>SAYA ITU HORMAT DAN AKU ITU IKHLAS.JADI TIADA PERTIKAIAN!

>

SAYA ITU HORMAT DAN AKU ITU IKHLAS.JADI TIADA PERTIKAIAN!



Selamat malam ye.Korang dah vote ke blom?Kalau blom sila vote ye sebab saja nak buat pembaharuan dan tengok feedback readers.Malam ni nak buka topik yang berlegar dalam pemikiran segelintir blogger yang suka mempertikaikan blogger-blogger hingusan seperti saya (sebab tengah selsema ni).Buat apa semua tak betul umpamanya blog dia je yang terhebat di alam semesta (ni mesti kuat makan honey stars).

Pernah tak korang terfikir sesuai ke kata ganti diri yang korang guna.Apa?Tak tau kata ganti diri tu apa?BM PMR dapat berapa dik?Kata ganti tu macam saya, aku, ada jugak yang manja bahasakan diri ‘ai’ dan ada jugak blogger romantis bahasakan diri dia sebagai nama dia.Bagi korang kata nama apa yan sesuai.Tapi ada persoalan yang timbul bila ada statement keluar macam ni :

“Mat ko tak payah hipokrit bole?Kat blog ko tulis bahasakan diri saya…Tapi realiti ko takdelah sebaik tu…kau aku jugak akhirnya…”

Sekarang ni benda nipun boleh jadi hal.Actually ini semua common sense je dan tak perlu IQ setinggi 180 untuk mentafsir benda remeh ni.Kalau bagi sesetengah orang jalan senang nak menjawab ialah “blog aku,aku punya sukalah”.Oklah nak cerita sikit kenapa saya guna kata nama saya dalam blogging.Sebab pertama ialah memang saya dah terbiasa bahasakan diri sebagai ‘saya’ pada orang yang saya tak kenal.Yang kedua ialah sebagai tanda hormat saya pada readers saya sebab tak semua readers saya umur sebaya saya iaitu forever 21.

Adakah menjadi kesalahan kalau korang guna kan kata ganti ‘aku’?Saya takde pulak cakap salah.Takde pulak nuffnang bagi syarat nak dapat buffered tak boleh letak ‘aku’.Bagi saya ‘aku’ adalah perkataan yang lebih santai dan syok tapi kene padan dengan ayat beb.’Aku’ juga menampakkan keikhlasan kita bercerita.Kadang-kadang ‘aku’ boleh menyebabkan ayat tu jadi kurang ajar.So kalau korang guna ‘aku’ maka pastikanlah ayat korang tersusun rapi so takdelah buat readers korang terasa yang korang ni kaki pow bus stand Melaka.hak3…Dengan penerangan ni adakah saya ni seorang hipokrit dalam kehidupan?tu persepsi orang lah kan saya tak boleh nak ubah tapi apa yang penting saya dah bagi tau alasan kukuh kenapa saya buat macam tu dan kat dunia luar ‘aku’ menjadi kata ganti.So faham-faham dah la ye….

Kesimpulannya TIADA PERTIKAIAN OK!! (Saya tak marah ye)

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Hormat dan Ikhlas, Kata Ganti Nama, Nak panggil apa eyh?Blogging, tips blogging. Bookmark the permalink.

26 Responses to >SAYA ITU HORMAT DAN AKU ITU IKHLAS.JADI TIADA PERTIKAIAN!

  1. Affan Ruslan says:

    >ERk, pun pnh jadi isu ke?Kalau dalam blog memang tulis saya.Tapi kalau komen, tgk tmpt. Kalau blog tu org yg lebih tua macam blog kujie2.com, bahasakan diri saya, takpun kalau blog perempuan (kadang2).Kalau blog lain2, guna "aku" jugak.Lol. Ada ke org cakap ko hipokrit bro kalau guna "saya", tapi kat luar guna "aku". Common sense kot, jarang lelaki cakap ngn mmber guna saya. hehe

  2. Cik Norfa says:

    >terus lidah aku jadi baku sebut perkataan 'saya' tu..hahaha…dah ko macam mentionkan kata ganti diri…aku pun mcm fokus kepada 'saya' dan 'aku'…arggh~~!! ape aku merepek ni.

  3. >Erm, pernah gak aku terfikir pasal nih. cam cacamerba blog aku kejap aku, saya, I, Pojie.. Tp mostly aku guna Pojie la sebab lebih manja.. Wahhh, tp bukan romantik ek.. Huhu.. Cuma dah biasa selalunya cakap kau aku jerr klo jmpa, tp depends dgn org gak la :)Love,PojiePooh Abdullah

  4. BeaN MorENo says:

    >affan – haha ada je pertikaian berlaku…tu yang keluar penjelasan tu…haha..tapi takpelah dah adat blogging macam ni…

  5. BeaN MorENo says:

    >cik norfa – haha..siot ko…

  6. BeaN MorENo says:

    >poojie – haha..manja eyh…

  7. >pada aku penggunaan aku jdkan aku lebih mesra dgn kwn2 =)

  8. eykameow says:

    >aku ikut mood aku je nak tulis. kata ganti nama tu bg aku mmg penting….tp tengok cara macam mana kau nak cerita lah…kalau tu pun dia nak pertikai kan susah ah. suruh jgn jd stalker macam tu. HAHAHA

  9. Anna Boleyn says:

    >kalau hana plak..emm ikut emosi lah. kalau marah br guna aku. klu nk hormat org lain saya. nak mood happy hana guna 'den' (orang nogori)

  10. Kyuubi says:

    >jd isu gak ke? dulu prnh gak ada org tegur wa, tp itu pasal tak konsisten , kdg guna aku kdg pla guna sy. so last2 guna aku je dlm blog. nak komen pun lantak lah…jnji ikhlas.. :)dlm realiti, wa guna saya, dlm blog guna aku. lebih selesa

  11. Che Armster says:

    >aku guna "aku" sebab aku bajet awet muda :">

  12. Kujie says:

    >dah biasa guna 'saya'tapi balas komen pengunjung guna 'kak jie' rasa direct bercakap dgn diatapi buat entri – bercakap secara umum.org yg rajin pertikai2 hal mcm ni, dia tak de idea nk update blog…so, dia jadikan ini isu nak update bloghehe…. :p

  13. >takpe bean , jangan risau ,puan hamizah ada ajar aku dlu ,kata ganti diri ada 3 ,kata ganti diri pertama , kedua dan ketiga . semua nye kalau guna jadi betul , haha

  14. darkbatman says:

    >bende cmne kdg2 jd mslh jugak kan.. tp slg kita rs selesa, no nal bro.. jgn amek hati ape org ckp.. hipokrit ke ape janji kita xsktkan hati sape2..ahhaa

  15. BeaN MorENo says:

    >eyka meow – abis dengan aku ko guna apa?haha

  16. BeaN MorENo says:

    >anne boleyn – anne pernah ke guna aku?tak pernah nampak pun

  17. BeaN MorENo says:

    >kyuubi – jadi isu bro…haha…mungkin aku nampak baik kot dengan perkataan saya

  18. BeaN MorENo says:

    >che armster – kalau awet muda guna gua bro…haha

  19. BeaN MorENo says:

    >kujie – tulah kak jie…samalah dengan saya…tapi kalau dengan orang lebih tua memang saya akan guna saya…haha

  20. BeaN MorENo says:

    >aus – ko memang pakar bahasa…haha kalau mak aku guru pakar BM

  21. BeaN MorENo says:

    >darkbatman – haha kita tak hipokrit tapi konkrit.haha

  22. MyraLove =) says:

    >'aku' lebih mesra kot kalau untuk entry..macam kita sembang dgn kawan2 kita.tp kalo nak komen tu ikut kesesuaian gak..kalo nuffng wat syart camtu..jenuh la..=)

  23. BeaN MorENo says:

    >MyraLOVE – depends jugak…kalau entri emo tetiba ayat nak marah2 guna aku nampak cam nak bergaduh pulak

  24. sumpit says:

    >emmm untuk kesopanan dan kesusilaan gunalah bahasa yang sopan. Tapi terpulangla pasa si penulisnya nak guna kata ganti nama apa yang sesuai. lain padang kan lain belalang…JEMPUT BACA DI BLOG SAYAjom kemaskini email yahoo….. dengan fb filter

  25. BeaN MorENo says:

    >sumpit – yes betul2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s