>KITA PUASA TAPI MANA SOLAT KITA

>

CULTURE : KITA PUASA TAPI MANA SOLAT KITA

Salam guys,Selamat berpuasa pada yang beragama Islam walaupun sebenarnya ada jugak yang tak puasa dan melepak di tepi2 lorong tengah layan teh ais bungkus dengan nasi ambang.hak3…Saya dah beransur sihat.Demam dah takde sekarang tinggal dada yang bengkak so kene jumpa specialist dulu untuk check apa sebenarnya yang bengkak.Mungkin juga sebab saya berhenti merokok terlalu mendadak dan menyebabkan badan saya yang biasanya menerima kadar nikotin yang tinggi terkejut.Cadangnya nak beli Niquitin tapi bila tengok harga terus tak jadi.hak3…Nak raya beb kenalah jimat2 sikit.


Oklah kita sambung topik yang tak berapa nak hot ni.Saja je nak share and tanya pendapat korang pasal Bila Bulan Puasa Kita Puasa Tapi Solat Tak Pernah Buat.Macam yang kita tau lah kan sekarang ni bulan Ramadhan dan bila tiba bulan Ramadhan memang itulah time umat Islam akan berpuasa.Korang perasan tak satu benda yang sebenarnya penting dalam kehidupan tapi kita buat tak port pun.Ramai antara kita yang bila sampai bulan Ramadhan puasa.Memang bersungguh2lah kita tengok dia puasa.Tapi perasan tak kita bahawa kita berpuasa tapi kita tak solat pun.Solat 5 waktu satu pun tak buat.

Saya bukan nak cakap kalau tak solat tak payah puasa.Isk itu kerja gila beb silap2 masuk ISA kena cas bawa ajaran sesat baru pulak.Apa yang saya nak tekankan ialah adakah kita berpuasa disebabkan takut orang nampak kita tak puasa ataupun sebagai ibadat?Kalau kita cakap kita puasa sebagai ibadat tapi kenapa pulak kita tak solat.Solat tu bukan ibadat juga ke?Memang puasa dan solat itu wajib tapi buat lah tiang dulu baru boleh siapkan rumah.Adakah kita berpuasa sebab puasa itu satu ibadah yang orang nampak ataupun sebab memang untuk tanggungjawab.Jawablah sendiri untuk diri sendiri.


p/s :

  • Sekejap je dah puasa ke lapan.So selamat berpuasa kepada semua.
  • Dah join churp2 .Kalau belum jom join free je…Tengah banyak asaiment ni
  • Fadhilat Solat Terawih malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Allah, Bean Moreno, Fadhilat Solat Terawikh, Islamic, Ramadhan, Solat, Suterablogger. Bookmark the permalink.

16 Responses to >KITA PUASA TAPI MANA SOLAT KITA

  1. Encik Tikus says:

    >Hehehe. Dada bengkak kena gigit nyamuk kott. Almaklumlah banyak kan nyamuk dekat rumah kau. BHahhaha ;DD

  2. Sharinginfoz says:

    >puasa dan solat adalah wajib so pandai2 leTips Mudah Tingkatkan Trafik

  3. JAI says:

    >Pelan2 bro possible gak pasal berhenti merokok tu.. gua pernah cuba berenti makan chew gum..dapat berhenti 3 hari demam 2 minggu..seksa..Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..naluri manusia sentiasa leka

  4. BeaN MorENo says:

    >En Tikus – isk ko ni doakan aku denggi pulak

  5. BeaN MorENo says:

    >Sharinginfoz – tulah dia…

  6. BeaN MorENo says:

    >Jai – gua dulu berhenti rileks je.Kali ni amat menyakitkan…

  7. Encik Tikus says:

    >bukan doa denggi der.. hehe mudahan kau cepat sembuh yee😀

  8. Liza says:

    >betul sgt, ada ug pose tapi solat terabai

  9. akuzle says:

    >oooo, tgk rega Nikotina tuh tetiba nk jimat yer? mahei yer mender tuh??… oooo, abeh rokok tuh murah eks? alasannn!!!p/s: sory tetiba akak ber'emosi'…ehehhehe…jgn mere eks?

  10. jaja9 says:

    >ooooo…kalau stop smoking mendadak ade effect ek…isk..isk..anyway cepat sembuh ya !

  11. BeaN MorENo says:

    >Encik Tikus – ingat doakan aku denggi

  12. BeaN MorENo says:

    >Liza – hm…macam mana nak buek tu…

  13. BeaN MorENo says:

    >akuzle – hehe kak sebab kuran duitlah saya nekad stop smoking…haha

  14. BeaN MorENo says:

    >jaj9 – haah…nekad terus…lantas demam dua minggu…haha

  15. wanhairi says:

    >Semoga anda cepat sembuh!! (-_O)..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s