>WORLDCUP 2010 : 2 BENDA YANG DIANGGAP ANNOYING SEMASA WORLDCUP

>


Selamat pagi semua (bangun!!!).Hari ni datang awal sikit sebab nak update Suterablogger.Semalam saya just update Bean Moreno.com je sebab tak sempat.Banyak sangat gambar yang perlu dikecilkan dan diupload atas permintaan (cececeh sape ntah yang mintak).Macam yang kita tau kan sekarang ni musim World Cup 2010 kat Africa Selatan.Saya salah seorang peminat bola sepak (walaupun main terkangkang tapi boleh la).Bila saya baca surat khabar pasal World Cup maka terbacalah banyak komplen2.

So saya listkan 2 daripada komplen yan hangat diperkatakan masa Worldcup kali ni :

1) BOLA ADIDAS JABULANI



Ni isu yang tengah hot sekarang ni kat Africa walaupun baru first game.Kehadiran bola ni memang merungsingkan pemain dan juga jurulatih.Even penjaga gol terhebat dunia macam Cassilas pun takut dengan bola ni walaupun bola ni sebenarnya tak boleh gigit orang.Menurut diorang bola ni terlalu ringan dan mudah melayang bila disepak.Ia juga senang melantun bila terkena permukaan tanah dan menyebabkan penjaga gol susah nak bajet bola tersebut dan akan menyebabkan gol2 mudah dan memalukan.Tak percaya korang boleh tanya penjaga gol England iaitu Robert Green kenapa dia tak boleh tangkap bola tu (tapi England memang takde gol keeper best2pun memang akan buat ‘worst plunder’ pun.hak3).Mungkin bola ni jugak akan menyebabkan Ronaldo gagal ambil or lakukan ‘free kick’ yang cun (padan muka dia).

2) VUVUZELLA



Menatang ni ialah trompet kecil yang dibawa penyokong masa tengok World Cup kat Africa Selatan (kat Malaysia tak de ye).Vuvuzella ni adalah trompet kecill yang akan menghasilkan bunyi serombong kapal yang kuat.Ramai player yang komplen diorang tak boleh tumpu perhatian masa bermain dan susah nak berkomunikasi antara player bila bunyi vuvuzella kedengaran.Tapi ada betul jugak alasan tu takkan diorang nak kena menjerit sekuat hati kat padangkan.Tadi saya dengar kat Flyfm ada pendengar cakap mereka terpaksa mutekan TV semata2 tak nak dengar bunyi Vuvuzella.Tapi kalau ‘mute’ kan tv apa kah ‘feel’nya tengok bola.Rugilah pasak HD kat astro.

So tu je yang dapat saya sharekan untuk hari ni.Nak tau lebih sila baca surat khabar bahagian belakang sekali ye.Kalau korang asyik2 baca politik memang takkan tau.hak3…Oklah nak sambung buat kerja memandangkan masa dan time.

p/s :
*1* Teringin nak tengok bola dalam HD.Kenapalah saya tak menang Astro Byond hari tu.

*2* Malam ni match best2 so kalau boleh nak tengok match Spain.

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Adidas Jabulani, Article, Bean Moreno, Blogging, Suterablogger, Vuvuzella, World Cup 2010. Bookmark the permalink.

10 Responses to >WORLDCUP 2010 : 2 BENDA YANG DIANGGAP ANNOYING SEMASA WORLDCUP

  1. h a n i e says:

    >mesti tak feel nk tgk bola kalo dh mute..

  2. Hazzy Ishak says:

    >dgr flyfm gak eh. dengar gak nadia merungut pagi tadi.HEHEHE

  3. >vuvuzela tu mmg annoying..bunyik lebah mengawan..aku pun tak sure aku tengok bola ke national geographic! bunyik lebahh je woo

  4. Encik aMin says:

    >aah, bunyi terompet tu mmg annoying.. aku xleh bayangkan kalo ko pegi kt stadium tu sendiri, mesti pening kpala… player pun xdengar wisel ref, huhu…

  5. rashid says:

    >Bola tu macam melayang jek time free kick…tak pat la tengok bola melencong sana sini…haha

  6. Epul Azimi says:

    >bilalah aku bleh feel tgk bola ni,takde minat sebenarnye ngan bola ni……hehe

  7. >bab trompt tu mmg betul la..aku dok kedai mamak pun rimas dengar

  8. Sendra says:

    >aku setuju bab trompet bodoh tu..sangat memekak siot..tension aku kalau tengok bola kat rumah..baik tengok kat mapley..bising ramai2 baru tak rasa..yeahh!!.malam ni spain!excited siot aku!

  9. >apsal wa tak terasa apa2?huakakakakkakakaghairah je wa layan.yg penting bola tu bulat.adehhh! hahaha>>___<<

  10. >Hi every on person like this work today means every want to see world cup see all is feeling very interest.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s