>TUTORIAL | MACAM MANA NAK BESARKAN GAMBAR

>


TUTORIAL : MACA MANA NAK BESARKAN GAMBAR

Salam dan selamat pagi ye semua.Hari ni Bean Moreno bangun pagi2 bukan sebab saya dengan rela hati nak bangun tapi doktor datang ambil darah awal.Doktor yang ambil darah saya mesti berpeluh2 sebab memang susah nak dapat darah saya.Maklumlah badan saya ni kan tough macam Darkbatman.Apa yang bestnya kat sini selain makanan yang best dan misi2 yang lawa2.Kat sini saya boleh tolong student perubatan buat kajian.Jadi kalau diorang berjaya maka saya telah membantu diorang dalam pengajian.Jangan lupa dah grade belanja saya makan kat Hotel.hak3…

Ramai yang tanya saya macam mana nak besarkan gambar dalam blog.Dulu saya pun tak tau just upload kat picassa then apa yang keluar kat blogspot itu jelah yang saya guna.Tapi lepas mengetahui kepentingan gambar yang jelas saya cuba kaji sendiri macam mana nak dapatkan gambar bersaiz ikut hati dan persaaan kita sendiri.hak3…Apa yang perlu korang buat untuk adjust kebesaran gambar untuk entri korang.Ada beberapa langkah yang korang perlu buat.


Langkah 1 – Agak Kebesaran Body Post


Apa itu ‘Body Post’? Ni istilah yang saya reka sendiri.Tak kisah lah apa nama dia tapi bendanya tetap sama.Ok kalau korang tak tau apa itu meh saya tunjuk.

itulah dia ‘bodypost’

Bila korang dah tau atau dah agak2 kebesaran ‘Body Post’ maka senang sikit korang nak budget berapa besar korang nak besarkan gambar.Yelah kalah width gambar korang lebih besar dari width ‘Body Post’ agak kelakarlah nanti jadinya blog or entri korang sebab akan berterabur.


Langkah 2 – Upload Gambar

Yang ni penting.Kalau korang tak upload gambar macam mana nak edit size dia.Tak kisahlah apa jenis gambar korang nak upload tapi pastikan jangan besar sangat.Macam saya, disebabkan keghairahan upload guna picassa je maka picassa saya dah penuh jadi saya guna Photobucket untuk upload gambar atau senang cakap picture storage.

Langkah 3 – Besarkan Gambar

Ok yang ni agak rumit sikit tapi benda yang rumit kalau kita selalu buat ia akan jadi mudah semudah ABC.Yelah sama macam kita nak buat soalan add math.First time buat memang terkial2 tapi bila dah selalu practice ia jadi mudah.Yang penting jangn putus asa.Apa yang korang kena buat :

Edit Html -> Cari nama file korang -> adjust width & height gambar tu.



Yang saya highlight kan tu ada coding size.So terpulang kat koranglah beraa besar serombong kapal korang nak buat.Nak buat besar macam director Ahmad Nisfu pun boleh.Macam saya, saya lebih selesa guna H = 400 W = 550. Itu selera saya ye jangan samakan dengan selera korang.

Oklah,rasanya itu je cara yang saya gunakan untukbesarkan gambar dalam entri saya dan mungkin cara ni lain dari orano terpulang pada korang nak cuba ke tak?Kalau rasa2 susah jangan cuba tapi sebenarnya yang susah tu lah best.Sama gak macam nak ngorat awek kalau senang dapat tak bestlah kan tapi bila yang susah tu kita dapat insyAllah akan kekal.Dahlah saya nak mandi, sarapan dan makan 12 biji ubat.


p/s :

  • Baru ingat nak puasa penuh tahun ni.Tetap tak dapat mungkin ada hikmahnya.
  • Hari ini agak pelik sebab takde doktor pelatih datag buat eksperimen
  • Aplah aiensepet tengah buat sekarang ni

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Macam Mana Nak Besarkan Gambar, photobucket, Tutorials. Bookmark the permalink.

6 Responses to >TUTORIAL | MACAM MANA NAK BESARKAN GAMBAR

  1. kak ina mail says:

    >Assalamualaikum …ubat tu akan membuat badan kita jadik panas.jadi Bean kena minum banyak air suam.Nanti air kecing tu pun bertukar kepada kaler kunig, sebab ubat tu.sekurang-kurang ubat yang 12 biji akan dimakan selama 6 bulan .selepas 6 bulan pihak hospital akan kurangkan ubat.terpulang pada x-ray bean nanti. akak nasihat, supaya Bean makan ubat tu dengan teratur.sebab tb dah pernah kena adik beradik akak.Kalau dirumah suruh orang rumah buka semua tingkap dan pintu setiap hari. supaya cahaya matahari masuk kedalam rumah.cahaya matahari yang terik dapat membunuh semua kuman tibi yang ada kat rumah.Semoga Bean cepat sembuh.

  2. BeaN MorENo says:

    >Kak Ina Mail – thanks kak aas nasihat…saya akan ikut…InsyAllah

  3. eykameow says:

    >bean insyaALLAh hari ni aku dtg melawat ko! HUKM , wad 6J katil no 27 kan?

  4. BeaN MorENo says:

    >eykameow – hm…ok datanglah…

  5. fikah mus says:

    >sempat lagi kongsi tips dengan kitorang semua.apa2 pun,bro bean,semoga cepat sembuh..insya-Allah,segalanya ada hikmah.

  6. BeaN MorENo says:

    >fikah mus – sakit itu rahmat so jangan layan sangat…ilmu itu pembantu amalan dhak3alam kubur.so…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s