>APA BESTNYA TARIKH CANTIK?

>

APA BESTNYA TARIKH CANTIK?



Salam semua,masih lagi menulis walaupun badan still penat sebab layan konsert Paramore semalam.Bagi yang tunggu review saya pasal Paramore sila tunggu sat nah.Gambar belum edit dan videopun masih berada dalam kamera lagi.So peminat-peminat Paramore yang tak dapat pergi konsert semalam sila bersabar ye.Malam ni saya akan upload.

Ok jom share apa yang korang fikir pasal tarikh cantik.Macam tahun ni ada dua tarikh cantik iaitu 10.10.10 dan hari ni 20102010.Unik tak?Orang kata 10.10.10 itu perfect 10.Betul ke?Apa yang korang fikir bila berdepan dengan tarikh ni?Mula-mula ada rasa sikit peliklah kenapa ramai orang yang kahwin 10.10.10.Berebut orang pilih tarikh ni untuk buat kenduri kahwin sampaikan ada yang berparang saudara mara nakkan anak diorang kahwin tarikh ni.Ada pulak yang putus kawan just nakkan tarikh ni.Bagi saya kahwin or buat apa-apa tak kisah tarikh apa pun no hal.

Tapi bila dikaji balik ada beberapa faktor yang buat orang sanggup berperang sebab tarikh ni :

1) Sebagai tanda yang unik
2) Senang nak ingat (abis tarikh lain susah ke nak ingat?)

Mungkin ni je kot ke ada lagi?Sayapun tak tau kalau nak tau kenapa sila tanya empunya badan.Kalau diam tandanya setuju (uhuk…).Mesti ramai yang cakap kenapalah 20102010 tak jatuh hari ahad…Yelah kalau jatuh hari ahad takdelah berebut tarikh nak buat kenduri…Kalau ditanya saya apa-apa tarikhpun sama je dan bagi saya yang penting bukanlah tarikh tapi orang boleh datang ke tak.Kalau tarikh cantik tapi clash dengan aktiviti orang yang dijemputpun tak best jugak tarikh tu.

p/s:

* Apa pendapat korang tentang Tarikh Cantik ni?
* Ataupun mereka pilih tarikh ni sebab nak sama macam celebriti…
* Al fatihah bagi keluarga penumpang yang terlibat dalam kemalangan 10.10.10

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Apa Bestnya Tarikh Cantik, Perfect Ten, Tarikh Cantik. Bookmark the permalink.

15 Responses to >APA BESTNYA TARIKH CANTIK?

  1. MR Bang Miji says:

    >perghh.tngk konsert paramore..suke lagu only exception jer..hehe..arini 20102010..hehe

  2. cik helena says:

    >saya nak tunang 20112011 takpon kawen terus..ok tak??wakakaka

  3. phreak id says:

    >Langsung tak best.. mengarut.. lol>>My Latest Entry<<Kisah Tisu

  4. penaberkala says:

    >tiada yg best melainkan unik-mudah nk igt-sekali seumur hidup, tiada yg kedua kalinyaapepun, mmg lawa tgk tarikh2 mcm nilbh2 lg kalau dpt memaknakannya

  5. Liza says:

    >tarikh cantik nie senang nak ingat kot

  6. Matjoe says:

    >xde beza cantik ke tak tarikh,

  7. Puan Capa says:

    >saya nak dpt menantu 20112011..haha

  8. +akufobia+ says:

    >diorang memang pelik.hee.

  9. BeaN MorENo says:

    >bang Miji – haha rezeki orang kata

  10. BeaN MorENo says:

    >cikhel – bagus2…jgn lupa jemput ye

  11. BeaN MorENo says:

    >phreak ID – hm…ye ke?

  12. BeaN MorENo says:

    >penaberkala – mungkin diorang pelupa kot

  13. BeaN MorENo says:

    >Liza – cantik kalau orang tak datang tak best jugak

  14. BeaN MorENo says:

    >mat joe – aku setuju

  15. BeaN MorENo says:

    >aku fobia – pelik macam lady gaga tak?

Leave a reply to BeaN MorENo Cancel reply