>KUIH RAYA YANG POPULAR DI AIDILFITRI

>


MAKANAN : KUIH RAYA YANG POPULAR DI AIDILFITRI

Selamat tengahari guys,hari ni memang best sebab bangun je tulis entri rileks kejap tulis entri.Macam nilah saya kalau memang tak sibuk.Memang saya akan tulis entri sebanyak mungkin.Tapi kalau time kerja memanglah tak sempat.Kalau boleh hantar entripun just masa lunch je.

Kita tak perasanpun yang masa cepat je berjalan memang dia tak tunggu kitapun.Sedar tak sedar tinggal lagi sepuluh hari lagi nak raya.Memang ramai yang tak sabar nak beraya.Kalau bukak radio memang 60% radio punya lagu ialah lagu raya.Memang nak kasi mood raya up gegila punya.Sebenarnya saya tak nak cerita pasal lagu raya sebab saya dah pernah tulis pasal tu.

Sebelum saya start entri ni saya nak mintak maaf sekiranya entri ni bakal membuat korang terliur masa berpuasa.Sila jangan claim pahala saya sebab saya sendiripun tak boleh tahan sebenarnya.hak3…Raya takkan complete kalau takde kuih raya.Betul ke tak?Walau sibuk macam mana pun tuan rumah tu rumah dia tetap akan ada paling kurang 5 balang kuih raya.Bagi saya ada beberapa kuih raya yang memang popular masa raya.Setiap rumah mesti ada punya.

1) KUIH TART NENAS



Amacam tergoda tak?Ini kuih kesukaan saya.Bila pergi raya je kuih pertama yang saya akan cari kat rumah tu ialah Tat Nenas.Kalau kuih ni ada dan sedap bermakna kuih lain pasti best!


2) KUIH MAKMUR



Bab kuih ni memang agak pelik.Saya kurang sikit bab2 makan kurma tapi bila makan kuih makmur saya boleh lupa inti dia kurma.Yang penting kuih ni memang show!


3) KUIH ALMOND LONDON



Huh!Kuih ni nama dia Almond London.Yang membuatkan dia sedap ialah coklat dan kacang yang ciput tu.Kalau makan sambil tengok TV memang leka beb.Sedar2 dah habis.


4) KUIH MINI POPIA



Hm,yang ni dalam dia inti udang.Korang jangan ingat dia macam popia basah bazaar ramadhan eyh.Kuih ni kecil je so bila makan memang segenggam sekali ambil.


5) KUIH BATANG BURUK



Kuih Batang Buruk ni memang top beb.Setiap ruah memang ada kalau takde memang rumah tu ada something wrong.Samada dia tak tau itu Kuih Batang Buruk ataupun diorang tak makan kuih ni.


So ni lah kuih2 yang boleh dikategorikan sebagai kuih2 popular ataupun kuih mesti ada kat setiap rumah masa raya.Kepada yang tersesat masuk blog ni untuk cari resipi kuih muih atau resipi kuih raya saya minta maaf sebab saya bukan chef ataupun tukang masak yang tau buat kuih.Saya just blogger ataupun tukang karut je.hak3…Sila lah maafkan saya kalau bukan hari ni masa rayapun boleh.Kalau nak resipi kuih bolehlah masuk blok Cikmin ataupun blog KakinaKL.

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Kuih Almond London, Kuih Batang Buruk, Kuih Makmur, Kuih Popia Mini, Kuih Raya, Kuih Tat Nenas, Makanan. Bookmark the permalink.

9 Responses to >KUIH RAYA YANG POPULAR DI AIDILFITRI

  1. Hazzy Ishak says:

    >suka chocolate chips cookiessedapppp

  2. BeaN MorENo says:

    >hazzy – hehe..nanti beli kt parit raja eyh…

  3. >wah belum abis ray dah kuar kuih raya woooo bestnyer angah terliur tue tengok tat nak…nakkk

  4. ProfHariz says:

    >Saya suka almond london..x sabar nak menjamah nie

  5. BeaN MorENo says:

    >angah – haha…memang saje je

  6. BeaN MorENo says:

    >prof hariz – apa lagi beli jelah

  7. BeaN MorENo says:

    >afiq – belilah…

  8. Cikmin says:

    >ekekeke..ada nama cikmin kat sini rupanya…ada pulak link masuk ke sana dari sini.. thanks ye..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s