>KAUT RM 30 JUTA ANJUR SKIM KUTU

>


KAUT RM 30 JUTA ANJUR SKIM KUTU | ISU



Salam,selamat hari Rabu.Tau-tau je esok dah Khamis.Kes Dato Sosilawati rasanya macam dah sampai ke penghujung.Lpeas satu-satu bukti dijumpai.Hari ni nak jadi reporter percuma dengan cover isu pasal “Kutu”.Ni bukan kutu babi ataupun kutu di kepala tapi kutu yang collect-collect duit.Korang pernah main kutu?Sebelum saya komen dan melalut better saya bagi korang baca dulu sikit petikan akhbar :

SHAH ALAM: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan menganjurkan pelaburan wang kutu menggunakan wang pos dinamakan Program Ekspres yang dikatakan sudah mencatatkan keuntungan kira-kira RM30 juta hasil penyertaan 30,000 ahli.Sabbri Yusof, 49 dan isterinya, Rahimah Rahim, 39, pemilik World Heritage Resources, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas saman ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Hafizah Abdul Rajak. Kedua-duanya didakwa menggunakan syarikat milik mereka untuk menganjurkan pelaburan wang kutu sedangkan syarikat itu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai ejen komisen wang. Mereka didakwa menjalankan Program Ekspres yang menyalahi Akta Kumpulan Wang Kutu 1971 di antara 1 Disember 2008 hingga 29 April lalu. 

Petikan dari Harian Metro

Komen Bean Moreno :

* Macam mana boleh lepas pulak syarikat-syarikat yang macam ni.Bukan dulu Bank negara kata nak pantau ke?Sepatutnya kena buat satu syarat masa nak register company kat SSM yang block penubuhan syarikat bergenre macam ni.
* Ada lagi manusia yang nak kaya cepat.Kalau nak kaya cepat usaha lebih sikitlah takkan nak harap duit jatuh dari langit.
* Kes ni samada dia nak menipu duit ataupun orang yang join tak tau sabar then report polis.hak3
* Ni kalau dalam PEKIDA 30000 ahli dah boleh jadi ayahanda paduka dah ni.hak3…
* Kita sepatutnya berwaspada dengan skim-skim yang macam ni.Nampak je untung besar join macam program login facebook tu.ntah betul ke tak…
* Kalau nak duit sampingan bikin satu blog la itu pun bukan senang kena update blog dan maintain baru dapat hasil.So kena usahalah.
* Habis kalau semua orang tak nak kerja siapa nak kerja government?hak3…

Korang ingat manusia je ke main kutu.Binatang pun taulah main kutu :



p/s :

* Makin tak faham dengan dunia ni.Masing-masing nak duduk atas sofa tunggu duit masuk dalam bank.Apa pendapat korang tentang artikel ni?
* Teringat kat cerita ABTaufan memang lawak!

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Abtaufan, pekida, Skim Cepat kaya. Bookmark the permalink.

2 Responses to >KAUT RM 30 JUTA ANJUR SKIM KUTU

  1. >sampai sekarang aku tak faham macam mana main kutu ni. =,="

  2. BeaN MorENo says:

    >mai – sayapun tak pernah main…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s