>BERTUTUR DALAM ENGLISH ITU MAHU PRACTICE ATAUPUN MENUNJUK

>

CULTURE :BERTUTUR DALAM ENGLISH ITU MAHU PRACTICE ATAUPUN MENUNJUK


Salam dan selamat tengahari semua.Saya macam malas nak makan la pulak bukan sebab nak diet tapis sebab malas nak berjalan dan takde selera.Hm,Laptop Acer Aspire 1810TZ tu still ada so sesiapa yang berminat boleh contact saya.Tuan dia dah bersetuju untuk kurangkan harga setelah saya mengacukan senapang gajah ke mukanya.hak3…SO harga baru ialah RM1700.

Oklah hari ni malas nak tulis tips sebab saya malas nak berfikir.So saya nak tanya pendapat korang.Apa yang korang fikir bila seseorang tu bercakap atau bertutur bahasa inggeris?Sebenarnya mempelajari bahasa Inggeris itu bagus tak salah sebab kita boleh communicate dengan bangsa lain dengan mudah.Sebagai contoh kalau kita pergi Thailand mungkin ada sesetangah orang yang faham bahasa Malaysia tapi  lagi setengah tak faham so dengan bahasa inggeris kita boleh communicate dengan diorang.Kalau tak kita mintak baju perempuan pink dia bawak kita pi ‘Pink Lady’.

Tapi yang menjadi masalahnya ialah bila seseorang tu asyik nak bertutur dalam bahasa Inggeris padahal hari2 makan belacan dengan ikan kering.Lepak dengan kawan2 sama bangsapun nak bertutur macam mat saleh bukan takat tu je siap ‘slang’ beb.Memang tak boleh blah.Seolah2 diorang bertutur dalam bahasa Inggeris nak menunjuk kat orang lain yang diorang ni hebat dan konon nya banyak duitlah.Kadang2 cakap bersepah tapi nak jugak menunjuk yang diorang tu hebat ‘speaking’.Owh what the cikhel…Come on la guys…

Saya bukan apa,saja saya bangkitkan benda ni sebab ada Melayu yang tak sedar diri bahawa dia tu Melayu.Asyik2 nak ‘speaking’ je macam sekarang diorang ni duduk kat Hollywood dan berkawan dengan Paris Hilton.Sebab apa saya jadi pelik,cuba korang bayangkan kalau korang pergi ke Jepun.Cubalah cakap bahasa Inggeris memang takkan diorang layan punya.Cuba korang pergi Russia belajar semua buku dalam bahasa Russia dan adalah wajib untuk kita belajar bahasa Russia.Tapi kat Malaysia kita sibuk nak poyo bertutur dalam bahasa Inggeris tak kira masa.Kadang2 dalam tandas pun nak ‘speaking’.Abis kalau kita tak bertutur dalam bahasa kita sendiri korang rasa puak2 Paris Hilton nak ke bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Kesimpulannya kat sini silalah sedar diri dan jangan nak agung2kan sangat bahasa orang lain.Belajar dan praktis takdehal cuma tak payahlah bila melepakpun kita nak speaking london sampai terbelit lidah.Tu seolah2 kita macam nak bangga kita ni orang putih.Sedar lah yang kita ni orang coklat je.Kalau betul2 nak bertutur dalam bahasa Inggeris setiap masa pergi pindah luar negara.Sini Malaysia so tak payah poyo nak jadi David Becham ye.

p/s :
* Kadang2 ada jugak yang gunakan bahasa Inggeris ni untuk mengorat awek seolah2 nanti bila akad nikah tok kadi bacakan akad dalam bahasa Inggeris.Ces!

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Bean Moreno, Bertutur Dalam Bahasa Inggeris, Culture, English, Suterablogger. Bookmark the permalink.

26 Responses to >BERTUTUR DALAM ENGLISH ITU MAHU PRACTICE ATAUPUN MENUNJUK

  1. [z@ck] says:

    >certain ppl may use English when they feel they have to..and yup certain just nak tunjuk hebat je.for me, its ok kalau nak speaking pung pang pung pang dgn member..maybe dorang nak praktis.just jgn lupa bahasa ibunda sudahlah.happy blogging! =)

  2. Shaffik says:

    >Bahasa Inggeris memang keperluan. Tetapi tak perlu menunjuk sangat kat orang yang kita boleh speaking. Lebih elok berbahasa melayu apabila berjumpa dengan orang yang tahu bahasa melayu. Sebab itu bahasa ibunda yang perlu di warisi turun temurun

  3. zikeryhassan says:

    >bahasa jiwa bangsa.

  4. CikLilyPutih says:

    >beb,aku memang kene cakap omputih bile kat opis nie, kang klu aku cakap melayu plak kang bos kau tak paham.tapi dengan ko aku cakap melayu kan???

  5. ~Blabberina~ says:

    >hoho..org2 mcm ni, makan pun mesti mahu pakai sudu garfu maa

  6. ~Blabberina~ says:

    >btw,student PSIS ek? i used to work kat PSIS 3 thn..my bro pun baru abes dr PSIS

  7. ~ ReD ~ says:

    >amboiii.marah betul ni..huhuLatest Entry : Review Filem Street Dance

  8. penaberkala says:

    >speaking xsalah puntp kena masa,tempat n orang laklu ngan atuk yg xabes skolah pun nk speaking, bukan die la tuhbahasa jiwa bangsa

  9. BeaN MorENo says:

    >Zack – kalau just prektis takpe ni macam dia je yang tau speaking…

  10. BeaN MorENo says:

    >shaffik – masalahnya ramai yang tak sedar diri

  11. BeaN MorENo says:

    >zikery – haah betul tu

  12. BeaN MorENo says:

    >blaberina – haah…student PSIS habis 2006…

  13. BeaN MorENo says:

    >red -bapak tak marah…suke….

  14. BeaN MorENo says:

    >penaberkala – haah..tulah tak sedar…

  15. >isk, tgk suasana lah.ada yg ckp english sampai semua orgdia nak kasik dengar.pitam*

  16. BeaN MorENo says:

    >cikian – hbs kita nk buat apa?

  17. cik helena says:

    >what the beanmoreno betul!haahahaohh saya lah tu yang selalu skiping ..kan kan..padahal muet band 3 jek ceh!hahahahaoh saya lebih suka berbahassa melayu sambil makan sambal belacan depan tv😛

  18. ajjah says:

    >saya rasa tak la salah pun nak cakap bahasa apa sekali pun. niat tu yang penting, kalau ada niat nak menunjuk so bunyi pun jadi lain la sikit.. biar kena tempat, orang dan masa.lagi senang kalau kita jangan salah sangka, biar je nak cakap macam mana pun.. kita tak luak pun kan? :)just my two cents worth

  19. sushi_me says:

    >salam..hehe..saye tumpang komen jge entry ni..hehe..im an english teacher. kene ngajar skolah rendah. n saye boleh rase my spoken n written english is getting worse. semakin teruk kerana penggunaan kurang dan terpakse gune word level rendah. bile ade peluang, berjumpe kawan2, saye akan gune english. utk maintain skill sy. klu dulu, sy tak heran english level sy setakat mane, tapi bile dah ngajar, sy kene keep my level up. n sy kene jadik contoh terbaik kepada pelajar sy…..even now, sy part time teaching english to college students…1 sebab love teaching, 2 sebab maintain n improve my english….hehe, tapi sy suke bhasa ibunda sy. n got many karya2 in bahasa melayu. siap kontek2 lecturer bm utk perbaiki…sekian..sekadar pandangan. budi bahasa menunjukkan siapa kite..tak kire ape bahasa kite gune…

  20. >I guess the main thing is not to judge .. tak semua orang yg cakap BI dgn kawan2 tu nak menunjuk.. maybe they were brought up that way .. or feel like they express themselves better in English..I think one of the biggest reasons that most people are not proficient in English is lack of practice.. and the immediate response from others (Berlagaknya, tak sedar diri, ingat bagus sgt lah tu).. In the end we are the ones who lose.. knowledge is a good thing.. if I am with my friends who are comfortable speaking in Malay, I will speak Malay (bukan tak reti kan?), if they prefer to speak in English then I speak English. No big deal. Either way it's good practice. Learning languages is a good thing, practising is also good. Like I said before even though there are some people who just try to show off (we can tell the difference right?), please don't be too quick to judge, it might prevent people from learning new things.MY LATEST ENTRY: I hate Middle Lane Hoggers

  21. ajjah says:

    >sangat setuju dengan Hidayah🙂 yang sangat penting ialah kita jangan simply judge orang dan berprasangka buruk🙂

  22. BeaN MorENo says:

    >cikhelena – kalau macam tu kita speaking la…

  23. BeaN MorENo says:

    >ajjah – ni bukan salah sangka.tapi kes betul kadang2 kalau kita dah terkena baru kita perasan.Sebagai contoh mngorat awek dengan guna english.padahal kalau tak cakap malay je…sayapun speaking tapi tak perlulah sepenuh masa.sedangkan chinese and indianpun cakap malay.so fikirkan…

  24. BeaN MorENo says:

    >hidayah – hm…bagus teguran tu.tapi kalau nak praktis bukan sepanjang masa.kita boleh bertutur di pejabat.kalau dekat kedai mamak pun nak speaking susahlah…Kerajaan sibuk cakap bahasa melambangkan bangsa tapi kita yang lupa asal usul so?anyway thanks la sebab drop by comment…

  25. BeaN MorENo says:

    >sushi me – sayapun ada jugak bertutur dalam english.dan untukpengetuan semua dulu suterablogger ditulis in English.tapi takkan sampai percakapan seharian yang sepatutnya kita gunakan bahasa Malaysia kita lupakan.betul tak?macam mana la kita nak tunjuk bahawa kita ada bahasa sendiri…

  26. >aha,sy stju sgt2 wif hidayah ismawi..jgnla terlalu cepat menghukum ye..manusia ni kdg2 gitu la,bukan sengaje,tp dah terbiase..suke menghukum tanpa taw kebenaran yg nyata..biarlah mereka dan dunia mereka,kite ni yg penting,topup ibadat,amal jariah dulu..kite tataw hati budi baik buruk seseorang,bukan ape takut jatuh fitnah plak nti ^^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s