>DEMONSTRASI CARI MAKAN

>


NEWS : DEMONSTRASI CARI MAKAN

Salam reader & bloggers,apa cerita hari ni?Mesti ada sikit perasaan malas nak bikin kerjakan.Yelah dapat cuti straight 5 hari.Bean Moreno un akan terasa macam tu sebab dah lebih seminggu tak kerja beb.Otakpun dah jadi kosong.Maybe next week baru saya akan start balik kerja.Tak sanggup nak cuti lama2 walaupun sebenarnya masih belum full recover.

Gambar diambil dari Berita Harian

Korang mesti tau sekarang kat Indonesia tengah sibuk demonstrasi anti Malaysia.Semua yang berkenaan dengan Malaysia dibenci penduduk Indonesia.Apalah masalah mental yang ada pada minda diorang ni.Dan untuk pengetahuan kita ‘Gerakan Ganyang Malaysia’ dah sampai ke Kalimantang.Yang paling penting ialah rahsia demonstrasi ini telah terbongkar.

Apa rahsia dia?Rupa2nya demonstrsi ni ada dalang dia yang mencetuskan isu yang remeh.Baru saya tau yang orang2 berdemonstrasi dibayar oleh pihak2 tertentu.Ada juga orang yang berfikiran jahat macam ni.Ingatkan Israel je yang kejam rupanya ada juga orang kat negara jiran yang kejam.Takpun ni salah satu permainan ‘Destroy & Save’ pihak tertentu.Saya tak reka cerita sebab saya terbaca artikel kat Utusan Malaysia yang bertajuk ‘Demonstrasi Cari Makan‘.Ni sedikit petikan dari Utusan Malaysia :







Perkhidmatan penyediaan peserta demonstrasi yang ditawarkan di kota raya besar ini telah muncul sebagai perniagaan luar biasa serta memberi peluang kepada penganggur meraih pendapatan dan pada masa sama menimba ilmu bagaimana berdemonstrasi secara tertib.

Pihak yang memerlukan peserta demonstrasi boleh membuat pesanan untuk pakej lengkap iaitu penunjuk perasaan terlatih, pengangkutan, pemidato, peralatan sistem bunyi, sepanduk dan kenyataan demonstrasi.

Pakej yang ditawarkan sebuah organisasi bagi membekalkan peserta demonstrasi terlatih di sini dikira berdasarkan bayaran untuk sebuah bas kecil yang boleh memuatkan 30 hingga 35 peserta, iaitu antara Rupiah 1.5 juta (RM522) hingga Rupiah 2 juta (RM696).

Untuk setiap aksi, seorang peserta boleh mendapat bayaran antara Rupiah 30,000 (RM10.45) hingga Rupiah 40,000 (RM13.90) dan sebungkus nasi campur.

Seorang pengelola perkhidmatan ini yang dikenali sebagai Aji Kusuma berkata, pakej yang ditawarkannya terdiri daripada peserta terlatih, namun ada pihak lain turut menawarkan peserta demonstrasi berbayar yang tidak terlatih, selain golongan mahasiswa.

“Anggota demo ini pemuda perkotaan, biasanya mereka yang menganggur tiada pekerjaan, kita ajak, cuba buat latihan supaya bila demo, mereka tidak kosong sangat tentang pemahaman isi demo itu.

“Biasanya kalau kita mahu melakukan aksi A, beberapa hari sebelum hari A, kita sudah melakukan diskusi. Bahawa kita ke A untuk ini dan ini, kita untuk itu dan itu, jadi, kalau di lapangan ditanya orang, mereka faham semua,” katanya.

Diorang ni patut bersyukur,rakyat Indonesia bera ramai cari makan kat Malaysia so kene berterima kasih kat Kerajaan Malaysia la.Ni tak berperangai acam budak2 15 tahun main bakar2 bendera.Kalau nak sangat bakar tunggu lh raya korang bakarlah mercun puas2.Isu nelayanpun nak kasi besar2.Saya sampai jadi tak faham apa sebenarnya tujuan diorang ni.Mungkin kurang rasa bersyukur dengan hidup taupun kehidupan terlalu sempit sampai sanggup nak bikin hal untuk dapatkan duit.

Korang rasa pulak macam mana?Apa sebenarnya agenda diorang?Bagi sayalahkan kalau benda2 kecil macam ni settle sudah tak payah sampai nak buat rusuhan.Baik bersatu untuk hentam Israel durjana lagi bagus.Hanya kerana RM10.45 dan sebungkus nasi sanggup sempitkan minda.

p/s :

  • Zaman sekarang sebab duit orang sanggup gadai apa yang tak patut digadai.
  • Adakah Negara Islam Asia akan jadi macam Negara Arab yang berperang sesama Islam?
  • Merdekakah minda kita kalau macam ni keadaannya?
  • Apa pedapat korang?

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Berita Harian, Indonesia, News, Utusan Malaysia. Bookmark the permalink.

6 Responses to >DEMONSTRASI CARI MAKAN

  1. eT says:

    >giler la…pakej2 bagai…ni ada org ke3 la yg nk cucuk nih…

  2. BeaN MorENo says:

    >eT – haah..memang ada orang ketiga..

  3. black_mel says:

    >nak buat mcm mana bro..mampu beli bendera jer..tu pun share duit ramai2…tp yg xleh blah siap ada organisasi anjur demonstrasi tu..dapat nasik bungkus free…

  4. BeaN MorENo says:

    >black_mel – haha…tu je diorang mampu kot…dah xde duit sgt nak makan…

  5. phreak_id says:

    >mm.. even kalau diaorang tak diupah pun. Kita semua tahu mentaliti mereka.. :p

  6. BeaN MorENo says:

    >phreak – hehe…memang tapi sebenarnya demonstrasi kat mana2pun tetap sama sebab ia tetap ada punca

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s