>SIAPA KATA AIR YANG DICINCANG TAK AKAN PUTUS

>SIAPA KATA AIR YANG DICINCANG TAK AKAN PUTUS?




Rasa-rasa korang tau tak apa maksud pepatah kat atas ni?Kalau tak silap lah maksud dia walau apapun yang terjadi tak mungkin kita dapat putuskan hubungan kekeluargaan terutama sekali hubungan keluarga kandung.Releven ke lagi pepatah kat atas ni dalam kehidupan kita?Masihkah kita guna pakai pepatah ni dalam kehidupan.

Kalau tanya saya,jawapannya ialah tak semua dari kita yang akan guna pepatah ni.Sebab hubungan antara adik beradik ataupun anak beranak hanya akan wujud jika ada perkataan harta.Kita tengok sekarang adik beradik sanggup bergaduh pasa berebut harta mak bapak.Yang paling trajik anak sanggup tetapkan tarikh mati bapak untuk ambil harta.Zalim kan pemikiran kita walaupun kita tak duduk dalam zaman pemerintahan FIRAUN.Untuk bukti jom kita usha dua cerita ni :

KUALA LUMPUR: Seorang anak yang mabuk sanggup bertindak luar batasan apabila mendukung dan cuba mencampakkan ibu kandungnya sendiri dari tingkat 14, sebuah flat di sini, selepas tiba-tiba naik berang mendengar syarahan ibunya agar bertaubat, malam kelmarin.Bagaimanapun, wanita berusia 47 tahun dan bekerja sebagai pekerja pembersihan itu terselamat daripada maut apabila sempat meronta dan melarikan diri sebelum membuat laporan polis selepas tidak tahan dengan sikap liar anak lelakinya yang berusia 22 tahun itu. Sumber Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berkata, kejadian berlaku jam 8.30 malam apabila suspek dalam keadaan mabuk pulang ke rumah ibunya di Flat Sri Sarawak, Jalan Kenanga, Cheras.

nak baca lebih sila pergi Harian Metro Online atau beli surat khabar

Ni kes latest punya.Pasal suruh stop mabuk pun sanggup nak bunuh mak.Sayapun jadi tak faham lah dengan corak pemikiran manusia sekarang ni.Ok nak tengok lagi contoh layan yang ni pulak :

KUANTAN: Seorang remaja lelaki terbunuh akibat tertusuk serpihan kaca tingkap dipercayai diacu kakaknya selepas berlaku pertengkaran disebabkan mangsa berebut alat kawalan jauh televisyen dengan adik bongsu di rumah mereka di Balok Baru, di sini, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Muhammad Naili Nafis Zakaria, 14, bekas pelajar sebuah sekolah tahfiz di bandar ini, meninggal dunia kerana parah di pangkal paha kanan akibat terkena serpihan kaca tingkap yang dipercayai diacu kakaknya berusia 16 tahun. Mangsa dilaporkan meninggal dunia jam 5.40 petang di Klinik Kesihatan Balok, di sini, selepas lebih sejam bertarung nyawa akibat kehilangan banyak darah disebabkan kecederaan teruk.

 nak lebih baca Harian Metro Online atau beli akhbar


Kalau tadi pasal cubaan untuk bunuh mak yang ni pulak pasal kematian adik beradik.Oklah kita ambil contoh simple je kalau pasal harta mak bapak yang berjuta-juta nilainya kita berbunuhan itu mungkin jugak berpatutan harganya walaupun sebenarnya tak patut.Ni pasal channel TV pun boleh bunuh-bunuh apa kes pulak?

Komen Bean Moreno :

* Bagi saya lah kan tak mungkin benda-benda macam ni jadi sebab kurang didikan agama.Mana ada mak bapak dia nak anak dia jadi penagih even dia sendiri penagih.Betul tak?

* Manusia sekarang makin maju teknologi makin sempit pemikiran.Makin canggih peralatan makin ramai yang sakit mental.Adakah telefon bimbit menjadi sebab utama?

* Tak semestinya kalau mak bapak dah bagi didikan agama anak takkan terpesong.Ramai je budak sekolah agama yang murtad.So nak salahkan siapa?

* Kalau nak salahkan kawan-kawanpun  tak boleh jugak.Sebab bagi saya kejahatan seseorang tu adalah didorong oleh perasaan diri sendiri.Kalau tanpa kawanpun kalau kita nak cuba sesuatu maka kita akan buat juga.

Actually benda ni dah lama berlaku dan kalau nak diikutkan masa zaman Nabi Adampun dah wujud pembunuhan adik beradik.Tapi sekarang ni makin ketara pulak.Sepatutnya semakin moden zaman semakin bijak kita berfikir.Kalau bab membunuh orang kaya memang dah biasa dah tapi sayangilah keluarga anda sebelum anda menyayangi kekasih. hak3..Persoalannya sekarang ialah :

Apakah hubungan kekeluargaan itu sudah tidak wujud lagi dalam masyarakat majmuk kita?
Apa kata kita layan lagu ni,Manalah tau boleh buat kita sayang family kita :

KRU – KITA BERSAUDARA [DOWNLOAD HERE

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in bersaudara, Download OST Magik, Familya, KRU, OST Magika, Pepatah, Siapa Kata Air Yang Dicincang Tak Akan Putus?. Bookmark the permalink.

20 Responses to >SIAPA KATA AIR YANG DICINCANG TAK AKAN PUTUS

  1. Anonymous says:

    >I agree with most of your points, but a few need to be discussed further, I will hold a small talk with my partners and perhaps I will ask you some suggestion shortly.- Henry

  2. Bb Hussain says:

    >suka lagu kru itu..tapi point yg bean cakap tu benar..lagi2 yg pertama..kurang didikan agama..

  3. BeaN MorENo says:

    >annon – thanks…

  4. BeaN MorENo says:

    >BB hussain – hm…hasil pemerhatian

  5. MummyMyra says:

    >i pon ada entry bertajuk..air di cincang takkan putus..tak leh pakai dah statement ni..kenapa??leh gak baca entry i tu heheh=azie fauzi=

  6. penaberkala says:

    >"kejahatan seseorang tu adalah didorong oleh perasaan diri sendiri"sgt setuju dgn pernyataan nislalunya, mak bapak alim pun anak-anak ada yg terukada jugak mak bapak teruk, tapi anak-anak berpekerti muliasbb tuh, klu jumpa org prangai teruk, x boleh nk salahkan mak bapak spenuhnya. begitu jugak sebaliknya!iman tak dapat diwarisinice entri utk difikirkan bersama

  7. Liza says:

    >kehidupan sekarang sgt berbeza dari dahulu, nila hidup dan pegangan agama pun makin longgar…

  8. BeaN MorENo says:

    >mummymyra – hehe sat lagi i baca nah…

  9. BeaN MorENo says:

    >penaberkala – yes tepat sekali…Iman memang tak dapat diwarisi

  10. BeaN MorENo says:

    >Liza – bila agama makin jauh hati makin gelap

  11. iddinm says:

    >betul tu bean..apa pun kata peribahasa semuanya bergantung kepada diri kita sendiri…kadang tak sepadan dengan ungkapan itu kerana perkara sebaliknya yang berlaku

  12. z says:

    >Mungkin kita kena kembali lihat pada diri kita pulak…ada kurang atau terlepas pandang yang menyebabkan berlaku sesuatu kejadian?ALLAH maha Mengetahui…anyway,nice entry🙂

  13. eykameow says:

    >aku setuju ape yg kau ckp weh. pucuk pakal diri kita sendiri. semua dari hati kita. tabik ah kat lu bro🙂

  14. phreak id says:

    >Dulu aku gaduh ngan adik beradik main tampar-tampar je. Budak sekarang gaduh adik beradik main tikam-tikam.. Dulu kalau aku marah ngan mak aku sebab bebel kat aku, aku merajuk taknak makan, Budak sekarang main campak-campak ke bawah mak dia.. >>My Latest Entry<<Berhati-hati lah Wahai Pemandu WanitaUpacara Pembunuhan Calderon Dolphin di Denmark (18SG)Monday Blues? Muka Ketat?

  15. BeaN MorENo says:

    >iddinm – hm selalunya kalau kita sendiri nak jadi jahat tak perlu pendorong

  16. BeaN MorENo says:

    >z – yups memang betul…

  17. BeaN MorENo says:

    >eyka – wah cik eyka kita komen…memanglah ikut ku diriku…

  18. BeaN MorENo says:

    >phreak – sekarang takde lagi sikap hormat

  19. Ustaz Love says:

    >Salam..itu air yg dah jadi air batu.. ketuk sikit dah berderai..hati dah keras mcm batu.. kepala pun jd sekeras batu… org nasihat baik2 ditanduk plak.. hehe

  20. BeaN MorENo says:

    >Ustaz Love – betul3 setuju mungkin air kat kutub utara kot!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s