>PATUTKAH KITA PROTEST DAN BOIKOT?

>

PATUTKAH KITA PROTEST DAN BOIKOT?



Salam guys,semalam dah siap panjang-panjang taip entry pasal gaya elite tetiba saya tertekan Ctrl + A dan DEL.Ntah tak tau kenapa rasa macam kureng skit dengan entri tu.Ada orang cakap blog ni nak jadi macam kick da fella,owh mintak maaf saya takde niat nak jadi dia sebab bagi saya dia terlalu hebat.Saya takde masuk bab politik saya cuma ketengahkan isu dan pendapat je.

Kali ni jom kita berfikir patutkah kita protest dan boikot?Korang agak-agaklah kan berbaloi ke kita protest dan boikot hanya untuk menunjukkan bantahan?Hanya nak tunjuk yang kita ni memang tak puas hati…Dulu kita sibuk nak boikot barangan Israel sebab tindas Palestin.Semua orang pakat tak nak minum Starbucks pastu semua orang boikot tak nak pakai Renoma (ada ke?).Ok lah kita just fikir simple je kan,satu je sebab kenapa saya kata yang boikot ni sia-sia je.Bila kita boikot barangan diorang,Isreal tak de hal punya sebab beratus negara lagi guna produk diorang tapi dengan boikot barangan diorang kita melumpuhkan ekonomi kita sendiri beb.Siapa yang kena buang kerja bila company tu rugi?Orang kita jugak…Apa akan jadi pada kita bila ekonomi Malaysia jatuh?Jadi la pelarian beb…So fikirkanlah ye.Diorang dah pancing lama benda ni kita yang tak sedar.


Lepas tu last week kecoh nak buat protest konsert Adam Lambert.Alasan sokong golongan gay!Pergh tak masuk akal langsung lah.Sibuk nak boikot artist luar padahal dalam Malaysia sendiri berlambak artis gay!Apasal tak ‘ban’ diorang?Benda ni simple je biarlah dia gay korang jugak cakap bakat tak mengikut rupakan.So dia gay itu lifestyle dia,biarlah dia buat concert bukan dia buat ceramah ajak orang jadi gay pun kan.Korang sibuk protest dan menunjukkan korang tu betul-betul tak open minded.Kalau macam tu jangan bagi artis luar jual album kat dalam Malaysia.Dan kat Malaysia ni dengar Raihan je baru betul.Tak salah kita nak perjuangkan Islam tapi janganlah kita tunjuk yang Islam tu lemah.


Saya actually bukanlah seorang yang menyokong Israel mahupun peminat Adam Lambert.Tapi kita kena fikir apa akibatnya bila kita buat benda-benda ni.Kalau nak ikutkan saya ni manusia biasa just meluahkan apa yang saya rasa dan nampak.


p/s :


* Persoalannya sekarang…Patutkah Kita Protest & Boikot?
* Pejuangan tak semestinya dengan kekerasan dan syahid itu tak semestinya dengan berperang…

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Adam Lambert Concert In Malaysia, Boikot, Protest. Bookmark the permalink.

9 Responses to >PATUTKAH KITA PROTEST DAN BOIKOT?

  1. pN.rOs says:

    >kawan…ada perkara yang kita perlu boikotantaranya: bila kita tahu sahnya haram sesuatu makanntu (cri sendiri ya)tapi kalau pasal nak buat demostrasi ala2 geng indon tu saya rasa jangan jadi BODOH la kawan2

  2. BeaN MorENo says:

    >pN.rOs – hehe…isu halal haram tak boleh buat main kak perlu boikot ni hal remeh2

  3. >revolusi yang berkesan bermula dengan persatuan yang kukuh dan tahu cara mana nak menggulingkan ahli2 kapitalism…secara boikot itu adalah cara yang lemah-lenin

  4. Eyriqazz says:

    >tepuk dada tanya selera..pilihla saluran yang betul…

  5. phreak id says:

    >jangan bangsa kita jadi macam bangsa jiran sebelah sudey. Demonstrasi pun dah jadi satu pekerjaan untuk diaorang.. Nota kaki : boikot tak semestinya perlu berkumpul ramai-ramai dan buat kecoh.. phreak-id : tak minat hal yang remeh melainkan bangsa dah agamaku dipermainkan.>>My Latest Entry<<Kisah Tisu

  6. phreak id says:

    >eh.. terserius plak.. Lari! Lari.. >>My Latest Entry<<Kisah Tisu

  7. BeaN MorENo says:

    >hentakberlipat – fulamak!gua caya sama lu bro!

  8. BeaN MorENo says:

    >Eyriqazz – tapi ramai yang salah sluran

  9. BeaN MorENo says:

    >phreak ID – ahaha ko emo lebih kawan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s