>ANAK YATIM ITU BUKAN SALESMAN MAHUPUN APEK JUAL DVD

>

ANAK YATIM ITU BUKAN SALESMAN MAHUPUN APEK JUAL DVD

Hye guys,selamat malam dan menanti masa untuk tamatkan hari Khamis.Baru balik dari Gulam Mee makan bersama aiensepet sebab dia demam tak larat masak.Masa saya makan kat Gulam Mee tadi saya terlihat dan teringat satu senario yang memang saya nak share dah lama tapi mungkin disebabkan kesibukan melanda maka saya terlupa (ayat coverline paling cemerlang).

Ok saya nak tanya apa pendapat korang bila nampak anak yatim berlegar ditempak makan dan di stesen minyak menjual barang?Kalau kita tengok yang menjual barang itu pulak umurnya dalam lingkungan 13 – 17 tahun.Dan bila kita tengok jam tangan kita waktu diorang berlegar-legar kat tempat ialah waktu sepatutnya mereka pergi belajar.Atau ada juga time-time pukul 9 atau 10 malam dan sepatutnya masa macam tu diorang kena tidur untuk pergi sekolah esok pagi.

Kalai kita tengok orang buta mintak sedekah mungkin kita akan cakap dia mesti under satu sindiket ataupun berpura-pura.Tapi kalau kita nampak anak yatim malam-malam berjalan jual CD agama kat tempat makan apa pulak kita fikirkan.Mesti ada yang bertanya macam mana saya tau itu anak yatim?Jawapannya diorang pakai baju Persatuan Usahawan Anak-anak Yatim.Takkan diorang ni anak Pakcik Yatim bin Salimin pulak kan.

Apa yang saya nak sampaikan ialah kenapa anak yatim dijadikan alat untuk berniaga?Kalau betullah itu persatuan usahawan kenapa persatuan tu tak berniaga dengan cara yang betul.Contohnya sewa booth kat pameran then berniaga ataupun bukak satu satu koperasi untuk jual barang-barang diorang lepas tu duit perniagaan disalurkan pada persatuan anak yatim.Kadang-kadang saya rasa kesian bila tengok adik-adik berjalan dari meja ke meja pada waktu yang tak sepatutnya.Ye memang ada yang buat dengan ikhlas tapi kita dah ganggu saluran masa adik-adik tu.

Saya tak marah kalau diorang datang menjual just tetiuba terasa sedih pulak dan terasa macam  mereka dipergunakan kerana kekurangan.Cuba kalau diorang tu ada emak bapak dan masuk Kelab Usahawan muda.Adakah diorang akan diperlakukan macam ni jugak?Jawapannya semestinya tidak atau orang putih kata Hell NO!So tolonglah fikirkan masa depan dan persaan mereka ye…Ingatlah Anak Yatim Itu Bukan Salesman Mahupun Apek Jual DVD!

p/s :

* Alamak membebel plak malam-malam ni

* Teringat dulu masa sekolah & join pengakap.Saya kena marah dengan mama sebab pergi rumah ke rumah mintak derma untuk tabung pengakap.Akhirnya mama bagi saya duit then saya dapat badge.

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Anak Yatim Dipergunakan, Anak Yatim Itu Bukan Salesman Mahupun Apek Jual DVD, APalah Nasib Si Anak Yatim, Culture. Bookmark the permalink.

7 Responses to >ANAK YATIM ITU BUKAN SALESMAN MAHUPUN APEK JUAL DVD

  1. J.M.R says:

    >btol tu bro..aku pon terpikir yang diorg ni hanyalah digunakan utk kepentingan pihak lain..mesti upah mereka tak berbaloi dgn penat lelal mereka..

  2. BeaN MorENo says:

    >JMR – yes correct…itu point dia…haha

  3. phreak id says:

    >Tapi tu la. aku lagi rasa kesian dan nak sedekah kat budak-budak dari sedekah dekat orang buta yang dibawa meja ke meja oleh orang lain yang tak buta.. (entah betul buta ke tak entah)>>My Latest Entry<<Tragedi HospitalAyat-Ayat Terbaru Blog NameweeBerhati-hati lah Wahai Pemandu Wanita

  4. redfingger says:

    >aku setuju…Ramai sgt da skrg nie, pnh aku jumpa time mkn kat kedai, n bila aku nak balik, aku nampak sorang mamat jumpa budak 2 n budak tu bg duit kat dia..so how??x mcm haram plak kan manipulasi budak2…ape nak jadi skrg nie….

  5. Anonymous says:

    >Hey, something is wrong with your site in Opera, you should check into it.

  6. BeaN MorENo says:

    >Phreak ID – hm betul jugak sebab kadang-kadang buat kita was2

  7. BeaN MorENo says:

    >redfinbgger – ntah la bob…dipergunakan oleh syaitan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s