>LAGU RAYA YANG BEAN MORENO SUKA DENGAR

>

PERSONAL : LAGU RAYA YANG BEAN MORENO SUKA DENGAR 

Selamat petang semua dan selamat berpuasa ye.Yang tak puasa tu memang tak boleh nak buat apalah kan dah memang tabiat memang diri sendiri je yang boleh ubah.Korang jangan samakan dengan saya.Saya tak puasa sebab saya ada sebab yang membolehkan saya tak puasa dan lepas ni memang saya akan bersama2 kaum wanita mengganti puasa di kala orang lain sedap makan.hak3…

Sekejap je masa berlalu tau-tau je kita dah nak separuh Ramadhan.Sorry saya tak ingat berapa hari dah puasa sebab saya dah 6 hari tak puasa.Tak tau bila saya boleh sambung puasa.So bila dah separuh bulan dalam ramadhan mestilah dalam kepala otak dah fikir raya dah makin dekat terutama sekali budak2 kecil.Silap2 sekarang radio dah pasang lagu raya

Sebut pasal lagu raya pulak setiap kali lagu raya memang lagu yang sama akan berkumandang tak kiralah kat radio, TV ataupun CD.Mana2 kita pergi beraya memang akan dengar lagu yang sama je.Dan kebanyakan lagu yang kita dengar tanpa rasa bosan tu adalah lagu2 evergreen atau lagu2 lama.Ramai artis2 baru yang cuba bawa lagu raya baru memang tak laku.So raya tahun ni bawak2 lah fikir panjang ye untuk buat lagu raya baru memang takkan laku punya walaupun Mawi ataupun Shahir AF8 yang nyanyi.Saya rasa penyanyi yang berjaya masuk dalam list untuk lagu2 raya kegemaran pun Dato’ Siti Nurhaliza.

Oklah sekarang ni nak cerita pasal lagu raya yang memang saya suka dengar masa raya pertama.Kalau tak dapat dengar lagu2 ni memang Bean Moreno takkan rasa yang dia tengah berada dalam Aidilfitri ataupun mood raya jadi potong habis.

1) ANUAR ZAIN & ELINA – SUASANA HARI RAYA

Lagu ni kalau korang kata tak tau memang korang menipu.Lagu ni memang top
gila sampaikan kalau masuk carta Era lagu Liyana Jasmay yang hey hey gedik  tu memang out teruslah.Tag line lagu ni ialah :

“Kuih dan muih beranika macam makan lah jangan hanya dipandang”

Kenapa saya suka lagu ni.Sebab bila dengar lagu ni je lepas sembahyang raya mesti lapar dan cari makanan.hak3…


2) SALOMA – SELAMAT HARI RAYA

Sayapun tak tau kenapa saya suka sangat nak dengar lagu ni.Yang paling best nya setia kali buka radio mesti keluar lagu ni so tak payah la saya beli CD ataupun burn CD cetak rompak.Kalau saya tak dengar lagu ni memang takde mood saya nak pergi raya umah orang.Kena dengar lagu ni baru terasa semangat nak pergi beraya.Tagline lagu ni ialah starting lagu ni.Memang unik beb.


3) P.RAMLEE – DENDANG PERANTAU

Lagu ni saya suka dengar time bawak kereta kat highway menuju ke kampung.Yelah saya balik dari KL so kira perantaulah sebab nak balik ke Batu pahat.Bila dengar lagu ni time bawa kereta nak balik kampung terasa semangat then mesti macam tak sabar je nak sampai kampung.Tagline lagu ni ialah :

“Apakan daya masa tak akan kembali…”


4) SITI NURHALIZA – SESUCI LEBARAN

Nilah lagu yang boleh kira baru tapi ermintaan tinggi masa raya.Nak cerita pasal keluar radio memang tak payah cakaplah memang hari2 siap Hitz.fm pun putar lau ni.Yang paling penting Ringtone dia bersepah orang pakai.Kalau kita lepas kedai minum masa raya,memang kalau orang call semua handphone akai lagu ni.Tagline lagu ni ialah :

” Pohonlah ampun maaf kepada ibu bapa,sahabat, sanak saudara sama2 kita gebira”



5) M. NASIR – SUATU HARI DI HARI RAYA

Lagu ni ada banyak versi.Ada yang laju dan ada yang perlahan.Tak kiralah berapa laju beat lagu ni tapi kalau M. Nasir yang nyanyi memang best tapi kalau bagi Tomok ke sesiapa yang orang kata suara sedap memang takkan rasa feel dia.Tagline lagu ni ialah :

“Suatu hari di hari raya…”


Sedar tak sedar panjang pulak entri ni.Ni semua sebab sindrom kebosanan di dalam ward.Kalau korang nak download lagu2 raya ni klik je link tu.Free je tak payah bayar.So kepada penyanyi baru tak kiralah korang Juara AF ke,Mentor ke,Malaysian Idol ke or apa2 reliti TV sila berfikir panjang untuk keluarkan lagu raya.Sebab takut tak laku je beb dan korang kena sedar yang korang sendiri akan pasang lagu2 evergreen masa raya.Jadi bermakna orang ramaipun teta akan dengar lagu2 yang sama masa raya.

p/s :
  • Harap2 time raya saya dah sihat.Tak nak raya dalam WAD!!!!

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Anuar Zain, Bean Moreno, Downlaod, Download Lagu Raya, Hari Raya, M.Nasir, P.Ramlee, Saloma, Siti Nurhaliza, Suterablogger. Bookmark the permalink.

5 Responses to >LAGU RAYA YANG BEAN MORENO SUKA DENGAR

  1. >wah nostalgianya..teringat zaman kanak-kanak dulu gi kutip duit raya hahaha

  2. BeaN MorENo says:

    >fitrihardi.com – hak2 samalah…

  3. >yela , ni aku da lawat harap smngt dtg balik , haahaha .

  4. BeaN MorENo says:

    >aus- weyh thanks la sebab datang tgk aku…anyway doakan esok operation aku eyh…

  5. Anonymous says:

    >Do you people have a facebook fan page? I looked for one on twitter but could not discover one, I would really like to become a fan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s