>KISAH PENGIDAP TIBI SIRI 2

>


PERSONAL : KISAH PENGIDAP TIBI SIRI 2

Selamat malam.Mesti korang semua baru balik dari terawih kan.Best siot dapat gi terawih dan itu memang niat saya awal Ramadhan.Tapi apa kan daya puasa pun dah kantoi 5 hari.Sedih betullah sebak dapat nak capai cita2 Ramadhan tahun ni.Nak buat macam mana saya sakit dan mungkin ada hikmah dari setiap kejadian ni.Saya terima dengan tabah dan ceria.


Masuk hari ni dah 5 hari saya berada kat BED 27 Wad 6J HUKM.Hari ni cuma adik2 saya je yang datang melawat dan membawa makanan kegemaran saya untuk dibuat makan petang.Mama tak sempat nak jenguk saya dan itu takpe sebab saya tau memang mama sibuk dan mama penat kalau mama nak ulang-alik tengok saya.Saya tak naklah mama terkejar2 hanya sebab nak tengok saya.Hari ni tiada kawan yang datang.Saya keseorangan kat dalam wad ni makan dan tidur.

Sepanjang 5 hari ni memang badan saya menjadi uji kaji untuk student kat sini.Yang peliknya saya je jadi sasaran diorang.Rupa2nya pesakit lain buat2 tidur so saya yang tengah beronline ni memang akan diganggu.Tapi takpelah saya bagi ilmu kat diorang termasuk student yang baru mencuba nak ambil darah pesakit.Hari tu doktor dh bagitau yang saya ni memang confirm Tibi tapi tadi secara tiba2 satu profesor masuk bilik saya dan cakap diorang tak boleh nak confirmkan yang saya ni Tibi ke tak unless lepas diorang buat satu minor operation untuk pecahkan paket2 air kat paru2 saya.

Saya jadi risau sebab saya tak pernah rosakkan tubuh saya untuk operate.Hari ni dalam sejarah saya disuruh untuk tanda tangan surat kebenaran untuk buat minor operation.So tanpa fikir panjang saya sign surat tu dengan harapan ia tidak menyakitkan dan tidak memudharatkan badan saya.Saya betul2 berharap yang ini bukan takat uji kaji dan ia akan membuatkan saya bertambah sihat.Saya cuma tak sanggup tengok muka mama saya dan yang paling penting muka wife saya bila saya cakap yang saya kena lalui operation tu.


Hm macam nilah kehidupan yang saya lalui sekarang.Yang penting seorang pesakit tak kiralah dia sakit Tibi ke, Cancer ke kita tetap kena happy dan ceria.Saya akan cuba lupakan kesakitan operation itu demi family saya.Saya mesti kuat dan kalau saya saya tak kuat macam mana saya nak menghilangkan kerisauan family saya.So apa yang saya harapkan dari korang semua readers & blogger agar doakan segalanya berjalan lancar dan saya tak menghadapi kesukaran dalam proses operation tersebut.


p/s :

  • Hidup mesti diteruskan walau terpaksa bergelut dengan ular sawa.

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Bean Moreno, Personal, Pesakit tibi. Bookmark the permalink.

13 Responses to >KISAH PENGIDAP TIBI SIRI 2

  1. >amin.. selalu didoakan..

  2. >mlm tak leh nk lawat ke bean?

  3. BeaN MorENo says:

    >jard – mana ada hospital yang bagi pelawat datang malam…haha

  4. Che Armster says:

    >good luck bro.. hopefully takde complications and such

  5. eykameow says:

    >sorry tadi tak dapat dtg. ada masalah teknikalšŸ˜¦ takpe, aku doa kn ko cepat sembuh…

  6. JAI says:

    >InsyAllah kitaorang doakan semoga semuanya berjalan dengan lancarnya.. Bro waktu malam sampai pukul baper melawat ek?? Member hari tuh pun kena operate ambik tisu paru-paru tapi tebuk sikit jerr..lu punya operation macamana pulak…Hope everything ok bro

  7. JAI says:

    >InsyAllah kitaorang doakan semoga semuanya berjalan dengan lancarnya.. Bro waktu malam sampai pukul baper melawat ek?? Member hari tuh pun kena operate ambik tisu paru-paru tapi tebuk sikit jerr..lu punya operation macamana pulak…Hope everything ok bro

  8. aRoL says:

    >harap semuanya berjalan lancar…

  9. >smoga kembali pulih bro!

  10. kak ina mail says:

    >Bean , akak nak cakap sikit.kenapa terlalu lama sangat dorang kesan ko kena sakit TB.sakit tu boleh dikesan ngan kahak atau darah atau x-ray.family akak semua pernah kena sakit TB.tapi tak pelah, itu cara dorang.Bean , kalau boleh, jangan galakkan sangat dorang melawat ko, kalau nak melawat pun ko kena pakai penutup mulut.Dalam family ko paling kena jaga.masa kes akak dulu adik beradik akak semua , dah 2 atau 3 tahun meninggal dunia, sebab penyakit lainlah.tahun 2008, akak didapati kena penyakit ni.akak tanya doktor, kenapa akak boleh kena.doktor kata, kuman TB ni boleh berpaut.jadik family ko kena lebih berhati-hati.ingat, kena makan ubat-ubat tu semua, kalau nak cepat sembuh.kemungkinan tak sampai 6 bulan.Harap ko cepat keluar dari hospital tu.sorry kalau akak cakap hospital tu berlebih-lebihan.sebenarnya banyak orang tak paham pasal penyakit ni.family akak ada history tentang penyakit ni.ko keluar dari hospital tu cepat, ko menjalani hidup serti biasa, berfikiran positive dan boleh buat kerja cam biasa.masa akak kena perkara ni dirahsiakan dari tempat akak bekerja, sebab tak semua orang yang paham tentang penyakit ni.

  11. BezBuddy says:

    >smoge cept sembuh

  12. daisy says:

    >alhamdulillah bro dah ok

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s