>MANA ADILNYA KEHAKIMAN NEGARA!

>

MANA ADILNYA KEHAKIMAN NEGARA!


Salam guys selamat hari ahad.Memang panas cuaca hari ni.Berpeluh-peluh badan saya ni ha!Oklah actually dah lama saya nak voice out benda ni tapi terasa macam takut.Yelah saya ni siapa nak pertikai kan isu ni tapi lepas beberapa kejadian yang dah terjadi maka saya rasa saya layak untuk ‘voice out’ isu ni sebab sayapun ada kad pengenalan apa…hak3…Abis menteri-menteri je ke yang mampu ‘voice out’.Ni kan Negara Demokrasi Terpimpin.

Persoalannya ialah Mana Adilnya Kehakiman Negara?Ces bagi saya kehakiman negara memang tak adil.Dari dulu sampai sekarang apa yang diorang hakimi tak pernah jatuh tepat pada pesalah.Dan bagi diri saya yang takde nama dalam kerajaan Malaysia ni undang-undang memang tak fair langsung.Kenapa saya cakap macam ni?Kita lihat senario ni :

Kes Pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya

Korang rasa patut tak diorang kene hukum 7 tahun penjara?Apa 7 tahun je bai!Nak jadi apa kesalahan besar mampus tapi kene hukum 7 tahun je.Ingat bunuh orang ni kesalahan kecil ke?Hukuman yang diorang dapat sama macam hukuman budak sekolah curi choki-choki je.Tak sepadan langsung.Mungkin akan ada mulut yang bercakap bukan diorang yang nak bunuh kena upah je.Tak kisahlah kena upah ke janji diorang yang bunuh dan sepatutnya hukuman yang patut diorang dapat ialah paling kurang pun penjara seumur hidup.Kalau macam ni lah hukuman untuk pembunuh memang ramai lagi pembunuh kat luar sana yang akan terus membunuh!

Kes Kemalangan Ngeri Bas Delima

Apa hukuman yang Syarikat bas delima kena?Lesen syarikat digantung.Yang ni mungkin munasabah lah hukuman dia tapi korang rasa tokey dia akan berhenti takat sini je ke?Yang digantung ialah lesen syarikat tapi pemilik dia tetap boleh buat syarikat baru kan.Dan keadaan akan berulang lagi lepas buka syarikat baru.Amik pemandu bas yang tak bertanggungjawab then excident lagi.Ingat dengan bagi pampasan pada setiap ahli keluarga boleh settle kes ke?Ni dah kira menyamakan nyawa dengan duit!Kalau macam tu senanglah kan buat salah lepas tu tabur duit masalah selesai!


Komen Bean Moreno :


* Saya terasa ada orang-orang tertentu yang memanipulasi undang-undang.
* Hukuman berat hanya akan terkena bagi golongan bawahan yang tak mampu untuk melawan.
* Undang-undang semakin tidak adil dan boleh dibeli dengan wang!
* Kita memerlukan Judge Dred untuk menyelesaikan masalah.


p/s :
* Apakah Negara Ini Mempunyai Sistem Perundangan Yang Adil?
* Harap-harap gua tak kena saman or ISA dengan entri ni sebab ni luahan hati je dan luahan ni sama dengan rata-rata pemikiran rakyat Malaysia.

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Isu, Judge Dred, Kemalangan Ngeri 10.10.2010, Kes Bunuh Dato Sosilawati Lawiya, Mana Adilnya Kehakiman Negara. Bookmark the permalink.

18 Responses to >MANA ADILNYA KEHAKIMAN NEGARA!

  1. zaryl says:

    >judge dred? mungkin perlu kot err…

  2. suzzsuzie says:

    >dorg rasa dah cukup adillah tu..setakat hapuskan bukti..bakar pas tu buang…sama je kot hukuman dengan orang miskin yang curi susu tepung setin sebab nak bagi minum kat anak dorg…geram tp takleh nak wat apa

  3. >em , itulah susah senang jadi pemegang amanah ni . Aku pun tak leh nak kate ape .bersama kite memerangi jenayah . hehehe.

  4. BeaN MorENo says:

    >zaryl – hoho…memang perlu… I am The Law!

  5. BeaN MorENo says:

    >phreak id – haha..

  6. BeaN MorENo says:

    >suzzsuzie – tulah pasal undang-undang kalau dah boleh dijual beli memang susah

  7. BeaN MorENo says:

    >aus – apa maksud ko?

  8. Liza says:

    >judge dredd?? hmmm….

  9. BeaN MorENo says:

    >liza – judge dred…itu memang perlu

  10. Cik Norfa says:

    >aku pun tak setuju 7 tahun penjara. orang bawah dadah 2-3 gram tu pun penjara bertahun2. yg rogol orang pun bertahun2.. ini membunuh..bersubahat…tlg bakar…tlg angkut tlg menolong…7 thaun jer? celah gigi jela dorang jalankan hukuman tu. pastu bebas! samdol punye pembunuh!! bagi seumur hidup la penjara kalau taknak gantung mati pun. *maaf ya pak, saya emo*

  11. z says:

    >Salam..Mereka terlepas hukuman dunia, tapi hukuman akhirat menanti mereka..Yang mengadili di dunia pulak, nanti di akhirat dia pulak akan diadili seadil2nya..Kita kena muhasabah diri agar kita jugak tak tergolong dalam golongan pesalah dan golongan yang tak berlaku adil..insyaALLAH ^_^

  12. BeaN MorENo says:

    >norfa – apa yang ko fikir sama dengan apa yang aku pk…

  13. BeaN MorENo says:

    >z – insyALlah harap2 dijauhkan dari hukuman berat akhirat

  14. MR Bang Miji says:

    >tu lar.riso gak tibe2x kene tahan ISA..siyesly da fedup ngn mesia nih…huhu

  15. Bean Moreno says:

    >MR bang miji – tulah ISA belum mansuh so still takut2

  16. sw33tdarling says:

    >aku cam blur gak dgr hukuman kes sosilawati tu.. cam tersalah dgr or depa tersalah orang bg hukuman…

  17. BeaN MorENo says:

    >amy – tapi apa kita boleh buat kan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s