>SETIN BISKUT UNTUK IBU AYAH

>


CULTURE : SETIN BISKUT BUAT IBU AYAH

Salam dan selamat pagi semua.Hari ni Bean Moreno cuba berpuasa sebab dah lama tak berpuasa.Betullah bulan puasa ni memang banyak dugaan yang saya alami dan dugaan semua berat & besar.Tapi saya hanya hamba yang hanya mampu tadah tangan untuk minta sebab terlalu lemah.Satu2 datang dan satu2 saya hadap.


Ada baca Harian Metro tak?Tadi pagi saja je nak test market baca berita dan sebenarnya saya tak pernah nak baca frontpage sebab benda pertama yang saya akan baca ialah sukan.Oklah saya kasi sikit keratan dari Harian Metro – SETIN BISKUT BUAT IBU AYAH.

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tidak mengenang budi apabila sanggup mengumpan ibu bapanya yang tinggal di sebuah rumah jagaan di sini, dengan setin biskut untuk memujuk mereka supaya jangan pulang ke rumah sempena Aidilfitri nanti, sebaliknya mahu mereka menyambut 1 Syawal di pusat jagaan itu.Pada mulanya, kehadiran anak lelaki berusia 40-an itu disambut gembira pasangan warga emas berkenaan kerana menyangka mahu membawa mereka pulang menyambut hari raya bersama di rumahnya, tetapi lain pula berlaku. 

Lelaki tidak mengenal budi itu sebaliknya memujuk ibu bapanya supaya beraya di pusat jagaan itu, malah enggan mendengar rintihan orang tuanya supaya tidak diperlakukan sedemikian. Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin, berkata kisah sedih pasangan penghuni pusat jagaan warga emas itu mengakibatkan kakitangan di situ terkilan dengan perangai lelaki terbabit. 

Menurutnya, anak pasangan berkenaan yang tinggal di luar bandar raya ini mendakwa dia sibuk pada Aidilfitri nanti sebagai alasan tidak dapat membawa pulang orang tuanya beraya di rumah.“Hanya Tuhan mengetahui kegembiraan pasangan itu apabila melihat kelibat anak yang disangka mahu menjemput mereka pulang meraikan Aidilfitri bersama keluarganya.

 Amacam,lepas baca article kat atas ni aa rasa macam nak tampar laju2 tak anak warga emas ni?Ada ke patut pancing mak bapak pakai setin biskut je semata2 tak nak bawak diorang balik.Korang pernah dengar tak pepatah ada cakap ‘Seorang Ibu Boleh Bagi Makan 9 Orang Anak Tapi 9 Orang Anak Belum Tentu Dapat Bagi Makan Seorang Ibu’.Ni contoh terdekat lah yang kita boleh nampak.Kita boleh dipanggil tanggang moden la kan.


Tapi kalau kita nak analisis kenapa benda ni jadi berpandukan drama2 melayu (boleh pulak) selalunya akan jadi macam ni disebabkan isteri yang tak nak jaga mak & bapak mertua.So si anak akan terasa di tengah2.Benda ni jadi bila isteri hilang hormat pada mak mertua.Saya bernasib baik sebab aiensepet jenis cool je walaupun sedikit garang. 


Mana perginya rasa kasih sayang kita dan juga rasa hormat kita pada mak& bapak yang dah berpuluh tahun jaga kita.So ada otak kasi fikir sendiri ye.


p/s :

  • Susah bila kita terlupa asal usul dan asyik ingat kita wujud kat dunia ni tanpa ibubapa yang melahirkan.
  • Lain kali kalau nak pancingpun mak bapakpun bagilah rumah double storey yang full furnished siap dengan kereta BMW.
  • Gambar dan cerita credit to Harian Metro.

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Culture, Hari Bapa, Harian Metro, Hormat, Ibu. Bookmark the permalink.

2 Responses to >SETIN BISKUT UNTUK IBU AYAH

  1. >Dugaan kepada orang tua itu…. dan peringatan kepada kita sume untuk kita supaya sentiasa bertanggungjawab

  2. BeaN MorENo says:

    >hazman – haah..ibu bapa sanggup korban apa je untuk kita…tapi kita bila dah berjaya lupa diri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s