says:

    >Sakira – ya really great…I am starting to love his song

  5. BeaN MorENo says:

    >JMR – best la dapat free…aku tgh nak download ni…haha

  6. BeaN MorENo says:

    >BB Hussain – hehe betul tu…saya jarang nak dengar kagu nasyid ni…tapi Maher dah berjaya buka hati keras saya

  7. phreak id says:

    >Yesssssza.. Aku setuju bro.. Sambil kita menghayati melodi, kita menghayati liriknya, dan kita cuba memahami apa yang disampaikan.. Insyaallah.. >>My Latest Entry<<Akhirnya Keputusan Pilihanraya DUN Galas dan Batu Sapi !!Siapa Yang Ajar Dia Bahasa Melayu Ni?Header Untuk Blog : Flash VS GIF (Sila Bagi Komen atau Cadangan)

  8. >lagu yang berkonsepkan ketuhanan memang bagus untuk dihayati lirik2 kata-katanya…

  9. >akhirnya bean dah pulang ke pangkal jalan , hahaha

  10. BeaN MorENo says:

    >phreak id – hm…aku jarang nak layan lagu2 nasyid macam UNIC ke apa2 lah…

  11. BeaN MorENo says:

    >hazman – memang bagus tapi kadang-kadang kalau lagu itu dibuat hanya untuk keuntungan maka kita takkan rasa apa dakwah yang hendak disampaikan

  12. BeaN MorENo says:

    >aus – ko khaled zian lain…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s