>MACAM MANA NAK CARI KERJA

>


TIPS : MACAM MANA NAK CARI KERJA



Selamat tengahari semua.Dah lunch dah?Bean Moreno macam biasa memang lunch lambat ataupun tak lunch langsung.Malas pulak nak makan.Petang ni gaji barulah boleh bawak aiensepet makan best2.Itupun kalau dia balik awal sebab hari ni die pergi Port Dickson sebab tempat kerja dia buat outing.Tadi saya pulak dapat task baru untuk pergi outstation ke PD dan Melaka.

Oklah saja je bukak topik ni sebab takde idea sebenarnya dan disamping tu nak share macam mana or channel mana yang best untuk kita gunakan supaya senang dapat kerja.Simple je banyak medium yang kita boleh gunakan untuk cari kerja.Antaranya :

* Kawan-kawan
* Surat khabar (sila jangan tengok segment ‘condolences’ ye)
* Internet

Hari ni saya tak nak share cara yang pertama & kedua sebab bagi saya kedua2nya harapan memang tipis.Yelah kalau kita just mengharap pada kawan2 memang payah sebab utama dia bukan itu company dia & diapun bekerja kat situ.So kadang2 kita pergi interview (open interview) peluang 50/50 itupun susah nak cakap.Lagi satu tengok surat khabar.Yang ni poun bagi saya agak mengarut sebab jawatan yang ditawarkan banyak yang lawak2 macam Kelindan Lori,Pengawal Istana (yang ni tipu), Pegawai Keselamatan dan macam2 lagi.Bayangkan kita belajar penat2 tetiba je jawatan tu pulak yang kita nak apply.So tak praktikal.

Ok bagi saya,gunakan internet lebih mudah,FREE dan tepat.Sekarang kat Malaysia ada banyak ‘portal’ untuk kita cari kerja macam Jobstreet,Jenjobs, Monster, dan macam2 lah.Ketiga2 contoh kat atas tu memang antara ‘portal’ yang memang top dan digunakan oleh ramai pencari kerja terutama sekali budak2 ‘fresh graduate’.Kalau korang tanya saya,‘portal’ mana yang bagus saya akan cakap Jobstreet sebab dia established tapi kalau korang tanya portal mana yang memudahkan korang untuk dapat kerja saya akan suggest Jenjobs.

Korang mesti pelik kenapa saya cakap Jenjobs kan padahal Jobstreet lagi terkenal macam tu jugak Monster siap bagi hadiah lagi.Sebenarnya kita kena fikir untuk dapatkan sesuatu kerja tu kita kena lalui ‘interview’.Betul ke tak?Bila kita pergi ‘interview’ mesti kita berharap kita dapat kerja tu kan.Tak tau lah kalau korang memang jenis nak pergi ‘interview’ saje2 je.Bila kita guna Jobstreet maka kita akan bersaing dengan beratus orang.Sekali kita apply jawatan tu sure dah ada beratus orang.So bila pergi interview memanglah kita akan down sebab yang pergi interview 200 orang tapi jawatan 3 (dah macam government).Tapi Jenjobs tak ramai orang guna sebab semua tertumpu kat Jobstreet.Ini bermakna peluang tu tinggi.

Sebab kedua ialah kemudahan yang disediakan.Jobstreet jarang hantar reminder & jawatan yang ditawarkan tak semestinya ikut apa yang kita nak.Tapi berlainan dengan jenjobs sebab jenjobs akan hantar notifikasi samada kita nak ke tak nak kerja tu melalui telefon bimbit.Kalau kita nak just taip YES then hantar semula kat diorang.Siap ‘motivation’ lagi.Yang lagi best bila dapat ‘interview’ diorang akan call dan confirmkan.Nak lagi best!Diorang akan hantar peta untuk senangkan kita pergi ‘interview’.Amacam best tak?

Apa lagi kalau korang nak kerjatry la guna Jenjobs sebab mudah dan berkesan.Oklah nak sambung balik kerja.Hope info ni berguna untuk korang yang mana memang mencari kerja ataupun yang asyik kasi alasan susah nak dapat kerja lepas belajar.Korang boleh pilih nak kerja kat syarikat besar or kecil terpulang pada selera masing2.

p/s :

* Saya dah guna Jenjob dan berjaya dapat kerja
* Sekarang ni takde alasan untuk kita tanam anggur sebab banyak cara untuk kita gunakan.
About these ads

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Cari Kerja, Jenjobs, Tips. Bookmark the permalink.

8 Responses to >MACAM MANA NAK CARI KERJA

  1. SyuQ says:

    >tips yg berguna…:-)

  2. >.alaaa study lagik lah.abes study kang, bru crik keje kt sini ;p

  3. eykameow :) says:

    >suami isteri bz dgn keje masing2 kan…takpe..mesti sempat bawak kak ain jln2 :) hihiehh eyka cari keje dulu kat addeco Ok jugak..nak gi inteview hari tu pun dekat ngn umah. hehe memuaskan :)

  4. >cantek!!aku dlu lepas degree mmg depent habis dkt jobstreet je..lepas abes master ni mgkin aku try ikut care2 kau ni bean

  5. cik helena says:

    >saya dah keje, :)

  6. Liza says:

    >nak tumpang promote one website carik keje…myworklife.my, try and see, byk jobs in there

  7. >Katakanlah sesuatu dari membisu…bukan kena bayar pun..kalo kena bayar pun aku kasik hutang dulu, lain tahun korang bayar :)

  8. Anonymous says:

    >tapi kan, macam mana pulak nak cari kerja dekat area berdekatan kita je? secara logiknya, tak semua company (maksudnya termasuk kompeni kecik) yang akan advert vacancy kat tempat mereka kan.so, saya cadangkan bean buat entry especially untuk fresh2 ni (yang agak lost) cara2 and manner nak walk-in. contoh kena call up company mintak alamat hr dulu then arrange intview tu (untuk yang tak ad kan kerja)haha sebab kawan saye pernah walk-in dan kena halau dekat pak guard sebab dress code yang terlalu mantap.:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s