>FACEBOOK BAWA BENCANA? | ISU

>

FACEBOOK BAWA BENCANA? | ISU

Salam 1Malaysia ye dan selamat tengahari.Hari Khamis dan macam-macam kita dengar dan baca.Antara benada yang hot ialah pasal Facebook.Minggu ni je dah banyak kes jenayah yang melibatkan Facebook terjadi samapi yang masuk hospital pun ada beb!Hari ni satu kes baru yang melibatkan Facebook terjadi.Saya terbaca kat paper Harian Metro yang bertajuk Jerat Kenalan Facebook.Korang ada baca tak?Kalau belum baca meh saya bagi baca mana tau terlepas pandang ke kan :


KUALA LUMPUR: Tiga beranak, seorang rakannya dan dua anggota polis yang cuba meleraikan satu pergaduhan dibelasah sekumpulan 50 lelaki di sebuah medan selera di Bandar Tun Razak, awal pagi kelmarin.Kejadian dipercayai bermula apabila seorang jurujual, Mohd Farhan Othman, 20, meminta rakannya, Mohd Nazren Akmar Nazlan, 20, menemaninya untuk bertemu seorang wanita yang baru dikenali melalui laman sosial Facebook, kira-kira jam 2 pagi.Mohd Farhan berkata, dia hanya beberapa kali berhubung dengan wanita berkenaan dan tidak pernah bertemu muka atau bercakap di telefon.

Berita lanjut sila ke Harian Metro
Komen Bean Moreno :

* Masalah orang kita ialah kita mudah sangat percaya.Kadang-kadang baru dengar suara kat phone dah boleh bagi pinjam duit.Sama macam ni baru kenal tak sampai satu hari dah berani nak jumpa, padahal no phone pun takde.

* Kes ni terjadi mungkin juga satu jerat sebab kat Malaysia ni dah ramai SAMSENG!Terutama budak-budak PEKIDA.Tahan orang makan pow!

* Kalau dah nama Social Network ia tetap social network.Semua terpulang pada pengguna, kalau niat nak cari awek maka even nama dia facebook ia tetap akan berfungsi sama macam Myspace yang dah jadi tempat cari cikaro…jadi niat itu penting.

* Cuba lepas ni gunakan facebook tu betul-betul.Kalau orang yang tak dikenali sila jangan approve friend request suka-suka (abis blogger-blogger yang tak kenal camno?).

p/s :
* Apa pendapat korang pasal isu ni?Siapa salah user ke facebook?
* Beringat sebelum kene,kalau muka dah pecah kan dah kena buat plastic surgery…

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in facebook, Facebook Bawa Bencana, Isu. Bookmark the permalink.

8 Responses to >FACEBOOK BAWA BENCANA? | ISU

  1. Matjoe says:

    >x pandai sgt guna facebook

  2. Gen Fujita says:

    >Jangan salahkan facebook, facebook cuma alat. kalau kes macam ni kes-kes melibatkan pompuan ni, jangan kata facebook, dalam keadaan sebenar sebelum ada facebook pun dah ramai yang bertumbuk. kalau dah perangai sekor2 cam beruk, asyik2 kerja nak bertumbuk, tulah masalahnya.

  3. BeaN MorENo says:

    >matjoe – jenagn retikan baik main twitter

  4. BeaN MorENo says:

    >gen fujita – hoho…memang itupun hakikatnya

  5. phreak id says:

    >ish – ish.. Amal Makruf Nahi Mungkar.. :p>>My Latest Entry<<Beri Salam Yang Betul

  6. BeaN MorENo says:

    >phreak ID – itu hanya sekadar ungkapan je…realiti?

  7. Liza says:

    >tak leh salahkan FB, yg gunakan FB tu kenalah pandai jaga diri gak

  8. BeaN MorENo says:

    >liza – memang betul..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s