>5 SEBAB MOOD BLOGGING HILANG | PERSONAL

>


5 SEBAB MOOD BLOGGING HILANG | PERSONAL



Selamat malam ye penunggu entri.Sorry sebab entri ni muncul agak lambat.Actually bukan entri ni saya nak up kan.Tapi disebabkan sesuatu yang tak dapat nak dielakkan maka entri tersebut mungkin saya akan publish esok.Malam ni saya tetiba terfikir apa akan jadi bila seseorang blogger tu hilang mood untuk berblog.

Saya still ingat time saya baru-baru nak kenal apa itu blog 2 tahun lepas.Ramai blogger-blogger time tu yang saya kenal.Tapi sekarang ni dah ramai yang hilang contohnya macam helena,puan capa, dan cik yann.Diorang ni antara blogger-blogger yang naik sekali dengan saya tapi sekarang dah tak aktif,Kenapa?Itu korang kena tanya diorang.Yang paling latest hilang tanpa berita ialah Aus.Sekarang ni saya nak share sebab-sebab mood blogging hilang.

1) Dah Takde Idea Sangat

Idea adalah satu element penting dalam blogging.Bila takde idea memang blogger tu akan pening dan boleh jadi sakit otak.Biasanya ada jugak blogger bila takde idea dia akan copy paste hasil orang.Kalau sekali dua takpelah tapi kalau 3 bulan tiap-tiap hari nak ctrl + c lepas tu ctrl v mak bapak pun benci.So bila idea langsung takde dan kering dah beberapa bulan maka ada sesetengah blogger akan diam dan tak update blog.

2) Masalah Peribadi

Yang ni memang kadang-kadang berlaku dan bila jadi je memang tak dapat nak elak.Sayapun pernah berhenti blogging sebab ada masalah sikit.Masa tu dah nak dekat kahwin.So ada jugak beberapa bulan saya biarkan spiderman main-main dalam blog ni.Ada jugak yang stop blogging lepas anak kucing dia mati.Apa cer?

3) Serangan Psikologi

Yang ni memang bahaya beb.Kita sedap-sedap tulis blog ada je yang tak puas hati serang kat shoutbox.Kita buang shoutbox dia serang kat komen pulak.Kita tak layan komen dia hantar malware.hak3…Kes ni jadi kat Puan Capa yang kene maki tak pasal-pasal dengan annon dan masa tu dia dah nak bersalin dah.hak3…

4) Kemudahan 

Hoho korang jangan sangka ini kemudahan awam macam public phone.Kemudahan bermaksud apa yng diperlukan untuk online.Korang blogger korang taulah apa kan.Cuba bayangkan korang beronline dengan broadband yang memang lembab.Bukan takat broadband tapi streamyx pun macam haram slow.Kalau sehari mungkin boleh terima tapi kalau dah 6 bulan connection siput sampai nak upload gambarpun berjanggut memang mood boleh lari.

5) Malas

Yang ni penyakit yang agak susah nak ubah.Tak kiralah kalau ada contest hadiah rumah banglo RM 500K pun kalau dah malas memang dia takkan buat.Setakat ni saya belum pernah rasa penyakit ni tapi hampir-hampir.Biasanya kalau dah sampai seru penyakit ni saya akan bayangkan earning saya dalam Nuffnang.hak3…

Setakat ni cuma 5 sebab je yang saya dapat share.Mungkin kalau ada saya akan share lagi ye.

p/s :
* Apa pulak yang buat korang hilang mood untuk berblog?
* Teringin nak jumpa budak-budak blogger macam dulu.

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Blogging, Personal, Sebab Hilang Mood Berblog. Bookmark the permalink.

19 Responses to >5 SEBAB MOOD BLOGGING HILANG | PERSONAL

  1. CikLilyPutih says:

    >aku pun hampir2 hilang mod jugak, maklumlah sejak keje dah jauh nie kan… huhuhuhuhu

  2. BeaN MorENo says:

    >CLP – haha..aku dah lama rasa dah…hampir nak delete blog ni…

  3. Yiedpozi says:

    >skang ni Yied tengok dah kurang dah kawan2 blogger meng'update blog diorang… x tau apa masalah diorang.. Sekarang ni, Yied suka sangat update blog, internet pun laju je. Hehe… Idea nak update pun banyak. Banyak dah entri di dalam draf, tunggu masa untuk publish je.

  4. Wan Gerrard says:

    >Gerrard banyak dihalang oleh masalah internet dah lembap, memang tensen =P

  5. Che Armster says:

    >Aku sokong point no 4.. Sebab aku still ketiadaan leptop utk buat regular entry.. Terpakse buat slow-slow pakai henpon.. Haih

  6. BeaN MorENo says:

    >yiedpozi – bagus lah kalau macam tu semoga berjaya

  7. BeaN MorENo says:

    >wan gerrard – samalah tengah mengalami

  8. BeaN MorENo says:

    >chearmster – yups…at least dpt update

  9. Melz says:

    >Erm…bab takda idea tuh macam tak berapa nak sangatlah coz macam2 idea bleh datang dari pelbagai sumber ;)tapi aku katakan Malas! yeah indeed beb coz serious lately rasa betul2 malas nak menaip coz sambungan ayat tak berapa nak sedap.. buahaha

  10. kyuubi says:

    >wa mengalami sebab yg ke 4. No internet, no update. Beli beruk tapi beruk lompat sana sni x leh nak kontrol.. mood menulis pun terlompat lompat sama gak.. huhu

  11. eykameow says:

    >setuju. lately ni ramai blogger2 yg entry kencang dulu semua dah senyap.. lagi2 si aus tu.. lalala~ nasib la kau ngn melz still bertahan…. hee pstt melz pun dh malas2 sbnr nye… lalala

  12. cik Nemo says:

    >adoi. masalah ini datang menimpaku !

  13. Hazzy Ishak says:

    >hilang mood blogging sebab malas, takde idea, rasa down tiba2…

  14. apyz's says:

    >bahaya kan…tp sebelum kita bhnti berblogging tu kita kena sentiasa berpikir laa…sng x kita nak up kan blog kita masa mula2 dulu…sshkan,so,jgn la biar blog korang terbengkalai begitu aje..

  15. BeaN MorENo says:

    >Melz – ko kata ko bz bukan malas kan…hak3

  16. BeaN MorENo says:

    >Kyuubi – itu memang kita tak dapat elak…memeng runtuh moral menaip!

  17. BeaN MorENo says:

    >eykameow – aku ada kerna kamu eyka…hak3…xdelah aku ikut mood dan rasa hati je

  18. BeaN MorENo says:

    >Hazzy – apahal nak down plak?

  19. BeaN MorENo says:

    >apyzs – lama atau baru susah atau senang bukan penentu…sikap itu penting

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s