>4 FAKTA TAK BEST TENTANG KES PEMBUNUHAN DATO SOSILAWATI LAWIYA

>


4 FAKTA TAK BEST TENTANG KES PEMBUNUHAN DATO SOSILAWATI LAWIYA

Salam dan selamat pagi (ye ke pagi?).Semalam saya pergi beraya rumah kawan-kawan blogger iaitu Linda dan Zaid.Memang sedap makanan diorang.pergh…Kalau cuti maca biasa tugas utama Bean Moreno ialah surf net then kemas rumah.hak3…Puas surf net pagi ni tetiba terbaca something yang tak best pasal kes Dato’ Sosilawati Lawiya.Korang tau tak apa yang tak best?Ok meh saya listkan :

1) Ada orang guna nama Dato Sosilawati Lawiya untuk kutib derma.
– Ada juga orang yang tak berakal macam ni.Sebab ada jugak yang nak kutip derma guna nama jutawan yang sememangnya bersedekah RM1 juta setahun.Benda ni boleh memalukan keluarga Arwah.Lain kali sebelum buat kerja bodoh sila fikirkn dulu kesannya.

2) Peguam yang mastermind tu tiada pangkat dato’.
– Disebabkan pembunuh ni habis majlis kesultanan buruk.Ramai orang kata Sultan buat bisnes pangkat dato padahal mamat ni yang perasan lebih letak dato’.Lepas ni sila panggil saya Dato’ Bean Moreno ye sebab sekarang ni senang nak dapat pangkat Dato’.Mangkuk punya peguam (alamak tetiba emo apahal?). 

3) Pembunuh ada kaitan dengan beberapa pembunuhan yang lain.
– Aduh benda ni menampakkan peguam bodoh ni memang desperate nak duit sampai sanggup membunuh.Ada satu ayat untuk dia.Lain kali kalau dah tau diri tu papa kedana jangan nak berangan nak jadi kaya dan kalau dah tau diri tu layak duduk kat estet jangan nak berangan pakai kereta BMW!Duduk je estet toreh getah!

4) Rakan Dato Sosilawati ditemui tergantung.
– Yang ni agak pelik sikit.Banyak persoalan wujud bila benda ni terjadi.Satu adakah kematian arwah memberi impak yang tinggi sehingga boleh menyebabkan orang sedih sehingga membunuh diri.Ataupun rakan arwah memerlukan sedikit pertolongan arwah tetapi tidak kesampaian.Ni andaian je kalau silap sila maafkan saya ye.


p/s :
* Kalau ada apa yang saya tulis menyinggung perasaan sesiapa saya mahu minta maaf sebab saya tak tuju penulisan di atas pada umum just untuk insan kejam yang sememangnya tidak berakal.
* Apa pendapat korang tentang kes ni?Ada tak lagi kes lain yang akan dikaitkan?

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Dato Sosilawati Lawiya, Kes Bunuh. Bookmark the permalink.

22 Responses to >4 FAKTA TAK BEST TENTANG KES PEMBUNUHAN DATO SOSILAWATI LAWIYA

  1. honey amour says:

    >fakta ke-4 tu yg pelik cket..

  2. BeaN MorENo says:

    >honey amour – tulah sayapun agak pelik ni

  3. ferra says:

    >lagi satu.. nape laki dy yang ke3 tak bsuare? kn? kan?

  4. Encik Tikus says:

    >kinda weird. ape pon thanx sudi share benda nie bean

  5. BeaN MorENo says:

    >ferra – dah bersuara dalam surat khabar hari ni

  6. BeaN MorENo says:

    >en tikus – no problem

  7. yanmie says:

    >fakta ke 4 tu pg td baca kt paper online terkejut jugak, begitu besar impaknye sehingga gantung diri

  8. Noridah says:

    >bila beli paper pagi tadi, yup fakta no 4 memang pelik tul…ada juga terfikir andaian penulis tu…apa-apa pun takziah pada keluarga mereka.

  9. Wan Gerrard says:

    >Hmm yang ke-4 tu cam misteri je. Salam takziah dari Gerrard kepada keluarga mangsa

  10. DaHLia says:

    >yg no4 tu saje nak kaitkan dengan Sosi… pandai je Media

  11. BeaN MorENo says:

    >mira elyna – ntah macam2 mungkin kebetulan kot

  12. BeaN MorENo says:

    >kak yan – hm tulah kak…tetiba saya terfikir kes ni kebetulan

  13. BeaN MorENo says:

    >Noridah – hm…hak2 sayapun mengandaikan benda yang tak pasti…

  14. BeaN MorENo says:

    >Wan Gerrard – huh!memang pelik…

  15. BeaN MorENo says:

    >dahlia – mungkin kot

  16. phreak id says:

    >Fakta Tak Best Ke-5 : – politician politikkan isu ni. Fakta Tak Best Ke-6 : – Racist racism'kan isu ni. >> Latest Entry <<Astro Prima (Channel 105) = Channel Cerita Seram?

  17. BeaN MorENo says:

    >phreak id – ya memang beb!itu pasti

  18. akuzle says:

    >aduhai… mcm2lah… sesak napaslaa bacer mender2 neh… "mintak nyawa…mintak nyawa"….aduhaiii!!!

  19. BeaN MorENo says:

    >akuzle – Biar Allah yang tentukan kak…

  20. adikacu says:

    >perbicaraan kes ni masih berjalan kan?

  21. >Pe2hal pun sekarang ramai orang jahat. Kalu kita banyak duit, hati-hati mungkin banyak mata sedang memandang..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s